03 di dabong - Google Blog Search |
Kedudukan ADUN 'Kontroversi' Masih Samar | Detik Perubahan Posted: 18 Apr 2012 12:39 AM PDT KOTA BHARU – Nasib beberapa wakil rakyat Pas yang mempunyai isu kontorversi untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13 masih samar. Di antara wakil rakyat tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Saiful Bahrin Mohamad; ADUN Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim; ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh dan ADUN Dabong, Arifabillah Ibrahim. Kesemua mereka dikatakan mempunyai isu kontroversi yang hampir sama iaitu membabitkan 'wanita' dan rumah tangga. Hal peribadi wakil rakyat terbabit sebelum ini hangat diperkatakan media kecuali isu Arifabillah yang hanya menjadi perbualan di kedai kopi tetapi impaknya agak besar di Dabong. Perusuhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas enggan mengulas mengenai kedudukan keempat-empat ADUN ini tetapi menegaskan senarai pendek calon Pas sudah siap. Ketika diajukan soalan mengenai wakil rakyat bermasalah itu selepas Ijtimak Al-Mala' di Dewan Teraratai, Kota Darulnaim semalam, Nik Abdul Aziz hanya berkata: "Pandailah kita buat." Untuk rekod, Saiful Bahrin dikaitkan dengan isu tangkap khalwat di sebuah bilik dalam gerabak keretapi, ia hangat diperkatakan di media baru dan arus perdana seketika dahulu. Masalah melanda Wan Hassan apabila isteri keduanya, menfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Pasir Puteh selepas mendakwa ADUN itu tidak menjalankan tanggungjawabnya. Wan Hassan mempunyai rekod yang amat cemerlang di Semerak sebelum ini malah amat popular dikalangan orang kampung. Wan Ismail pula mendapat perhatian media arus dalam isu perceraiannya dengan wanita 'cantik' dari Kemboja, Siti Aishah. Wajah Siti Aishah beberapa kali terpampang di muka depan Utusan Malaysia. Ia ditambah apabila Siti Aishah membuat tuntutan harta sepencarian sebanyak RM1 juta. Arifabillah pula menjadi perbualan banyak pihak terutama di Dabong mengenai 'cerita' disebalik perkahwinan dengan isteri mudanya. Bagaimanapun sejarah sebelum ini telah membuktikan isu peribadi bukan faktor utama untuk memilih calon dalam Pas. Sebagai contoh, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah tetap dipilih semula sebagai calon dan menang pada pilihan raya biarpun cerita mengenai perkahwinannya dengan seorang gadis bawah umur dari Kemboja hangat diperkatakan. |
You are subscribed to email updates from di dabong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan