Rabu, 8 Februari 2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


MyMassa: Ku Li akan pastikan BN merampas semula <b>Kelantan</b> PRU <b>...</b>

Posted: 04 Feb 2012 10:06 PM PST


Kali terakhir UMNO meminta kepakaran dan kebijaksanaan KU LI memimpin kempen parti tersebut menentang fuckatan adalah ketika PRK Galas beberapa tahun lalu. Hasilnya, UMNO bukan sahaja berjaya merampas kembali DUN Galas, malahan majoriti juga meningkat hampir tiga kali ganda.
Dan ramai juga rakyat Malaysia yang tidak akan lupa bagaimana Ku LI memastikan PAS merampas kuasa daripada UMNO pada PRU 1990 dengan kemenangan 100%!
Itulah apa yang hebatnya tentang Ku Li ini. Nampak sahaja senyap di ulu banat, tetapi pengaruhnya bukan sahaja terbatas di gelanggang politik, malahan beliau juga masih lagi dihormati dalam hal ehwal dalaman Istana Kelantan.
Kalau tidak percaya, cuba-cubalah tanya kepada rakyat Kelantan berkenaan kontroversi bagaimana Sultan Muhammad Ke-5 naik ke takhta. Kami tidak mahu mengulas lanjut atas kerana Daulat Raja-raja Melayu. Biarkanlah ia terus menjadi ceritera rakyat.
Dan ini jugalah bukti kebijaksanaan Tok PA dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan BN merampas semula Kelantan. Beliau tidak sombong dan sanggup memohon pertolongan daripada sesiapa jua yang mahu membantu. Inillah satu tokoh pemimpin UMNO negeri yang boleh bersaing dengan Nik Aziz yang tidak mahu melepaskan kuasa.
PRU 2004 telah menjadi bukti bagaimana Tok PA menguruskan jentera BN negeri sehinggakan PAS hampir tumbang dan bergantung hayat dengan hanya satu kerusi sahaja. Tetapi kesilapan strategi mengumumkan pengganti MB yang tidak digemari rakyat pada 2008 telah mengakibatkan BN mengalami kekalahan yang lebih teruk!
Insya Allah, kalau BN Kelantan terus ikhlas berjuang untuk membela nasib rakyat Kelantan yang telah lama tertindas di bawah PAS, PRU-13 Kelantan akan kembali kepada kita!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads