Sabtu, 10 Mac 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Kejayaan Pas <b>Kelantan</b> Sarang Gejala Sosial Berkembang Pesat «

Posted: 09 Mar 2012 05:19 PM PST

Boleh dikatakan setiap kali ceramah atau berucap, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyatakan bahawa Pas bejaya memasukkan 'Islam' ke dalam roh setiap rakyat negeri ini.

Kata Nik Aziz lagi, pembangunan tidak penting kerana perkara pertama yang perlu diperbetulkan ialah pegangan akidah dan akhlak rakyat negeri ini terlebih dahulu.

Bagaimanapun kata-kata tersebut sama sekali tidak berlandaskan realiti sebenar yang berlaku di negeri ini. Lihat statistik pihak polis, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sebanyak tujuh kes tembak berlaku dan lebih membimbangkan penjenyah terbabit bertindak ganas tanpa mempedulikan siapa mangsa mereka.

"Pada 31 Januari lalu, seorang wanita ditembak oleh dua lelaki yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya sebelum melarikan sebuah kereta jenis Proton Waja di Kampung Slow Machang, Pasir Mas.

"Empat hari sebelum itu, seorang remaja lelaki cedera di pergelangan kaki kanan selepas ditembak seorang lelaki di Kampung Kuchelong, Jelawat, Bachok kerana berbalah dalam isu gadai motosikal.

Pada 7 Januari, seorang seorang tukang masak warga Thailand cedera terkena tembakan di sebuah kedai makan di Kampung Binjai, Kedai Mulong.

"Terbaru semalam, lima lelaki bertindak ganas merempuh dan mengacu pistol kepada pihak polis selepas kereta mereka ditahan di Bunut Susu, Pasir Mas.

Dua daripada mereka ditahan manakala tiga lagi meloloskan diri. Polis menemui sepucuk pistol, kelopak tanpa peluru, dua bilah parang, sebotol cecair dipercayai dadah dan empat biji pil berwarna pink.

Itu baru merupakan kes tembak yang semakin menjadi-jadi.

"Pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan kira-kira dua tahun lalu, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar mengakui Kelantan adalah negeri yang tertinggi di Malaysia yang mencatatkan peningkatan pesakit HIV dan Aids.

Keadaan itu kata beliau berpunca daripada remaja yang tidak mengendahkan ajaran sebenar agama Islam sehingga menyebabkan mereka terjerumus dengan maksiat dan menghidap penyakit berbahaya tersebut.

"Menurut Kementerian Kesihatan, nisbah yang dijangkiti HIV dan AIDS di Kelantan ialah 28.8 orang bagi setiap 100,000 penduduk negeri itu.

"Begitu juga dengan masalah penyakit berjangkit, menurut statistik negeri ini juga menjadi juara dalam kategori tersebut yang kebanyakkannya berpunca daripada masalah air.

Malah penyakit yang jarang ditemui di negeri lain masih ada di sini, seperti demam kepialu.

"Masalah ini tidak termasuk dengan statistik penagihan dadah, perceraian dan jenayah jalanan sehingga menyebabkan Penjara Pengkalan Chepa sesak.

Apakah ini ukuran kejayaan Pas memerintah Kelantan? Selepas 21 tahun tidak ada perubahan malah lebih teruk. Sudahlah ketinggalan dalam pembangunan tetapi dalam aspek kerohanian juga semakin rosak.

Blogger @ CBC <b>Jelawat</b>: Kelas blog bersama peserta sekolah <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2012 07:54 PM PST

Hai semua....Hari ini Kak Bi bersama peserta baru bagi berkongsi cara-cara membuat blog di Blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads