03 di jeli kelantan - Google Blog Search |
Rakyat <b>Jeli</b> kecewa Mustapa 'bohongi' fakta Posted: 08 Feb 2012 02:14 AM PST KOTA BHARU, 8 Feb: Kewibawaan Datuk Seri Mustapa Mohamed kini semakin terjejas apabila secara berterusan mengeluarkan kenyataan tidak berasas dan 'membohongi' rakyat Kelantan. Ketika kempen pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai 2009 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mendakwa Kelantan tidak berhak ke atas royalti minyak kerana pelantar minyak terletak di kawasan bertindih. Namun tidak lama selepas itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar royalti yang ditukar menjadi wang ehsan dan dibayar melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan. Malah ketika berucap di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 24 November 2007 Mustapa pernah mengakui turut terbabit menyekat peruntukan pusat kepada Kelantan. Dan baru-baru ini pula mendakwa pinjaman RM600 juta bagi meningkatkan bekalan air diberi kepada Kelantan secara percuma tanpa perlu dibayar balik. Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman mempersoalkan mengapa Ketua Umno Jeli itu sanggup memperjudikan segala kepentingan rakyat demi masa depan politiknya. "Kenyataan itu merupakan satu pembohongan yang sangat jelas. Saya hairan bagaimana sebagai Pengerusi Umno Kelantan tergamak mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak benar. "Sebagai seorang menteri, amatlah tidak logik jika beliau mendapat maklumat yang salah. Layakkah seorang pembohong ditabal sebagai pemimpin. "Perlu ingat pinjaman RM600 juta yang diberi itu bukannya percuma, bahkan ia merupakan pinjaman yang perlu dibayar," katanya di sini. Pada 5 Febuari lalu Mustapa dilapor mendakwa RM600 juta diberi kepada Kelantan bagi meningkat pengurusan bekalan air diberi secara percuma, namun masih gagal menyelesaikan masalah air. Menurutnya duit sebanyak itu kalau dipinjam di bank akan dikenakan kadar faedah tujuh peratus, tetapi mereka dapat percuma. Abdul Latif berkata, tindak tanduk Mustapa secara tidak langsung menjatuhkan imej Umno Kelantan yang bercita-cita mahu merampas negeri ini pada pilihan raya umum ke-13. Sementara itu dalam perkembangan sama orang ramai di Jeli melahirkan rasa terkejut kenyataan anggota parlimen kawasan berkenaan yang secara terang-terangan disifatkan membohongi rakyat Kelantan. Seorang penduduk memberitahu mereka tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pemimpin terbabit kerana cuba menipu rakyat Kelantan dengan fakta salah. |
You are subscribed to email updates from di jeli kelantan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan