Rabu, 8 Februari 2012

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> Terus Membangun Bersama Islam « Sahabat Emas <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2012 04:42 PM PST

Kelantan Terus Membangun Bersama Islam : Pelaburan Dinar Emas jadi tarikan utama bank antarabangsa melabur di negeri Kelantan

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB), adalah bank antarabangsa Islam pertama di Malaysia telah secara rasminya beroperasi di Negeri Kelantan dengan berlangsungnya majlis pembukaan cawangan bank antarabangsa tersebut yang disempurnakan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammed V di Kota Bharu semalam.

Ketua Eksekutif Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) , Puan Jamelah Jamaluddin di dalam ucapan alu-aluannya berkata bahawa dasar pembangunan ekonomi Islam kerajaan negeri kelantan yg berasaskan emas dinar, Peningkatan dan permintaan tinggi terhadap akaun pelaburan emas di negeri Kelantan menjadi penyebab utama mengapa Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) membuka cawangan di Negeri Kelantan.Lebih dari 20KG Emas 995 telah dijual di Kelantan dan permintaan terhadap Akaun Pelaburan Emas dalam bentuk Emas Dinar amatlah tinggi serta mendapat sambutan yang menggalakkan di negeri ini

Di antara jemputan khas yang memeriahkan majlis tersebut adalah Setiusaha Kerajaan Negeri Kelantan,Speaker DUN Kelantan, Exco-exco kerajaan Negeri Kelantan, para pegawai tinggi kerajaan Negeri Kelantan, para ahli perniagaan dan usahawan tempatan serta pelanggan Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad di Kota Bharu. Fenomena positif Ini menandakan bahawa kehadiran mana-mana syarikat tempatan atau asing sepertimana Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) di negeri Kelantan mendapat kerjasama dan galakan dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Turut hadir sebagai jemputan khas di majlis pembukaan cawangan Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad tersebut adalah YB Dato Haji Husam selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan

YB Dato Haji Husam,dilaporkan berkata bahawa kerajaan Negeri Kelantan amat mengalu-alukan syarikat multinasional dan antarabangsa melabur dan beroperasi di negeri Kelantan di dalam pelbagai bidang industri hiliran dan teknologi tinggi. Masih terdapat banyak peluang perniagaan dan pelaburan jangka masa panjang untuk diterokai di negeri Kelantan ujar beliau.

Malahan ujar beliau, Kerajaan Negeri Kelantan bersedia membantu dan bekerjasama dengan semua syarikat tempatan dan antarabangsa yang berminat untuk melabur dan beroperasi di Negeri Kelantan untuk kemajuan dan kemakmuran rakyat negeri Kelantan di bawah pemerintahan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Konsep Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan kerajaan Negeri Kelantan terbukti berkesan kerana menarik minat DAN pelabur asing untuk berurus niaga di negeri Kelantan.Suasana politik yang aman dan pemerintahan kerajaan negeri yang bebas dari rasuah menjadi salah satu faktor penyebab bank antarabangsa ini untuk beroperasi dan berurusniaga di Negeri Kelantan.Gerbang Kota Darul Naim sentiasa terbuka buat mereka di bawah polisi pembangunan ekonomi mengikut acuan sistem ekonomi islam kerajaan negeri Kelantan yang mesra pelabur.

YB Dato Haji Husam juga berkata bahawa Kerajaan negeri Kelantan menggalakkan institusi kewangan lain melabur serta memajukan produk mereka untuk dinikmati bersama oleh rakyat Negeri Kelantan.

majlis pembukaan cawangan bank antarabangsa turut mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa, seperti di web portal berita yang berpengkalan di UAE, www.zawya.com

YB Dato Haji Husam juga turut membuka akaun di Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.

Di antara senarai kemudahan kewangan di bank Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad adalah seperti pelaburan emas, akaun simpanan semasa dan tetap, akaun tabungan haji dan umrah, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan perniagaan, pembelian kenderaan dan banyak lagiboleh dirujuk di laman web rasmi Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) juga turut melancarkan produk kewangan khas di negeri Kelantan, iaitu kemudahan pinjaman tanpa faedah dan tempoh masa (minimum pinjaman ialah RM3,000 dan pinjaman maksimum pula sebanyak RM30,000) untuk para ibu tunggal memulakan perniagaan di Kelantan.

Kuwait Finance House di Kota Bharu adalah cawangan KFHMB yang ke 9 di Malaysia.Cawangan-cawangan lain Kuwait Finance House di Malaysia adalah di Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Bureau de Change, KLIA, LCCT serta KL Sentral.

- www.husammusa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads