Isnin, 20 Februari 2012

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


<b>Negeri</b> Termiskin <b>di</b> Malaysia. <b>Kelantan</b> VS Sabah? | Berita Semasa

Posted: 19 Feb 2012 08:51 PM PST

kelantan vs sabah Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?

Kalau sebelum ini berdasarkan laporan Bank Dunia meletakkan negeri Sabah sebagai sebagai negeri termiskin di Malaysia. Itu data sekitar tahun 2010. Sekarang? 

negeri termiskin di malaysia Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?

Kredit gambar : puadede.com

Walaubagaimanapun, maklumat dan data yang diterima oleh Datuk Najib dan memaklumkan kepada penduduk di Sabah tempoh hari, yang mana negeri termiskin di Malaysia adalah Kelantan bukannya Sabah. 

negeri termiskin Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?

Sedutan Ucapan Datuk Najib : Negeri Termiskin di Malaysia Adalah Kelantan

Sempat juga Datuk Seri Najib Razak bermain teka-teki dengan penduduk Kampung Nala, Lahad Datu Sabah…..

Dan Datuk Najib turut bersama-sama menjawab soalan tersebut dan mengatakan Kelantan, negeri paling termiskin di Malaysia.

Kepada Datuk Najib, boleh kami rakyat Malaysia melihat data tahun 2012 yang terkini itu? Ini kerana kami cuba membuat semakan di Unit Perancang Ekonomi (EPU). Malangnya data dan statistik yang disediakan hanyalah berakhir pada tahun 2009 sahaja. Mengapa masih tidak mengemaskinikan data tersebut?

Hasil rujukan kami di laman web Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga laman web Unit Perancang Ekonomi (EPU) menunjukkan data seperti di bawah ini :

Statistik tahun 2007

negeri termiskin 21 Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?

Statistik tahun 2009

negeri termiskin 32 Negeri Termiskin di Malaysia. Kelantan VS Sabah?

Bagi kami tidak kira di mana-mana negara sekalipun, pasti akan ada data kawasan yang kurang maju, kawasan yang maju, negeri terkaya dan negeri yang termiskin. Itu sudah pasti. Tetapi yang paling pentingnya, tidak kira mana-mana negeri sekalipun yang dikategorikan sebagai negeri termiskin di Malaysia Perdana Menteri mesti ada tanggungjawab terus bersama-sama memajukannya.

  • Kalau negeri itu meningkat daripada kurang memberangsangkan kepada yang lebih baik, kerajaan persekutuan juga yang untung
  • Kalau negeri tersebut bertambah maju, kerajaan persekutuan juga yang untung

Bukankah negeri Sabah, negeri Kelantan, negeri Terengganu, negeri Selangor, negeri Johor dan semua negeri yang lain merupakan gabungan negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan juga Malaysia? Dan sebagai seorang Perdana Menteri dan barisan kepimpinannya memang tugas dan peranannya memajukan setiap pelusuk kawasan dan mana-mana negeri di Malaysia. Apatah lagi memperlekehkan mana-mana negeri di Malaysia tidak boleh sama sekali.

Lagi Berita Yang Menarik Untuk Disemak [KLIK]:

ANALOGI &#39;BENGONG&#39; MENGENAI PUNCA KEMISKINAN <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 02:13 PM PST

Mudah analogi seorang pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah bahawa punca kemiskinan perlu diletakkan di atas batu kepala Perdana Menteri.

Memalukan kerana beliau adalah pensyarah pengajian media dan berapa ramai pula murid yang 'disesatkan' oleh teori dan dan faktanya itu.

Beliau menolak dakwaan Datuk Sri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini dan kerana itu Profesor berkenaan mengatakan Perdana Menteri "hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara."

Pensyarah UM itu berkata, jika benar dakwaan itu, "ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu."

Profesor UM ini layak dinaikkan ke jawatan professor penuh kerana pendapatnya ini memang 'bijak dan tepat' apalagi kemiskinan di Kelantan itu maknanya disebabkan oleh Kerajaan Pusat.

Profesor UM itu juga berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri. Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.

Dalam konteks ini apa peranan Kerajaan PAS yang dipilih oleh rakyat Kelantan jika tugas itu terletak atas batu jemala Perdana Menteri?

Beberapa soalan mudah saya kemukakan kepada Profesor UM itu:

1. Kenapa Kerajaan PAS Kelantan tidak berminat untuk menyertai Program Transformasi Ekonomi (ETP) ? Walaupun ternyata usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan ekonomi negeri dan pelaburan begitu lembam, ia enggan bekerjasama sedangkan selagi Kelantan tidak menjadi sebahagian ETP ini selama itulah rakyat terus dibelenggu kemiskinan;

2. Apakah Kerajaan PAS Kelantan sebagai kerajaan 'Islam yang menjaga kebajikan' melakukan usaha membantu rakyat seperti dilakukan Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)? Sejauh ini Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan sudah menyampaikan bantuan kepada lebih 300,000 keluarga. Hakikatnya 19 peratus penduduk di Kelantan berhak menerima bantuan itu. Sejauh ini sejumlah RM159 juta sudah diagihkan. Bukan itu sahaja, kerajaan pusat menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia bernilai RM200 dan RM100 untuk setiap murid sekolah;

3. Siapa beri belanja kos membina tebatan di Sungai Kelantan dan Sungai Golok yang sejak lima tahun lalu sekitar RM2 bilion itu? Harapkan kerajaan PAS Kelantan?

4. Kerajaan Pusat juga meluluskan sebanyak RM2.4 bilion dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk melaksanakan 346 projek di negeri Kelantan. Berapa juta projek negeri dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan dilaksanakan untuk rakyat Kelantan?

5. Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM3.8 bilion setahun atau kira-kira RM300 juta sebulan untuk perbelanjaan mengurus 74,800 kakitangan awam di Kelantan. Siapa mereka ini? Mereka adalah penjawat awam bagi memastikan perkhidmatan cemerlang seterusnya membantu meningkatkan pembangunan di negeri ini.

6. Berikut adalah projek-projek untuk kesejahteraan rakyat di Kelantan:

a. Pembinaan 14 masjid baru dan usaha membaik pulih masjid dan surau dengan kos lebih RM40 juta sejak 2005;

b. Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800m berharga hampir RM150 juta menghubungkan Kota Baharu dan Pasir Pekan, Tumpat, yang dijangka siap hujung tahun ini, serta jalan bertingkat Pasir Pekan-Jalan Hamzah-Wakaf Siku, untuk atasi masalah kesesakan;

c. Jambatan Tendong yang menghubungkan Tendong di Pasir Mas dan Wakaf Che Yeh di Kota Baharu serta Jambatan Salor yang menghubungkan Salor-Pasir Mas juga merupakan sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan bagi memudahkan urusan harian mereka;

d. Menaik taraf Jalan Kubang Kerian-Sabak dengan kos RM27 juta, yang sekarang dilihat tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah;

e. Di Bandar Baru Tunjung kerajaan pusat menempatkan beberapa jabatannya yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di situ dan kawasan sekitarnya (Bangunan kerajaan pusat terlibat ialah Terminal Agrobisnes Negara (Teman) berharga RM85.7 juta, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan (RM20 juta), Wisma Audit Negeri Kelantan (RM18 juta) dan Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Negeri Kelantan (RM8.76 juta), Kompleks Mahkamah Syariah (RM22.1 juta) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (RM33.1 juta); (Nota: Tunjung tidak akan ada apa-apa jika tidak ada bangunan yang diwujudkan oleh kerajaan pusat. Bandar Baru Tunjung mungkin inisiatif kerajaan negeri tetapi memenuhkan bangunan di situ, semuanya bangunan kerajaan pusat);

f. Kerajaan pusat juga membelanjakan RM40 juta untuk memanjang dan melebarkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi membolehkan pesawat lebih besar mendarat dan berlepas dengan selamat;

g. Kerajaan pusat sedang memperbesar dan menambah baik kemudahan Hospital Universiti Saind Kubang Kerian dengan kos RM127 juta, begitu juga di Hospital Raja Perempuan Zainab II, yang melibatkan kos RM182.17 juta; h. Kerajaan juga sedang membina dewan bedah baru berharga RM9 juta di Hospital Kuala Krai untuk kemudahan penduduk daerah tersebut.

Kerana itu, amat wajar sekali jika Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Kerajaan Pusat akan memperincikan setiap peruntukan yang diperuntukkan kepada kerajaan Kelantan sejak beberapa tahun lepas agar rakyat negeri itu mengetahui sejelas-jelasnya mengenai perkara itu.

Ini kerana mengikut kajian yang dilakukan, rakyat Kelantan masih belummendapat gambaran jelas apa sumbangan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeripimpinan PAS itu dalam membangunkan negeri tersebut selama ini.

"Rakyat Kelantan masih tidak mengetahui secara terperinci peruntukan kerajaan Pusat kepada Kelantan selama ini. Ini perkara utama yang kita akan perjelaskan dalam tempoh terdekat. Untuk pengetahuan setiap tahun lebih 30 peratus peruntukan itu digunakan bagi tujuan perbelanjaan tadbir urus kerajaan negeri dan 70 peratus lagi bagi peruntukan perbelanjaan pembangunan kerajaan negeri dan ini perlu rakyat tahu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kota Bharu, baru-baru ini.

Amat jelas pendapat Profesor UM yang meletakkan tanggungjawab kepada Perdana Menteri seperti mengiakan pendapat orang PAS bahawa tugas Menteri Besar dan Exco yang dilantik di negeri itu hanya menjaga hal ehwal politik negeri itu agar terus berada dalam cengkaman 'kepimpinan Islam' semata-mata.

Sebaliknya apa tugas dan amanah yang perlu dilakukan oleh Menteri Besar dan 'pembesar politik' Kelantan,wahai Profesor UM?

Berceramah, melepaskan tugas kepada orang lain, memerhati dan 'makan gaji buta'?

Ternyata analogi Profesor UM ini termasuk dalam kalangan 'bengong' dan tidak wajar dikeluarkan oleh seseorang yang taraf akademiknya tinggi tetapi bercakap macam orang PAS Kelantan yang asyik menyalahkan orang tanpa melihat 'ke dalam diri' sendiri!

Padanlah Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengesyorkan agar pemimpin PAS Kelantan, termasuk Menteri Besarnya digelar 'Make Gaji Buto'.

Ada juga yang menyalahkan Kerajaan Pusat kerana kononnya Kerajaan Pusat telah "merompak hasil royalti Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun.

Lebih teruk dengan belanja yang begitu besar diberikan kepada Kelantan, Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof mengatakan Kerajaan Pusat dianaktirikan sejak hampir 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan dan jalanraya juga tidak dimajukan.

Kepada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia amnya, apakah Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri tidak membantu rakyat Kelantan?

Selebihnya terpulanglah kepada Menteri Besar dan Exco Kerajaan PAS merancang dan melaksananya.

Salam Semua...: "Sekira benar <b>Kelantan</b> ini <b>negeri</b> miskin mengikut <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2012 02:15 AM PST



Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa Kelantan negeri paling miskin di negara ini, hanya membuka pekung dirinya sendiri sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan itu, ia bermakna kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.

"Sekira benar Kelantan ini negeri miskin mengikut kata PM DS Najib, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang Perdana Menteri dalam memajukan setiap pelusuk tanah air, setiap orang dari rakyatnya.

"(Ini) kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, dan sama sekali bukan sebuah negeri yang berada di Thailand, atau Indonesia, atau Brunei, atau Kemboja, dan tidak mungkin sebuah negeri di Benua Afrika," coretnya melalui Facebooknya Hassan Hayastani..

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Najib ketika berucap di Lahad Datu semalam kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Estet Sejahtera (Mesej) Akuakultur Kampung Nala, Tungku, Lahad Datu di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan memerintah untuk memajukan mana-mana negeri dan tugas itu berada di atas batu jemala seorang perdana menteri.

"Negeri mana pun yang dikatakan miskin selagi dia adalah negeri di dalam Malaysia maka tanggungjawab memberi kekayaan, kemajuan, kesejahteraan dan kebajikan masadepan itu berada di atas kepimpinan seorang Perdana Menteri.

"Ini bukan zaman penjajah British dengan polisi kejadah pecah dan perintah!," tulis beliau.-Harakah

P/S- Penulis hairanlah kenapa orang yang sebijak Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah boleh berhujah dengan meletakkan kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan negeri Kelantan sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.
Betapa lemah dan dangkalnya hujahan beliau dengan menyalahkan kerajaan persekutuan 100% dan peliknya, tidak sedikitpun menegur kerajaan PAS yang memerintah negeri Kelantan sekarang ini.
Sikap berat sebelah dan serkap jarang (tidak membuat kajian) beliau amat terang lagi bersuluh bila beliau juga langsung menidakkan peruntukan dan bantuan kerajaan persekutuan ke atas kerajaan PAS di bawah pemerintahan Nik Aziz. Beliau tidak tahu  ataupun berpura-pura tidak tahu?
Maknanya tanpa peruntukan dan bantuan daripada kerajaan persekutuan, negeri Kalantan akan menjadi lebih teruk lagi dari apa yang kita lihat sekarang. Keadaan inilah yang sepatutnya Dr Abu Hassan Hasbullah fikirkan.  
Penulis tidak mahu beri banyak contoh cuma sekadar bertanya satu soalan yang perlu  Dr Abu Hassan Hasbullah jawab. Cuba tanya Nik Aziz, selama lebih 21 tahun beliau menjadi Menteri Besar yang memerintah negeri Kelantan, sudah berapa banyak masjid yang mereka buat di Kelantan? Kalau tidak kerana bantuan daripada enam Perdana Menteri termasuk DS Najib, maka susahlah rakyat negeri Kelantan.
Meletakkan semua kesalahan ke atas bahu Perdana Menteri terdahulu tanpa menyentuh sedikitpun ketidakupayaan pemerintahan di Kelantan bagi memajukan negeri mereka sendiri,  meletakkan Dr Abu Hassan Hasbullah bukanlah ahli akademik  yang mampu menilai fakta ekonomi dan sejarah dengan baik.
Lupakah Dr Abu Hassan Hasbullah dengan ungkapan bahawa "Allah sendiri tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kalau kaum itu sendiri tidak mahu mengubah nasib mereka."
Sebab itu, Nabi Muhammad SAW sendiri tidak suka umatnya menjadi peminta sedekah (menerima bantuan berterusan). Pernah Nabi  marah pada seorang sahabat yang suka sangat minta sedekah, sehingga Nabi  keluarkan duitnya sendiri dan beri kepada sahabat itu serta menyuruhnya membeli kapak dan tali, kemudian disuruhnya pergi mencari kayu dalam hutan untuk dijual.
Sebagai seorang ahli akademik yang tiba-tiba prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh rakyat negeri Kelantan, Dr Abu Hassan Hasbullah sepatutnya perlu mengkaji secara lebih mendalam sebab penyebab kenapa negeri Kelantan di antara negeri yang termiskin di Malaysia.
Beliau juga sepatutnya lebih bersikap realistik dan produktif  dengan memberi idea-idea yang baik dan kritis, setidak-tidaknya boleh membantu kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan sekarang ini keluar daripada kepompong antara negeri yang termiskin di Malaysia.
Mengambil pendekatan menyalahkan orang lain bukanlah idea dan jalan penyelesaian yang terbaik malah, ianya akan memberikan mesej yang salah kepada kerajaan negeri Kelantan termasuklah rakyatnya sendiri.
Kalaulah semua rakyat berfikiran seperti Dr Abu Hassan Hasbullah, maka semua Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di Malaysia bolehlah hidup senang-lenang tanpa perlu memikirkan apa yang perlu mereka buat kerana semua tugas mereka adalah di atas batu jembala Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads