Rabu, 14 November 2012

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Sultan <b>Kelantan</b> Berterima Kasih Pada P&#39;kutuan | MyNewsHub

Posted: 11 Nov 2012 04:03 AM PST

KOTA BHARU — Sultan Kelantan Sultan Muhammad V mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana tidak meminggirkan negeri itu daripada arus pembangunan.

Baginda bertitah Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia, dan berharap projek yang dilaksanakan dapat merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri itu.

"Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek 'Central Spine Road'. Beta difahamkan projek tersebut sedang giat dilaksanakan di sempadan negeri Pahang dan Kelantan dan akan dilaksanakan di jajahan Gua Musang termasuk pembinaan persimpangan bertingkat di kawasan bandar baru Gua Musang," titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-43 di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Pada istiadat tersebut, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) membawa gelaran Datuk, mengetuai 238 penerima darjah kebesaran dan Jaksa Pendamai (JP), manakala 397 penerima bintang, pingat dan surat kepujian akan menerima anugerah masing-masing pada istiadat yang akan ditetapkan kemudian.

Sambil berharap projek lebuh raya baru itu menjadi kenyataan, baginda menggesa supaya projek itu dapat dipanjangkan hingga ke Kota Bharu.

"Selain itu, harapan beta agar satu rangkaian jalan raya yang bertaraf lebuh raya dapat dibina di negeri ini sebagaimana di negeri pantai barat atau pantai timur yang lain, bagi merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini khasnya dan Malaysia amnya," titahnya.

Baginda juga menggesa pihak yang terlibat dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini melalui kaedah pengambilalihan aset air negeri oleh Pengurusan Air Berhad, menyelesaikannya secepat mungkin, bagi memastikan rakyat dapat menikmati sumber bekalan air yang berkualiti dan terjamin bersih.

Baginda juga berharap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa di sini, dinaik taraf sebagai hab penerbangan serantau ke Malaysia dan negara Asean di samping penerbangan terus untuk jemaah haji ke Arab Saudi.

Baginda gembira dengan bilangan pelancong yang melawat negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2012, iaitu berjumlah 3.4 juta orang bagi tempoh Januari hingga Ogos lepas.

"Pelaksanaan perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu Kota Bharu-Singapura yang bermula pada Ogos lalu merupakan satu usaha dalam memacu perkembangan sektor pelancongan di negeri Kelantan dan meningkatkan aktiviti perdagangan," titahnya.

Baginda juga berharap kerajaan negeri dan persekutuan memberi tumpuan kepada usaha memulihara alam sekitar dan menjadikannya sebagai satu elemen penting pembangunan, di samping menggalakkan lebih banyak penyertaan masyarakat dalam usaha tersebut.

Bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang bermutu dan terbaik, baginda menyarankan jentera pentadbiran kerajaan negeri sentiasa proaktif dan progresif dalam usaha memperbaiki dan tingkatkan sistem pentadbiran sedia ada.

Baginda juga mahu kerajaan negeri memberi perhatian terhadap usaha mengurangkan kadar kemiskinan terutama golongan miskin tegar, dengan melaksanakan program yang lebih bermakna.

Baginda turut mengingatkan dalam merealisasikan dasar pertanian negeri, sektor pertanian perlu dilihat bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan dan menjana ekonomi tetapi adalah sebahagian ibadah untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Mengenai pembangunan Tok Bali di Pasir Puteh sebagai kawasan industri dan bandar baru, baginda mahu pihak berkaitan meningkat usaha menaik taraf insfrasruktur asas terutama jalan raya dari Kota Bharu-Pasir Puteh-Tok Bali.

"Beta mengalu-alukan para pelabur agar memilih Kelantan, khususnya Tok Bali sebagai destinasi pelaburan dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan berkaitan minyak dan gas," titah baginda. — Bernama

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads