03 di kelaboran - Google Blog Search |
Anak Cucu Nawi & Esah: Piknik <b>di</b> Pantai <b>Kelaboran</b> Posted: 26 Jan 2012 11:58 PM PST Ya Allah... Rahmatilah keluarga kami, berikan kebahagiaan dan rezeki yang tidak putus-putus pada kami. Kekalkanlah dan hadirkanlah kasih sayang dalam hati kami. Kami merayu agar Kau lindungi keluarga kami dari kejahatan yang lahir dari keburukan dan kelemahan insan dan juga dari ciptaanMu yang lain. Mohon padaMu Ya Fattah, permudahkan setiap urusan kami selagi ia membawa kebaikan. Bekalkanlah kami semua dengan ilmu yang berguna dan perbaikilah amalan kami, demi dunia dan akhirat kami. Amin... |
Lagi 10000 Dijangka Terima BR1M | Detik Perubahan Posted: 16 Feb 2012 12:31 AM PST TUMPAT – Dijangkakan seramai 10,000 lagi penduduk Tumpat akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diagihkan secara berperingkat di daerah ini sehingga pertengahan bulan Mac depan. Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat, Wan Hanapi Wan Yaakob berkata, setakat ini sebanyak 14,000 borang permohonan BR1M yang diisi oleh mereka yang berpendapatan isi rumah RM3000 ke bawah sudah diluluskan. "Daripada jumlah itu sebanyak 7,300 mereka yang layak sudah menerima BR1M sebanyak RM500 setiap orang melibatkan peruntukkan RM3.65 juta. "Pemberian BR1M ini membuktikan kerajaan komited dalam membantu golongan bawahan. "Ini jelas membuktikan bahawa slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' bukanlah satu omong kosong daripada pihak kerajaan seperti yang diuar-uarkan pihak pembangkang," katanya. Wan Hanapi berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyampaian BR1M bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelaboran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan. Menurutnya, bagi penduduk Dun Kelaboran, agihan BR1M seterusnya akan diadakan pada Jumaat ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Biji Wangsa pada jam 8 pagi untuk 652 penerima. "Agihan pada Jumaat ini merupakan agihan fasa yang ke- 4 dan setakat ini seramai 2710 rakyat di Dun Kelaboran sudah menerima BR1M tersebut," katanya. Seorang penerima, Poot A/P Jamak, 81, berkata, dia amat berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan nasib rakyat yang berpendapatan rendah apabila menghulurkan wang RM500 setiap orang. "Terima kasih banyak–banyak, saya akan gunakan wang ini untuk kebajikan, nak buat amal," katanya. Sempena agihan fasa ke–3 di SMK Berangan itu, seramai 840 rakyat di Dun Kelaboran menerima BR1M membabitkan peruntukkan sebanyak RM420,000. – Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from di kelaboran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan