Selasa, 14 Februari 2012

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Double - Y: #AmanKampus : Bikin &#39;Kecoh&#39; Bandar <b>Rantau Panjang</b>

Posted: 12 Feb 2012 09:46 AM PST


Hari ini genap seminggu siri Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat, alhamdulillah sehingga hari ini masih belum ada seorang pun dari peserta Aman Kampus mengajar serta mendidik adik-adik di sekolah-sekolah bagaimana cara-cara untuk berbaring di atas jalanraya mahupun menurunkan bendera mana-mana pemimpin.

Hahaha...

Kini kumpulan Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat selamat tiba di Kelantan, di mana lokasi pertama sebaik sahaja tiba di Kelantan adalah pekan Rantau Panjang. Rantau Panjang merupakan kawasan bebas cukai yang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.

Kumpulan Kembara Aman Kampus bertindak menjalankan 'Info Siswa' di tengah-tengah kesibukkan pekan Rantau Panjang, yang menggembirakan hati saya adalah sambutan masyarakat setempat di mana rata-rata masyarakat setempat termasuk peniaga di sekitar Rantau Panjang memberi respon positif ke atas mahasiswa Aman Kampus.

Info Siawa Kembara Aman Kampus hari ini mengedarkan risalah mengenai bahaya seks bebas kepada anak-anak muda dan memberi kesedaran mengenai Seksualiti Merdeka yang cuba diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia.


Yang menarik sekali adalah tindakan seorang peserta Kembara Aman Kampus yang mendekati seorang sami buddha dan seorang lelaki berbangsa singh dan dan menerangkan mengenai bahaya Seksualiti Merdeka yang diperjuangkan oleh pihak tertentu.Ketika menerangkan mengenai bahaya LGBT kepada masyarakat Malaysia, sami Buddha dan lelaki Sikh ini turut bersetuju dengan penerangan daripada mahasiswa dari UM yang bernama Mohd Ariff Haikal malah sami Buddha tersebut mendakwa beliau turut membuat kenyataan media mewakili persatuan yang dinaunginya menolak budaya Seksualiti Merdeka yang diperjuangkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kemaskini akan menyusul, talian internet agak teruk ketika ini.

Segala kesulitan amat dikesali...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads