Program tersebut dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan diadakan di Kelantan Trade Centre. Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah, Datuk Prof Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof turut membentang kertas kerja.
Baru-baru ini akhbar milik Umno mendakwa Kelantan menggadai tanah rizab Melayu kepada bukan Bumiputera sehingga melibatkan ribuan hektar asalnya berstatus tanah pertanian. Malah Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dilaporkan mendakwa kerajaan Kelantan menggadai tanah rizab Melayu kepada sebuah syarikat bukan Melayu di Mengkebang. Bagaimanapun Husam menjelaskan tanah di daerah Mengkebang yang dimaksudkan pemimpin terbabit bukan tanah rizab Melayu yang digazet sejak 1930.
Sedangkan kata beliau tanah-tanah rizab Melayu di negeri-negeri lain semakin berkurangan kerana kerajaan BN tidak berminat menjaga kepentingan orang Melayu. "Walhal menurut Enakmen Tanah Rizah Melayu secara jelas menyebut mana-mana tanah yang diambil hendaklah diganti di tempat lain menurut nilai harga tanah yang diambil," katanya.
Sementara itu Dr Nik Mohd Zain berkata, beberapa negeri di bawah BN tidak berminat mengganti kawasan tanah rizab Melayu yang diambil untuk projek awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan