03 di gaal kelantan - Google Blog Search |
<b>Kelantan</b> gagal batal saman haram loteri | OB21NET Posted: 29 Feb 2012 08:58 AM PST 29 Februari 2012 KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Kelantan gagal untuk membatalkan saman pemula yang dibawa tiga ahli perniagaan berhubung pengharaman tiket loteri 'Big Sweep'. Hakim Mahkamah Tinggi Abang Iskandar Abang Hashim menolak permohonan kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bahar (MPKB) dengan kos RM4,000. Keputusan itu dibuat dalam kamar. Pada 6 Jun lalu, Wong Meng Yit, 48, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 59, dan Gan Han Chuan, 45, memfailkan saman menamakan kerajaan negeri dan MPKB sebagai defendan. Kerajaan negeri memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman itu atas alasan bahawa plaintif perlu memfailkan saman itu melalui semakan kehakiman mengikut Perintah 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukan melalui saman pemula. Menjawab soalan pemberita, peguam defendan Datuk Sulaiman Abdullah berkata hakim telah menolak permohonan itu memandangkan tiada keputusan dibuat kerajaan negeri berhubung pengharaman itu di mana ahli perniagaan terbabit boleh mencabar melalui semakan kehakiman di bawah Perintah 53. Sulaiman berkata, mahkamah menetapkan 26 April untuk pengurusan kes saman pemula untuk pihak-pihak berkaitan memfailkan dokumen berhubung saman itu. Peguam Ti Lian Ker yang mewakili ketiga-tiga ahli perniagaan itu memberitahu pemberita bahawa hakim juga membuat dapatan bahawa tidak ada merit dalam permohonan defendan. Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu. Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan. Pada Februari lalu, kerajaan negeri Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri itu walaupun mendapat bantahan. |
You are subscribed to email updates from di gaal kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan