Sabtu, 10 Mac 2012

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Kepimpinan Ku Li masih diperlukan <b>di Gua Musang</b> « Persada

Posted: 05 Mar 2012 04:20 PM PST

Gua Musang – Desas desus mengenai pengguguran Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk bertanding kerusi itu Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti mendapat pelbagai reaksi.

Seorang penduduk, Abdullah Yusiff, 63, berkata, rakyat akan menolak BN sekiranya Ku Li tidak dicalonkan semula untuk kerusi Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Dia menyifatkan Ku Li masih mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kawasan tersebut kecuali Ku Li sendiri menyatakan ingin bersara daripada perjuangan politik.

"Kami sebagai rakyat Gua Musang tetap mempertahankan Ku Li supaya kepimpinan BN dapat mencalonkan semula kerusi kawasan itu kerana kami masih sayangkan perjuangan dia," katanya.

Mustapha Ab Rahman, 52, pula berkata, Ku Li yang sekian lama berjuang untuk rakyat Gua Musang tidak sewajarnya dibelakangkan untuk menghadapi PRU 13 akan datang dan perlu dikekalkan.

Beliau bimbang sekiranya Ku Lu tidak dicalonkan semula kemungkinan bukan sahaja kerusi Parlimen Gua Musang yang kalah, tetapi juga tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) termasuk Galas, Nenggiri dan Paloh.

"Kami benar-benar terkejut apabila Ku Li membuat pengumuman akan bertanding calon Bebas jika digugurkan sebagai calon BN dan ini seolah-olah beliau telah tahu tidak akan dicalonkan semula," katanya.

Deraman Harun, 45, berkata, beliau amat sedih dengan kenyataan Ku Li itu dan berharap kepimpinan BN di peringkat atasan tidak membuat kejutan dengan menggugurkan Ku Li daripada bertanding pada PRU13 nanti.

"Kita mempertahankan Ku Li sebagai pemimpin paling lama dan jangan gugat kewibawaan pemimpin itu dengan meletak calon tidak diterima rakyat," katanya.

//sinar harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads