03 di tanah merah - Google Blog Search |
1 MALAYSIA: AHLI PAS KELUAR PARTI LAGI <b>DI TANAH MERAH</b> <b>...</b> Posted: 19 Feb 2012 10:12 AM PST PAS DI KELANTAN TERUS MERASAKAN KERAJAAN NYA AKAN JATUH PADA PRU 13 NANTI DENGAN ADA AHLINYA KELUAR PARTI SEDIKIT DEMI SEDIKIT AKAN TERSUNGKUR KERAJAAN KELANTAN.RAKYAT KELANTAN SUDAH SEDAR DARI LAMUNAN PAS SELAMA INI MEREKA DITIPU HIDUP HIDUP PELBAGAI JANJI DIBERIKAN...HABUK PUN TARAK.1 M MELIHAT TOK GURU PONDOK DIKELANTAN SUDAH BERALIH ARAH PADA UMNO SEKARANG NI.....1 M HARAP KEMENANGAN UMNO DI KELANTAN MEMBERI PENGAJARAN KEPADA PAS YANG SELAMA INI BONGKAK DAN BODOH SOMBONG DENGAN ADANYA PARASIT PARASIT DALAM PAS. |
Malaysia Zoom » 47 penyokong Pas sertai UMNO <b>di Tanah Merah</b> Posted: 19 Feb 2012 03:02 PM PST TANAH MERAH 19 Feb. – Seramai 47 bekas ahli Pas menyertai UMNO selepas menyerahkan borang keahlian pada Majlis Selamat Tinggal Pas dan sambutan Maulidur Rasul di Kampung Kenerak di sini, malam tadi. Borang tersebut diserahkan oleh Ketua UMNO Cawangan Kampung Kenerak, Zainuddin Sepian kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz. UMNO Cawangan tersebut ditubuhkan oleh bekas ahli Pas terbabit. Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Baharuddin Yusoff dan Pengerusi Tetap yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Panau, Abdul Latiff Abd. Rahman. Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Cawangan Kenerak, Marina Abu Zahar memberitahu, beliau terkilan kerana sejak tinggal lebih 10 tahun di kampung itu tidak ada sebarang perubahan. "Dalam tempoh itu tidak ada perubahan. Sekiranya ada UMNO sedikit sebanyak kita dapat bantuan, seperti ada perubahan termasuk jalan serta kemudahan lain. "Disebabkan itu ramai penduduk terutamanya kaum wanita di kampung ini mengambi keputusan untuk menyertai UMNO supaya mendapat pembelaan," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut. Selain itu, dua adik-beradik dari kampung tersebut, Mahmud Mustapa, 53 dan kakaknya, Som, 59, mengambil keputusan menyertai UMNO kerana terkilan dengan tindakan kerajaan Pas Kelantan mengambil alih tanah dusun mereka yang diusahakan di Kuala Krai lebih 20 tahun untuk dijadikan ladang komersial. Mahmud berkata, dia meneroka tanah seluas 4.8 hektar di kawasan berkenaan sejak 20 tahun dan ditanam dengan pokok buah-buahan. Katanya, tidak berapa bulan lalu, dia menerima surat dari pejabat tanah mengambil balik tanah berkenaan untuk dijadikan ladang kelapa sawit. Dia mendakwa akan dibayar RM200 sebulan, tetapi hingga sekarang masih tidak diperoleh. "Saya sedih dan berharap dengan menyertai UMNO, suatu hari nanti masalah dapat diselesaikan dan memperoleh kembali tanah berkenaan yang diusahakan dengan titik peluh sendiri," katanya. Dalam pada itu, Ikmal Hisham semasa berucap pada majlis itu berkata, rakyat perlu sedar tanpa kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke -13 tidak banyak kemudahan dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, katanya, dua projek yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk rakyat Tanah Merah iaitu bekalan air untuk kawasan Peralla yang tidak pernah menikmat bekalan air bersih dengan peruntukan RM3.1 juta. "Manakala pembinaan bangunan Masjid Belimbing yang tergendala sejak tiga tahun lalu pula mendapat peruntukan berjumlah RM1. 4 juta. "Peruntukan pembinaan masjid itu diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kawasan Parlimen Tanah Merah baru-baru ini," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di tanah merah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan