03 di mengkebang - Google Blog Search |
- Blog Yayasan Islam Kelantan » 134 Pelajar YIK Terima Bantuan <b>...</b>
- PAS <b>Mengkebang</b> » Blog Archive » Kaum Cina Tak Pernah <b>Di</b> <b>...</b>
- PAS <b>Mengkebang</b> » Blog Archive » Kerjasama jayakan sambutan <b>...</b>
Blog Yayasan Islam Kelantan » 134 Pelajar YIK Terima Bantuan <b>...</b> Posted: 01 Jan 2012 10:04 AM PST
Kuala Krai – Seramai 134 pelajar YIK menerima bantuan zakat dan pakaian seragam sekolah dalam majlis yang diadakan di SMU (A) As-Saadah Batu Mengkebang pada 31 Disember lalu. Majlis yang julung-julung kali diadakan dapat meringankan bebanan keluarga dan kurang berkemampuan di sekolah YIK di Zon Selatan,iaitu jajahan Kuala Krai dan Gua Musang. Zakat sumbangan Bank Islam Malaysia Berhad diberi untuk YIK mengagihkan kepada pelajar-pelajar sekolah. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Hj. Mohamed bin Awang, ADUN Gual Periuk mewakili YB. Dato' Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan. Pengarah YIK dalam ucapan aluan menyatakan bahawa idea penubuhan Tabung Pendidikan Yayasan Islam Kelantan dicetuskan dalam satu Mesyuarat Pengurusan dan sentiasa bergerak mendapatkan sumbangan dari pelbagai pihak untuk menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik. Menurut beliau, majlis hari ini adalah perintis kepada program-program yang akan dipanjangkan kepada zon-zon lain di seluruh Kelantan. Keprihatinan ini dijangka dapat merapatkan jurang kemiskinan dan bukan halangan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar luar bandar. Sementara itu, Yb Mohamed bin Awang menggesa agar pihak-pihak yang berkenaan terus menyalurkan zakat masing-masing untuk kepentingan bersama. Semangat kerjasama ini seharusnya menjadi teras dalam membawa negeri kea rah Membangun Bersama Islam. Hadir sama dalam program berkenaan YB Abdul Latif Abdul Rahman, ADUN Mengkebang, YB Mohd Fauzi Abdullah, ADUN Manik Urai, penolong-penolong pengarah dan pegawai-pegawai Yayasan Islam Kelantan |
PAS <b>Mengkebang</b> » Blog Archive » Kaum Cina Tak Pernah <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 13 Apr 2010 09:35 PM PDT KUALA KRAI - Seorang lagi peserta Takaful Kifalah berketurunan Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang menerima manfaat skim itu apabila seorang warga emas meninggal dunia, tiga hari lalu. Warga emas terbabit, Shik Kim Sun, menghembus nafas terakhir pada usia 85 tahun di rumahnya di Kampung Batu Jong, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi, Sabtu lalu, akibat sakit tua. Anak keempat mendiang, Chu Eng Sing, 54, berkata, ibunya menghidap penyakit nyanyuk hampir empat tahun lalu namun keadaannya bertambah teruk sejak dua tahun kebelakangan ini. "Sebelum ini dia boleh berjalan lagi walaupun nyanyuk tetapi sejak setahun dua lepas sampai meninggal, dia hanya terlantar di tempat tidur. "Sekarang hanya tinggal saya dan ayah saya yang juga sudah uzur akan duduk di rumah ini," katanya pada persiapan upacara pengebumian ibunya, di sini, semalam. Eng Sing berkata demikian ketika ditemui selepas menerima bayaran manfaat Takaful Kifalah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman. Hadir sama, Penghulu Tanpa Mukim Wakil Kaum Parlimen Kuala Krai, Sik Chai Som, Ketua Dewan Pemuda Pas DUN itu, Abdul Hashim Jusoh dan Imam Muda Masjid Mukim Batu Jong, Abdul Kadir Yasim. Eng Sing berkata, jenazah mendiang ibunya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Jelatuk, dekat Tanah Merah petang ini (semalam). Kim Sun meninggalkan suami, Chu Bang Siang, 84, dan lima anak lelaki berusia antara 52 hingga 63 tahun. Sementara itu, Abdul Latiff berkata, bayaran kepada waris Kim Sun menjadikannya penyampaian kedua melibatkan peserta Takaful Kifalah berbangsa Cina di DUN berkenaan dalam tempoh 10 hari pertama bulan ini. Menurutnya, mendiang juga peserta Cina kedua menerima manfaat skim untuk tahun ini selepas penerima pertama, Kua Mek Seng dari Kampung Bukit Langsat, dekat sini, yang meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim 1 April lalu. Katanya, lebih 2,000 penduduk pelbagai kaum di DUN itu kini menyertai Takaful Kifalah sejak skim perlindungan i Full content generated by Get Full RSS. |
PAS <b>Mengkebang</b> » Blog Archive » Kerjasama jayakan sambutan <b>...</b> Posted: 12 Oct 2009 08:42 PM PDT KUALA KRAI - Kerjasama penghulu mukim dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Meng-kebang terserlah apabila masing-masing menyediakan satu hidangan untuk juadah sambutan Aidilfitri Majlis Tin-dakan DUN (MTD) itu, dekat sini, semalam. Pengarah MTD yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, antara hidangan disediakan 12 penghulu mukim terbabit ialah gulai kawah, sate, lemang, ketupat, roti jalan, kuih raya dan minuman. Menurutnya, majlis sambutan itu turut mendapat kerjasama peserta Ladang Rakyat DUN Mengkebang yang membuat persiapan tempat dan membantu urusetia penganjur melayan kira-kira 3,000 tetamu yang hadir. "Majlis sambutan yang men-jadi acara tahunan MTD ini adalah antara peluang terbaik bagi rakyat di daerah ini terutama di Mengkebang untuk hadir, bertemu mata dan mengeratkan lagi hubungan. "Majlis seumpama ini juga dapat memberi gambaran jelas kerjasama erat dan semangat tinggi yang diberikan semua penghulu mukim dan petugas bagi menjayakan pelbagai aktiviti MTD Mengkebang," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada majlis sambutan Aidifltri anjuran MTD Mengkebang di Dataran Sungai Durian, dekat sini, semalam, yang bermula dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Hadir sama Pegawai Agama Jajahan Kuala Krai, Alias Abdul Rahman; Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan, Mahadi Mat Zin; Naib Ketua Dewan Muslimah Pas kawasan, Hazimah Khalipah dan Setiausaha MTD Manek Urai, Mohamad Harun. Abdul Latiff berkata, pihaknya tidak menganjurkan majlis sambutan itu lebih awal kerana bimbang tidak ramai yang dapat hadir kerana masing-masing masih 'sibuk' berhari raya dan memenuhi jemputan banyak rumah terbuka lain. Katanya, majlis sambutan yang turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum itu dimeriahkan juga dengan pengagihan kira-kira 100 sampul duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.-sinar harian Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di mengkebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan