03 di bachok - Google Blog Search |
BN Sedia Hadapi PKR <b>Di Bachok</b> | MyNewsHub Posted: 22 Sep 2012 03:22 AM PDT BACHOK – Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak berasa bimbang sekiranya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di Parlimen Bachok. Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia kerana BN telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). "Kita telah bersedia untuk berdepan parti pembangkang Kita bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya pada majlis Astro Fiesta Mesra Belia di Beris Kubur Besar di sini hari ini. Beliau mengulas desas desus Ketua UMNO Bahagian Backok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin akan ditentang calon PKR bagi kerusi kawasan Parlimen Bachok yang kini diwakili bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. Mengulas lanjut, Mustapa berkata, sokongan golongan muda terhadap BN semakin meningkat dan perkara itu boleh dibuktikan melalui penglibatan golongan itu dalam program BN. Malah, katanya, sambutan golongan muda terhadap program yang dianjurkan BN pada hari ini cukup menggalakkan maka BN akan memperbanyakkan lagi program belia di seluruh negeri. Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di bachok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan