03 di kelaboran - Google Blog Search |
Pilihan Anda: ADUN <b>Kelaboran</b> 'suami terbaru' Abby Abadi? Posted: 01 Aug 2012 05:53 AM PDT 8:53 PM | Posted by Desperado Sekali lagi selamat datang ke buletin khas Abby Abadi dimana kami akan sentiasa memaparkan perkembangan kerjaya politik aktress bergelar 'pendakwah bebas' ini. Kami perhati juga tulisan Abby Abadi di Twitter dua tiga hari ini bukan sekadar meneruskan dakwah juga kempen politik beliau, namun ada satu gossip politik yang beliau hadapi. Beberapa laman blog politik ada memetik ura ura mengatakan penglibatan Abby Abadi dalam politik kini lebih serius selepas menikahi salah seorang ahli politik PAS. Ahli politik yang menjadi mangsa gossip politik ini adalah ADUN Kelaboran Mohd Zaki Hj Ibrahim yang khabarnya kerap dilihat bersama Abby Abadi di beberapa majlis ceramah anjuran PAS sejak kebelakangan ini. Ada otak dan kecantikan masih belum dapat menandingi benda ini... Namun Abby Abadi pantas menjadikan medium Twitter untuk menafikan sebarang hubungan dengan ahli politik tersebut tetapi tetap meminta peminat untuk mendoakan jodoh'nya cepat sampai. Menurut Abby Abadi, ini bukan pertama kali beliau mendapat 'jodoh' hasil cakap cakap orang ramai dan mula menerima gossip nakal sebegini sebagai lumrah apabila terlibat dalam dunia politik. Sekian buletin khas Abby Abadi. Berjumpa lagi di edisi seterusnya jika kami belum bosan. Heh. - Rotikaya [Ads: The #GALAXYSIII exterior is smooth and curved, with no parting or linear lines on the cover. More info check here!] PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Post Berkaitan : HIBURAN, TERKINI Posted by Desperado on 8:53 PM. Filed under HIBURAN, TERKINI . © 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini. |
TepakBersulam 2: Kalau tak boleh tidur : baca ini ABBY NIKAH <b>...</b> Posted: 18 Oct 2012 08:51 AM PDT Adun Kelaboran dan Abby nafi sudah bernikah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup. Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali. "Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya," katanya ketika dihubungi hari ini. Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu. "Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah. "Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya," kata bapa kepada lima cahaya mata ini. Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai. Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, "hai abby… betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran" dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata. Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat 'jodoh' hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik. Sinar TB : MANA ADA ORANG MENGAKU BERAK TEPI JALAN TERUTAMA KALAU ISTERI TUA TUNGGU DENGAN CHANGKUL KAT TEPI JALAN. |
You are subscribed to email updates from di kelaboran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan