Khamis, 23 Februari 2012

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


TUKAR buat 22 tuntutan kepada PAS <b>Kelantan</b> | N9 Kini - Portal <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2012 08:57 PM PST

KOTA BHARU, 23 Feb : Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) membuat 22 tuntutan terhadap kerajaan negeri atas kegagalan membawa sebarang perubahan sepanjang 22 tahun memerintah.

  KAMARUDDIN  (empat dari kiri) bersama ahli TUKAR pada sidang media mengenai 22 tuntutan terhadap kerajaan PAS Kelantan di Kota  Bharu, semalam.

KAMARUDDIN (empat dari kiri) bersama ahli TUKAR pada sidang media mengenai 22 tuntutan terhadap kerajaan PAS Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Pengerusinya, Kamarudin Mohd Kasim, berkata 22 tuntutan itu adalah sebahagian besar daripada manifesto yang didakwa gagal ditunaikan selepas berjanji dalam pilihan raya umum 1990, sekali gus menunjukkan rakyat negeri ini sudah disogokkan dengan pelbagai harapan serta janji palsu.

 Katanya, sekiranya kerajaan negeri gagal memenuhi tuntutan itu sebelum pilihan raya umum nanti, rakyat Kelantan bersedia untuk menukar kepada kerajaan baru iaitu Barisan Nasional (BN).

 Kini sudah tiba masanya rakyat Kelantan menolak kerajaan PAS Kelantan dengan memilih kerajaan BN. – Kamarudin Mohd Kasim, Pengerusi TUKAR

"Pada Pilihan Raya Umum 1990, rakyat Kelantan meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan PAS untuk mengubah nasib mereka, namun gagal dipenuhi sehingga 22 tahun memerintah negeri ini.

"Kini sudah tiba masanya rakyat Kelantan menolak kerajaan PAS Kelantan dengan memilih kerajaan BN, sekali gus ia juga sebagai pengajaran kepada kerajaan negeri sekarang, yang hanya pandai berjanji. Tuntutan ini akan dihantar kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kamarudin berkata, antara 22 tuntutan itu ialah kerajaan negeri perlu bertindak segera dalam menyelesaikan masalah air yang sudah berlarutan sekian lama dan rakyat tidak sanggup menunggu hingga 2027 baru dapat menikmati bekalan air bersih.

Selain itu, katanya Gerakan TUKAR juga meminta supaya anak tempatan diberi keutamaan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan semua wakil rakyat juga harus dari kalangan anak jati negeri ini.

"Kerajaan PAS Kelantan harus segera menyediakan peluang pekerjaan khususnya kepada belia di negeri ini yang kini masih ramai menganggur selain menyegerakan bayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga tua bermula dari 1990 hingga sekarang.

"Kerajaan negeri juga diminta supaya menghapuskan cukai pintu, bayaran tempat parkir serta sewa tapak operasi kereta sewa seluruh negeri selain cukai kepala bakul yang dikenakan kepada peniaga kecil," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads