ads

Khamis, 25 Oktober 2012

03 di perupok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di perupok - Google Blog Search


Myasraya Menulis: KAMPUNG NELAYAN PANTAI DARAMAIN

Posted: 18 Oct 2012 08:15 PM PDT

Assalammualaikum,


Kampung Daramain adalah sebuah  kampung di daerah Perupok yang bandarnya ialah Bachok tempat pusat pentadbiran. Kalau anda dari bandar Bachok lebih kurang 4 1/2 kilometer sahaja. Asal kampung Daramain ialah (kampung seseorang yang bernama Draman) Tetapi pada surat beranak sekitar tahun 1955 kadang-kadang ada di eja "Dramain" Penulis di besarkan dikampung ini Sebuah perkampungan nelayan daripada pesisir pantai Laut Cina Selatan Jiran Kampung Daramain ini ialah disebelah kanan kampung Pantai Damak, kampung Tok Burung. Dari kiri pula ialah kampung Ketapang, dan kampung Kubang Kawah. Penduduk-penduduk kampung ini rata-rata bekerja sebagai nelayan dari punca pendapatan mereka.

Kampung ini di penuhi pokok-pokok kelapa (nyiur) di tanam secara berselerak ada di tanam atau tumbuh sendiri. Sempadan tanah masing - masing di pagar dengan pokok mengkuang dan ada penduduk yang rajin mengerat pelepah- pelepah mengkuang di proses dan  boleh di anyam dijadikan tikar.


Penduduk disini  membina rumah dari kerangka bilah nibung sebagai lantai,dan beberapa keping papan. Bilah buluh di rincis dan di anyam sebagai dinding, sama ada dinding luar atau dinding dalaman sebagai bilik.Bilik hanya satu sahaja untuk suami isteri. Kalau ada anak lelaki atau perempuan mereka dipisahkan dengan memasang kain tabir sahaja. Atap diperbuat daripada daun nipah.yang sering di  jaja oleh penjaja di keliling kampung untuk menjual kepada penduduk sebagai keperluan untuk meyulat atap-atap yang sudah reput dan bocor. Ada penduduk yang berduit (Pitis) mereka memasang atap bata perbuat daripada selut baruh (Tanah Liat) kebiasaan kilang untuk memproses atap tersebut di perolehi kawasan sungai.

Deretan perkampungan nelayan ini, biasa dirikan kerana sedikit sebanyak menjadi pusat  mendarat sekumpulan nelayan sebagai pangkalan ikan yang kebiasanya peraih-peraih  menunggu untuk membeli hasil laut nelayan-nelayan. Tumpuan daripada peraih ikan seperti Pantai Perupok, Kubang Golok, Kubang Kawah, Kampung Ketapang, Pantai Daramain, Pantai Pulau Berangan,Kampung Changgung, Pantai Melawi dan ada beberapa lagi sebagai pusat mendarat ikan.

Sekitar tahun 1966 seingat penulis nelayan-nelayan di sini rata-rata menggunakan perahu - perahu kecil yang hanya menggunakan kuasa layar pergi dan balik mengikut hembusan angin timur dan barat. Layar berukuran 15 kaki persegi.Kebanyakan di buat daripada kain guni gandum yang tebal, kebanyakan warna putih yang di beli daripada  Kedai Melayu dan  Cina yang berniaga di sepanjang jalan dari Bandar Bachok sampailah ke Pekan Perupok. Pernah ayah menampung layar dengan menggunakan kain bantal biasa berwarna coklat. Dan kalau balik dari laut, mudah di cam kerana layar di perahu ayah mengembirakan kami dan mudah di lihat walaupun dari jauh.
Penulis pernah mengikuti ayah pergi ke laut....itupun kerana dipaksa sebab utama ayah tidak berapa sihat. Pertama kali turun kelaut dan pengalaman ini lah menjadi bahan ukur sejauh mana keperitan menjadi seorang nelayan.. Tapi rasa penat dan takut ini menjadi lebih seronok sebab melihat hasil tangkapan amat memuaskan.Ikan ikan diperolehi dengan cara mengail. Mengikut cerita ayah kadang-kadang menahan pukat sambil beranyut. Kalau mengail penulis melihat ayah meletak kedua kaki  kanan dan kiri bagi mengikat tali kail  di ibu jari kaki bagi memperbanyakkan tangkapan. Kalau di sentap serentak maka ayah menjadi kelam kabut sedikit kerana memerlukan kepantasan bagi menaikan tangkapan sebanyak mungkin.Kerana ini jarang-jarang diperolehi sebab lubuk ikan tidak selalu diperolehi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved