03 di manek urai - Google Blog Search |
- Allah Taala Memang Nak Tunjuk Beza Antara Umno Dengan Pas <b>Di</b> <b>...</b>
- Ulu Kelate: NAMPAKNYA,, PENDUDUK <b>MANEK URAI</b> TIDAK <b>...</b>
- Ulu Kelate: BIAR BETUL !!!... TAHAP KEPIMPINAN ABE UJI <b>MANEK</b> <b>...</b>
Allah Taala Memang Nak Tunjuk Beza Antara Umno Dengan Pas <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 26 Jan 2012 10:50 PM PST Sepanjang penggal PRU12, terdapat 16 buah pilihanraya kecil di seluruh Malaysia. Dua daripadanya di Kelantan iaitu Manek Urai dan Galas. Manek Urai dimenangi oleh PAS menerusi wakilnya, Mohd Fauzi Abdullah atau lebih dikenali sebagai Abe Uji manakala Galas pula dimenangi oleh UMNO menerusi wakilnya, Abdul Aziz Yusoff. Seperti biasalah, bila dah pilihanraya, maka pelbagai janji ditabur demi memikat hati pengundi. Dan seperti biasa jugalah, PAS akan sentiasa mendabik dada bahawa mereka adalah 'tajalli Allah Taala' yang bukan sahaja memberi manfaat tetapi juga memberi syafaat dalam bentuk syurga. Nik Abdul Aziz mempertahankan Negara Berkebajikan yang menjadi slogan terbaru PAS. Namun apa yang berlaku di Manek Urai dan dibandingkan pula dengan di Galas, menjelaskan tentang kemudaratan golongan pencipta slogan yang bukan sahaja tidak mempunyai maruah dan harga diri, bahkan akan sanggup berbohong, menipu dan memperdayakan umat manusia asalkan mereka menang pilihanraya. Janji-janji syurga di Manek Urai nampaknya tidak menjadi realiti. Sebaliknya pengangkatan Abe Uji sebagai wakil rakyat Manek Urai, bukan sahaja menambahkan lagi masalah, sebaliknya membuktikan bahawa PAS sekadar mampu menjanjikan syurga, tetapi tidak mampu membuktikan amalan untuk ke syurga. Abe Uji nampaknya telah diserang oleh gerombolan di dalam PAS sendiri. Pelbagai masalah di Manek Urai mulai ditimpakan ke batang tengkuk Abe Uji. Dikatakan, Abe Uji tidak mampu menggalas tugas sebagai wakil rakyat, sungguhpun Abe Uji telah diberikan restu dan rahmat oleh Nik Abdul Aziz sendiri. Wakil Rakyat PAS itu dikatakan gagal menyelesaikan masalah jalan kampung yang rosak teruk di Manek Urai. Permukaan lantai Pasar Laloh yang sangat daif juga tidak dititikberatkan. Semak-samun di kiri kanan jalan Kampung Berangan, bukan sahaja mengundang ancaman daripada haiwan berbisa dan buas, sebaliknya menjadi tempat persembunyian peragut dan penjenayah seksual yang amat baik, tidak dipedulikan langsung oleh Abe Uji biarpun masalah tersebut telah berkali-kali dibawa ke pengetahuannya. Paling menyedihkan ialah apabila para pengundi dan penduduk Manek Urai terlalu sukar untuk melihat batang hidung dan batang tubuh Abe Uji. Semenjak bergelar Wakil Rakyat, Abe Uji bagaikan jijik untuk mencemarkan kakinya ke tanah Manek Urai. Berbeza pula dengan Abdul Aziz Yusoff, wakil rakyat UMNO-BN di Galas yang setiap masa ada di Galas dan Gua Musang. Wakil Rakyat UMNO itu amat mudah ditemui dan juga amat mudah untuk diminta bantuan. Pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Wakil Rakyat PAS dahulu, kini berjaya diselesaikan oleh Abdul Aziz Yusoff termasuklah isu perumahan PPRT yang diselesaikan oleh Abdul Aziz Yusoff dengan bantuan Kerajaan Pusat setelah Kerajaan Negeri enggan melayannya. Begitu juga dengan isu Tanah Adat Orang Asli yang telah dirampas oleh Kerajaan Negeri untuk tujuan pembalakan dan projek Ladang Rakyat yang sebenarnya tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana rakyat Kelantan sama ada yang terlibat apatah lagi yang langsung tidak terlibat dengan program tersebut. Bagi mereka yang terbuka fikiran dan bermata terang, pasti dapat melihat perbezaan yang sangat ketara antara kedua-dua Wakil Rakyat yang dipilih pada dua PRK pasca PRU12. Perbezaan yang paling ketara sudah tentulah, satu pihak berusaha keras menunaikan janji dan satu pihak lagi berusaha keras menabur janji. Satu pihak lagi bekerja untuk memenuhkan janji dan satu pihak lagi tak habis-habis dengan ceramah di sana sini, termasuklah Tuk Guru merangkap Menteri Besarnya sendiri. Full content generated by Get Full RSS. |
Ulu Kelate: NAMPAKNYA,, PENDUDUK <b>MANEK URAI</b> TIDAK <b>...</b> Posted: 31 Dec 2011 11:58 AM PST Assalamualaikum. Pada petang semalam ambo mendapat satu berita yang sudah ambo jangka dari surat khabar Sinar Harian. Lihat bawah : Di mana Abe Uji menafikan segala-gala yang ambo rakamkan kajian tahap kepimpinan Abe Uji di Kampung Manek Urai setelah 2 tahun 5 bulan menjadi tok wakil. Bagi ambo, apa yang berlaku ini ianya sudah menjadi kebiasaan bagi ahli politik. Bila seseorang rakyat kecil seperti ambo ini menegur seorang pemimpin dengan kebenaran maka kebenaran itu akan di sepak ke tepi tanpa merujuk apakah yang di sangkalnya itu adalah masalah yang sewajibnya di selesaikan oleh Abe Uji sendiri sebagai payung kebajikan rakyat . Apakah sikap sebegini layak untuk seorang yang bergelar pemimpin tambah-tambah lagi pemimpin yang kononnya memperjuangkan kebajikan. Nilaikan sendiri dengan mata batin dan zahir. Rasionalnya pun jawapan telah terpampang di hati dan di minda pembaca sekalian. iapa yang inginkan kepastian mutlak.... maka ringan-ringankan kaki untuk berjalan ke kawasan yang ambo paparkan sebelum ini. Sinambungan terhadap penafian Abe Uji ini terhadap ambo, maka sekali lagi ambo dengan lebih berani lagi untuk menonjolkan kegagalan kepimpinan Abe Uji terhadap menjaga kebajikan anak mukim Manek Urai hinggakan penduduk manek Urai sendiri telah merasa bosan dan dan jelik terhadap Abe Uji hinggakan 2 gotong royong penting di Manek Urai dalam minggu ini, rakyat merasakan tak perlu lagi memadah tok wakil, sedangkan tok wakil tak boleh menjaga kebajikan mereka seperti yang di harapkan. Menjanjikan segalanya adalah mudah dengan percuma bermodalkan air liur tapi melaksanakan tugas kepimpinan adalah sangat sukar. Ini adalah hakikat. Video di bawah ini ambo rakamkan sendiri bersama penduduk Manek Urai Lama pada hari Jumaat minggu lepas tanpa kehadiran tok wakil Abe Uji sendiri. Begitu juga dengan keadaan kelmarin di mana sekumpulan NGO yakni KRT, RELA, GDW dan pemimpin JKKKP mukim Che Din Noh dan Pentadbir Mukim Wan Nejemuding bertungkus lumus walaupun hujan dalam menyelenggara dan membersihkan Madrasah KTMB Manek Urai lama tapi di mana tok wakil Abe Ujinya?. Jelaslah dia sendiri di pinggirkan oleh anak mukimnya sendiri. (sumber Sinar Harian semalam) Maaflah jika ambo menulis ini membuatkan sesetengah pihak merasa tersinggung dan marah. Tapi ambo juga berhak kerana ambo juga adalah salah seorang anak mukim di sini, ambo mengundi di sini anak jati di sini. Ambo dari kecil sampai ke besar , inilah kampung laman ambo. Abe Uji asal orang mana ? Berkenaan dengan kenyataan Setiausaha Majlis Tindakan Dun yakni Mohammad Safardi Yusof yang mengatakan konon nya saya berniat jahat dengan melarikan diri bila mendekati saya. Terus terang ambo katakan kenapa ambo mesti takut walhal sebenarnya ambo begitu tergesa-gesa untuk pulang ke Kota Bharu bermotosikal dalam keadaan sambil lalu atau hanya berkesempatan merakam gambar sahaja, ' JIKA BENAR INGIN BERJUMPA AMBO , AMBO CABAR , SILA SEDIAKAN KESEMUA WARTAWAN SINAR HARIAN, HARAKAH DAN UTUSAN DAN TOP BLOGGER KEDUA-DUA BELAH PIHAK PAKATAN DAN BN UNTUK KITA MENGUNJUNGI TEMPAT-TEMPAT YANG AMBO PERNAH RAKAMKAN SEBELUM INI SAMADA IANYA SATU PEMBOHONGAN ATAU KEBENARAN. INSYAALLAH' Dan ingatlah , Demi Allah Taala, ambo juga adalah salah seorang di antara yang Abe Uji peluk di kediaman rumah arwah Poksu Wel , setelah perkhabaran bahawa beliau adalah calon PAS yang akan bertanding pada PRK Manek urai yang lalu sambil membisikkan ke telinga ambo ' Tulong lah ambo'. Wassalam RENUNGLAH DAN SENYUMLAH DENGAN KEBENARAN |
Ulu Kelate: BIAR BETUL !!!... TAHAP KEPIMPINAN ABE UJI <b>MANEK</b> <b>...</b> Posted: 26 Dec 2011 10:30 AM PST Assalamualaikum... Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah 2 tahun 5 bulan penduduk di Dun Manek Urai telah memperoleh Yang Berhormat baru iaitu YB Mohd Fauzi Abdullah atau lebih di kenali sebagai Abe Uji bagi menggantikan arwah Ismail Yaakob atau Poksu Wel. Tahniah pada Abe Uji dan Al-Fatihah pada arwah Poksu Wel. Kemenangan telah dicapai oleh parti PAS di Dun Manek Urai , maka bermula hari itulah seluruh anak mukim Manek Urai ( tak kira PAS dan UMNO) menggantung harapan kepada Yang Berhormat baru ini bagi menjalankan amanah Allah yakni memelihara kebajikan dan kesejahteraan 12293 orang pengundi kawasan ini. Terkini, ada desas desus terutama dari kalangan jentera PAS Manek Urai mula mempersoalkan kewibawaan Abe Uji ini. Perbualan hangat di kedai kopi di seluruh Manek Urai , Laloh, Sungai Rek, Karangan , Manjur, Cucuh Puteri, Peria dan Temalir bahawa Abe Uji tidak mampu melaksanakan agenda kebajikan rakyat sedangkan rakyat sangat-sangat memerlukan kebajikan dari kepimpinan yang boleh di harap untuk menyelesaikan permasalahan seharian mereka.Dan mereka yang berkata demikian adalah bukannya datang dari jentera PAS yang biasa tetapi dari jentera-jentera rahsia Arwah Poksu Wel yang tak dapat di kesan oleh jentera PAS pusat sendiri pada PRK yang lalu. Semuanya adalah abe-abe hebat belako!! Di antara kegagalan Abe Uji yang paling ketara adalah menyelesaikan masalah prasarana di seluruh Dun Manek Urai. Di antaranya : GAGAL MENYELESAIKAN ISU JALAN KAMPUNG YANG ROSAK (MANEK URAI LAMA) KEADAAN PELANTAIAN PASAR LALOH TERLALU DAIF KEADAAN PELANTAIAN PASAR LALOH TERLALU DAIF KIRI KANAN JALAN KAMPUNG DI SELUBUNGI SEMAK SAMUN DAN BOLEH MENJADI PENYEBAB KEMALANGAN.(KG.KARANGAN) AMAT JARANG SEKALI TURUN BERSUA JENTERA PAS APATAH LAGI ANAK MUKIM . JAUH LAGI LAH!!! (LIHATLAH PAPARAN PINTU GERBANG MARKAS PAS LALOH) HANYA SETAKAT INIKAH YANG DAPAT DI KUMPUL SEMASA CERAMAH PAS PADA HARI JUMAAT 23 DISEMBER?,2 3 HARI LEPAS SAJA. Ambo menulis blog ini bukannya ambo nak reka-reka kenyataan ambo. Ambo anak jati Manek Urai . Kalau ada orang nak kelong ambo mengenai hal-hal Dun Guchil , Manek Urai, Mengkebang , Dabong ,, lupakan hasrat demo. Ambo masak doh dengan kawasan ini. Ambo pun tahu dosa pahala, jadi ambo cuba mengelakkan pernyataan fitnah dan tidak benar. Cuma atas kita fikir, apakah berbaloi jika kita memilih pemimpin yang tidak dapat menjalankan amanah Allah Taala terhadap kita. RENUNGKAN DAN SENYUMLAH DENGAN KEBENARAN Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di manek urai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan