Khamis, 23 Februari 2012

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air <b>Di Kota Bharu</b>

Posted: 23 Feb 2012 02:25 AM PST

KUALA LUMPUR – Bandar Kota Bharu dan kawasan sekitarnya dijangka mengalami gangguan sementara bekalan air pada 26 Februari ini.

Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) melalui satu kenyataan memberitahu, gangguan itu berikutan kerja penyelenggaraan elektrik di sekitar Pencawang Loji Rawatan Air Kampung Puteh.

"Gangguan bekalan air dijangka berlaku bermula pukul 11 malam hingga 6 pagi keesokannya.

"Bekalan dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh tiga hari selepas kerja siap dilaksanakan," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan dijangka terlibat dengan gangguan bekalan air itu termasuk Jalan Tok Hakim, Jalan Sultan Ibrahim, Jalan Telipot dan Jalan Kebun Sultan.

Turut dijangka mengalami situasi sama ada bekalan di Jalan Merbau, Jalan Kelocor, Wakaf Mek Zainab, Taman Tg. Ahmad Panglima dan sepanjang Jalan Pantai Cahaya Bulan.

Justeru, orang ramai diminta menyimpan air yang mencukupi untuk menghadapai gangguan tersebut dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi PINTAS di  talian  1300-88-2572. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads