03 di bunut payong - Google Blog Search |
KP warga asing: PAS bimbang kecoh <b>di</b> hari mengundi Posted: 14 Apr 2012 07:37 AM PDT KOTA BHARU, 14 April: PAS melahirkan kebimbangannya terhadap langkah memberikan taraf kewarganegaraan kepada warganegara asing secara berleluasa tanpa dibendung akan mengundang huru-hara terutama semasa pilihan raya berlangsung. Justeru Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan yang juga pengamal undang-undang menegaskan Kerajaan Pusat perlu bertanggungjawab dengan apa yang bakal berlaku. (Takiyudin menyampaikan hadiah dalam Pertandingan Kerajinan Tangan Wanita Dun Bunut Payong) "PAS Pusat telah membuat satu keputusan untuk mendesak pihak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kad pengenalan supaya memberikan respon kepada dakwaan kita," katanya. Beliau mendakwa PAS mempunyai bukti kukuh bahawa pegawai-pegawal tinggi kerajaan di beberapa agensi bukan saja di Jabatan Pendaftaran Negara tetapi juga Majlis Keselamatan Negara serta Jabatan Perdana Menteri itu sendiri terbabit. "Mereka (dengan pegawai-pegawainya sendiri) diarah untuk membuat sebanyak mungkin pemberian I.C warganegara kepada warganegara asing itu khususnya bagi 'menampung kekurangan' yang mereka rasa wujud di beberapa Parlimen termasuk di Parlimen Pekan, Pahang sendiri. "Kita mempunyai bukti bahawa di Parlimen Pekan sendiri, warganegara daripada beberapa negara, antaranya Burma dan juga Bangladesh sedang diberikan taraf kewarganegaraan yang membolehkan mereka itu mengundi. "Dan yang lebih berat lagi apabila diberikan kewarganegaraan, kad pengenalan, mereka itu didaftarkan terus dalam kawasan parlimen-parlimen tertentu. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bunut Payong bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Kerajinan Tangan Wanita Dun Bunut Payong di Astaka JKR 10 Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini tengahari tadi. Beliau mengulas perkembangan menjelang PRU-13 membabitkan pemberian kad pengenalan kepada warganegara asing yang berada di negara ini oleh golongan tertentu. Beliau mendakwa perkara itu juga berlaku di Kelantan di mana warganegara jiran yang diberikan kad pengenalan diletakkan terus di Dun tertentu dan dijadikan pengundi di situ. "Dan kita memberi peringatan kepada Kerajaan Malaysia, kalau sekiranya mereka teruskan juga keadaan itu, (dipercayai) akan berlaku suasana huru-hara terutamanya samasa pilihanraya, bahkan akan adanya bantahan. "Orang yang tidak tinggal dalam kawasan-kawasan pilihanraya tertentu itu, bahkan bukan berasal di situ dan tidak ada niat untuk tinggal di situ menjadi pengundi dalam kawasan itu, maka saya nampak akan jadi satu keadaan huru-hara dan Kerajaan Pusat perlu bertanggjungjawablah," katanya. Mengulas lanjut, beliau mendakwa apabila disebut kempimpinan tertinggi negara (terbabit dalam perkara itu), mereka itu secara automatiknya adalah 'pemimpin tertinggi parti' terutamanya Umno-Barisan Nasional (BN). |
You are subscribed to email updates from di bunut payong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan