ads

Rabu, 8 Februari 2012

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> Tetap Dapat Pembangunan | Detik Perubahan

Posted: 02 Feb 2012 02:07 AM PST

Rakyat Kelantan perlu sedar sudah terlalu banyak peruntukan yang diberikan kerajaan persekutuan dalam usaha membangunkan negeri ini.

Untuk Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) sahaja kerajaan persekutuan telah pun membelanjakan sebanyak RM1.086 bilion untuk melaksanakan projek-projek pembangunan di Negeri Kelantan.

Peruntukan itu telah dibelanjakan sejak 2001 sehingga September 2002 menerusi pelbagai agensi dan kementerian dan kerajaan persekutuan ketika itu amat berpuas hati dengan pencapaian tersebut dan meminta Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) menyegerakan usaha meneruskan projek-projek yang dikenal pasti di Kelantan.

Antara projek-projek yang telah dilaksanakan oleh jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan melibatkan perbelanjaan RM895 juta, Kementerian Kerja Raya (RM880 juta), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (RM527 juta), Kementerian Pertanian ((RM141 juta), Kementerian Pembangunan Usahawan (RM96 juta) dan Kementerian Kesihatan (RM93 juta).

Ia merupakan senarai jabatan-jabatan besar yang telah menggunakan peruntukan tersebut bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di Kelantan telah dikenal pasti.

Pada 2007 kerajaan persekutuan meluluskan projek tebatan banjir bernilai RM1.7 bilion yang akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan membantu mengatasi masalah banjir yang dihadapi rakyat negeri ini.

Projek tebatan banjir itu merupakan salah satu projek utama yang dirangka Kerajaan Persekutuan untuk kepentingan rakyat dengan matlamat mengurangkan ancaman bencana yang dihadapi penduduk di enam jajahan di negeri ini di samping membolehkan lebih luas tanah pertanian diusahakan.

Projek tebatan banjir sungai Kelantan di Tambatan Diraja  Kota bharu

Projek tebatan banjir sungai kelantan di tambatan Diraja Kota Bharu

Selain itu kerajaan persekutuan juga telah membelanjakan sebanyak RM370 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur di Kelantan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, peruntukan tersebut membuktikan bahawa Kerajaan Pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan Kelantan walaupun negeri ini di bawah pemerintah Pas.

Peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan itu turut melibatkan kerja-kerja pemantauan dan menaik taraf jalan Lojing-Gua Musang dan Simpang Pulai-Lojing membabitkan kos sebanyak RM33 juta.

Bantuan pembangunan daripada kerajaan persekutuan itu tidak berhenti di situ malah diteruskan sehingga kini. Buktinya dalam pembentangan Bajet 2011 negeri ini turut mendapat pelbagai projek pembangunan sepanjang tahun.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, ia termasuk bantuan sekolah agama rakyat, subsidi pertanian dan projek pembinaan jalan kampung yang membabitkan peruntukan RM696 juta di seluruh Semenanjung.

Daripada jumlah itu Kelantan dijangka mendapat peruntukan terbesar berasaskan keperluan berbanding dengan negeri lain.

Malah Kelantan turut mendapat faedah dalam projek membaik pulih 12,000 unit rumah golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negara yang membabitkan peruntukan berjumlah RM300 juta.

Pembangunan ketara yang diberikan kerajaan persekutuan jelas dilihat dalam proses pembangunan Jeli yang dahulunya merupakan sebuah kawasan pedalaman yang sunyi namun kini telah berubah menjadi sebuah bandar yang pesat membangun.

Pelbagai nikmat kemudahan dan prasarana seperti jalan empat lorong, masjid bandar Jeli, bangunan ruang niaga, astaka Bandar Jeli, dewan Balora, Kompleks ICQ Bukit Bunga dan pelbagai lagi.

Jeli dilihat bakal menjadi hab pendidikan di Kelantan kerana Bandar itu akakn dilengkapi dengan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli serta Sekolah Menengah Sains Jeli pada tahun depan.

Sebut sahaja dari sekecil-kecil sekolah sehingga ke peringkat tertinggi semuanya ada di daerah ini. Buat masa ini, Jeli telah dilengkapi dengan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Kolej Komuniti.

Sementara tiga projek itu yang sedang dilaksanakan, bakal mengubah wajah jajahan Jeli yang selama ini kelihatan terpencil, sekali gus merancakkan pelbagai aktiviti pembangunan di sini.

Hab pendidikan turut disokong oleh kemudahan infrastruktur asas yang sedang giat dilaksanakan di jajahan tersebut seperti Projek Memperelok Jalan Gua Musang-Jeli membabitkan kos RM53 juta.

Sektor pendidikan ternyata memberikan impak yang besar kepada ekonomi masyarakat sekeliling seperti kewujudan Kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang telah menyumbang RM17.16 juta kepada masyarakat setempat pada tahun pertama beroperasi 2007.

UMK

Jumlah itu terus meningkat kepada RM26.77 juta pada 2008 dan RM54 juta pada 2009.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha berkata, kesemua projek itu membuka peluang yang amat luas kepada rakyat Kelantan terutama penduduk di Jeli dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Kampus UMK Jeli yang bernilai RM37.5 juta menjadi kenyataan dan ia menunggu masa untuk disiapkan sepenuhnya pada April tahun depan.

UMK mampu menampung lebih 800 pelajar dan 200 tenaga pengajar lengkap dengan kemudahan termasuk masjid, blok pentadbiran dan fakulti. Kampus ini juga secara tidak langsung memberikan peluang kepada anak-anak tempatan untuk melanjutkan pelajaran.

Politeknik Jeli pula dibangunkan dengan kos RM103 juta di kawasan seluas 49.6 hektar yang kini dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada tahun depan.

Kerajaan persekutuan juga turut memberikan perhatian serius dalam aspek keagamaan, pada tahun lepas sahaja lebih RM4.8 juta disalurkan ke jajahan melalui peruntukan khas Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Peruntukan Projek Infrastruktur Asas dan Peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved