Rabu, 1 Februari 2012

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


GERABAK KERETAPI TERBAKAR <b>DI KUALA KRAI</b> | ABGTEROR <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2012 02:22 AM PST

Join the Petronas Reimagining Energy Photo Contest and win yourself some Ang Pows!KLIK SINI Great Malaysian-made TVC! See Fujiaire's new 3-year full body warranty TVC! KLIK SINI

GERABAK KERETAPI TERBAKAR DI KUALA KRAI | Perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lipis ke Tumpat tergendala 20 minit apabila sebuah daripada lima gerabak terbakar kira-kira 7.20 petang semalam. Bagaimanapun, sejumlah 120 penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren itu selamat dan gerabak tersebut yang menyediakan generator elekrik bagi menghidupkan pendingin hawa, terpaksa ditinggalkan di Stesen Kuala Krai.

Pengarah Kanan Unit Komunikasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail, berkata insiden itu berlaku hanya satu kilometer dari Stesen Kuala Krai. Beliau berkata, pemandu lokomotif yang menyedari asap hitam keluar dari koc berkenaan terpaksa menghentikan tren sebelum melakukan pemeriksaan.

"Berikutan itu, tren berkenaan meneruskan perjalanan sebelum meninggalkan koc generator di Stesen Kuala Krai kerana bimbang akan berlaku kebakaran lebih serius, tetapi ia tidak membahayakan penumpang.

"Sebaik tiba di stesen itu, tren berkenaan lewat 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dan tiba dengan selamat," katanya.

Mohd Fazil berkata, kejadian itu adalah yang kedua berlaku dalam perkhidmatan kereta api penumpang di Pantai Timur dengan kejadian pertama pada 9 September lalu berhampiran Stesen Merapoh, Pahang. Beliau berkata, kejadian pertama membabitkan gerabak membawa generator elektrik dan alat pendingin hawa yang disambung dengan 14 gerabak Perkhidmatan Kereta api Ekspres Senandung Wau dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full content generated by Get Full RSS.

Ggateh Basikal Anak Muda <b>di Kuala Krai</b> | GegarKelantan.net

Posted: 27 Nov 2011 08:55 PM PST

Oleh : Zahrawani Ayu

Haji Abd. Aziz Yunus

KOTA BHARU, 28.Nov – Program Ggateh Basikal bagi kalangan remaja di negeri ini semakin mendapat sambutan dan baru-baru ini telah di adakan di peringkat jajahan Tanah Merah begitu mendapat sambutan meriah dari lebih 500 remaja dan buat kali ke duanya peringkat jajahan program Ggateh Basikal Anak Muda akan diadakan pula di Kuala Krai.

Menurut Pengarah Urusestia pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan Haji Abd.Aziz Yunus, program ini dijangka akan dirasmikan sendiri oleh Exco Belia Datuk Abdul Fattah Mahmood bertempat di Perkarangan Taman Tasik Krai pada 10.Disember.2011

" saya amat berharap anak muda di jajahan Kuala Krai akan dapat bersama-sama menyertai program Ggateh sihat Anak Muda ini dan ia akan meliputi kayuhan sejauh 40 KM merangkumi tiga Dun iaitu Guchil, Mengkebang dan Manek Urai" ujar beliau.

Sementara itu, terdapat juga beberapa acara menarik seperti pertandingan Basikal Fixie, Cabutan Bertuah, Pertandingan Kemahiran menunggang basikal dan banyak lagi.

Abd Aziz juga berkata walaupun dengan mengadakan program kayuhan basikal ini, namun ia akan dapat merapatkan lagi hubungan sesama remaja setempat dan ia juga akan dapat mengelakkan remaja daripada membuang masa tanpa sebarang usaha yang berfaedah.

" Kita sedar kini pelbagai gejala sosial telah melanda masyarakat terutamanya golongan remaja, namun ia seharusnya mendapat kerjasama semua pihak seperti keluarga, masyarakat dan individu itu sendiri dalam menanganinya dan langkah mengadakan program sebegini untuk remaja juga boleh mengurangkan aktiviti yang tidak berfaedah kepada mereka"katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Ggateh Basikal jelajah tiga Dun <b>Kuala Krai</b> | GegarKelantan.net

Posted: 05 Dec 2011 12:15 AM PST

Oleh : Zahrawani Ayu

Sidang Media Program Ggateh D'Kuala Krai oleh Ust Ab.Latiff

KOTA BHARU, 5.Dis - Sambutan yang amat menggalakkan dalam program yang dikenali " Maghri Pakat Ggateh " anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO di Tanah Merah baru-baru ini telah diperluaskan ke jajahan lain dan sabtu ini program ini akan di adakan di Kuala Krai.

Menurut Timbalan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan, NGO Abdul Latiff Abdul Rahman program julung kali yang diadakan secara besar-besaran ini di jajahan Kuala Krai menggambarkan kesungguhan pihak kerajaan untuk membuka ruang kepada remaja mendekati aktiviti sukan berbasikal.

Program "Maghi Pakat Ggateh D' Kuala Krai" ini akan meliputi tiga Dun dalam Parlimen Kuala Krai dan akan bermula di Padang Taman Chintawangsa berhampiran dengan Tasik Krai pada sabtu 10.Dis ini, pendaftaran akan dibuka pada pagi tersebut bermula jam 7.30 pagi.

Abdul Latiff berkata penyertaan berbasikal ini terbuka kepada seluruh rakyat negeri yang berminat dan peserta boleh menggunakan pelbagai basikal seperti basikal klasik, basikal Fixie, Mountain Bike dan sebagainya.

" Kita akan mengayuh basikal sejauh 31 KM dan di Kuala Krai ini ia agak mencabar sedikit kerana kayuhan akan merentasi kawasan laluan berbukit dan ini amat sesuai dengan kawasan Kuala Krai yang berada di Selatan yang sememangnya penuh dengan kawasan tinggi"ujar beliau.

Laluan yang digunakan ialah bermula di Taman Chintawangsa melalui Jalan Batu Balai menuju ke Kampung Mengkebang sehingga ke Simpang Tiga Sungai Pahi, selepas itu akan ke Kampung Temalir ke Jalan Belangga menuju ke Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang iaitu keluar di Simpang Tiga Pahi dan meneruskan kayuhan kembali ke TamanChintawangsa.

" Laluan yang digunakan ini adalah meliputi ketiga-tiga Dun iaitu Guchil, Mengkebang dan Manek Urai, sementara itu bagi Dun Dabong tidak dapat diadakan memandangkan ia agak jauh"katanya lagi.

Turut hadir disidang media ialah Pengarah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Haji Abdul Aziz Yunus dan Timbalan Pengarah Mohd Ridza Mohd Zain.

Program yang dijangka menerima peserta lebih 400 orang ini akan dirasmikan sendiri oleh Exco Sukan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood.

" Peserta akan disediakan sehelai T.Shirt, sarapan pagi dan jamuan tengahari, di samping itu terdapat juga beberapa pertandingan sampingan seperti pertandingan basikal cantik, pertandingan mengawal basikal terbaik, basikal lambat dan cabutan bertuah." Ujar beliau lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads