03 di bachok - Google Blog Search |
ANGIN BERPESAN (1953) Penggambarannya <b>Di Bachok</b>, Kelantan <b>...</b> Posted: 17 Nov 2012 05:57 PM PST June Harris (Junaidah) dan Ahmad Shah. NURAINIMUTI Iklan yang tersiar dalam The Singapore Free Press pada 28 September 1954. Pengedar SOUTH-EAST ASIA FILM COMPANY Tahun ditayangkan: 1954 (28 September) SINOPSIS___ Cerita menggambarkan kehidupan terumbang ambing satu keluarga di perkampungan nelayan, akibat seorang ayah yang pergi ke laut menangkap ikan tetapi kemudian tidak pernah pulang. ULASAN___ Apabila Nusantara Film Company dibubarkan selepas filem terakhirnya "Dian", Ho Ah Loke menubuhkan pula United Film Productions bersama teman baikya, Ong Keng Huat. Dengan menyewa alat-alat perfileman Nusantara Film, penggambaran "Angin Berpesan" yang diarahkan oleh Nas Achnas telah dilakukan di Bachok, Kelantan. Filem ini yang menghasilkan teknik penggambaran yang agak baik telah dijual kepada South-East Asia Film Company yang mempunyai hubungan rapat dengan Cathay Organisation, untuk diedarkan di rangkaian panggung wayang Cathay. Sambutan kurang memuaskan, oleh yang demikian United Film Productions pun terpaksa mengikut jejak langkah Nusantara Film menutup perniagaannya. CATCHY TUNES IN MALAY FILM (Siaran The Straits Times, 26 Septembedr 1954) A Black-And-White excursion to the "Beach of Passionate Love" and its remote villages and coffee sheds in Kelantan. That is "Angin Berpesan", a Malay film, previewed last week. Filmed in a village on enchanting coaat of Kelantan, the film stars June Harris and Nurainimuti, as a fisherman's beautiful daughters. The story tells of unlucky fisherman (M. Suki) who, with the help of his wife, daughters and son, ekes out a living from the sea. There is an interesting scene of a Malayan bullfight and a goatfight. One scene of belles bathing - in sarongs of course - around a well, raises eyebrow. The film - there are a few catchy tunes too - was cleverly photographed but it lacks sequence. VERDICT: Worth seeing. LAGU___ Terdapat beberapa lagu dalam filem ini, tetapi hanya dua saja yang dapat dikesan. * "ANGIN BERPESAN" * "KASIH BERMULA" FAKTA___ * Selain "Angin Berpesan", United Film Productions juga mengeluarkan "Kampong Nelayan" dan "Berbahagia Di Singapura." * M. Suki ialah hero "Leila Majnun" (1934) yang diarahkan oleh B.S. Rajhans dan merupakan filem Melayu pertama dikeluarkan di Malaya (kini Malaysia) dan Singapura. * M. Nor Lambak pernah membintangi beberapa filem termasuk berperanan hero dalam "Insaf" (1954) yang turut dibintangi oleh Rusini, Osman Gumanti dan Mala Ratina. * Filem ini merupakan yang ke-4 diarahkan oleh Nas Achnas selepas "Pelangi", "Pachar Puteh" dan "Dian". * June Harris ialah Junaidah (anak pelawak D. Harris) juga merupakan isteri pertama P. Ramlee dan ibu kepada Nasir P. Ramlee. * Nurainimuti ialah anak Zaharah Agus (isteri pertama P. Ramlee dalam "Madu Tiga") dan juga ibu kepada Nanu Baharuddin. # Update akan dilakukan dari masa ke masa. ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___ berapa banyakkah yang masih ada? dedah ke tak dedah ke seksi tetap seksi top 10 bollywood films all time REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN "a separation" meningkatkan martabat negara iran CECILIA CHEUNG foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong CINTA DAN LAGU satu-satunya filem musikal wujud di malaysia PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai... TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR" ciplakan filem hong kong "susanna" FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___ Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA. |
POLITIK HARIAN: Tuntutan Bina Loji Petrokimia <b>Di Bachok</b>, Ancam <b>...</b> Posted: 08 Oct 2012 12:01 AM PDT Minggu lalu ada dua perhimpunan dianjurkan oleh pakatan pembangkang, kedua-duanya kebetulan bersangkut paut dengan perkara yang sama yakni membabitkan isu petrokimia. Perhimpunan pertama berlaku di Pengerang, Johor dan satu lagi himpunan berlangsung di Shah Alam, Selangor. Ironinya, dalam isu petrokimia di Pengerang, para pemimpin parti pembangkang dan NGO proksi mereka membantah pembangunan Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) manakala di Shah Alam pakatan pembangkang dan NGO proksinya beria-ia menuntut pembinaan kemudahan loji petrokimia yang sama di Bachok Kelantan. Dalam perhimpunan di Shah Alam itu, kira-kira 2000 orang penyokong pakatan pembangkang termasuk dua tiga ratus orang peserta konvoi dari Kelantan telah berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam sempena penganjuran program Ceramah Mega Royalti Kelantan. Program tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan ataupun dikenali dengan singkatan nama ROYALTI, sebuah NGO proksi kepada PAS Kelantan. Selain daripada menuntut pembinaan kompleks dan loji petrokimia, mereka juga mahukan pembayaran royalti daripada Petronas atas alasan wujudnya carigali gas dan minyak dalam kawasan perairan Kelantan serta menuntut supaya semua hasil gas dan petroleum di daratkan di Pantai Senok Bachok, Kelantan. Mengikut janji kerajaan PAS Kelantan pada 2003, sebuah kompleks yang mengandungi kemudahan simpanan gas dan minyak atau dikenali juga sebaga loji petrokimia akan dibina di tanah seluas 2000 hektar yang turut membabitkan pengambilan tanah penduduk setempat di Pantai Senok, Bachok. Jika asas bantahan rakan mereka di Pengerang di ambil kira, terutama dalam soal projek petrokimia RAPID konon membahayakan nyawa dan memberi kesan buruk pada alam sekitar serta merugikan penduduk setempat dari segi pendapatan dan hartanah, timbul persoalan menarik apakah pembangunan projek loji petrokimia di Bachok Kelantan memberi impak berlainan? Alang-alang PR dan NGO mereka membantah projek petrokimia RAPID maka sepatutnya di masa yang sama PAS Kelantan dan NGO proksinya, ROYALTI juga sewajarnya menolak idea mendaratkan hasil gas atau minyak ke Pantai Senok Kelantan. Tapi ia tidak berlaku sedemikian kerana parti pembangkang sama ada PAS, PKR mahupun DAP serta semua NGO proksi mereka tahu hakikat sebenar, tidak wujud pun bahaya atau kesan buruk pada manusia mahupun alam sekitar. Bantahan di Pengerang tapi dimasa yang sama menuntut pembinaan kompleks dan petrokimia serta meminta pendaratan hasil gas di Bachok Kelantan cukup untuk membuktikan wayang pembangkang berkaitan bahaya RAPID Pengerang hanyalah propaganda politik untuk mengabui mata rakyat sahaja. Logiknya, jika kompleks dan loji petrokimia RAPID di Pengerang benar-benar mengancan nyawa penduduk dan alam sekitar, bermakna tuntutan kerajaan PAS Kelantan dan NGO ROYALTI seumpama sengaja mahu membahayakan nyawa penduduknya. Bukankah begitu? |
You are subscribed to email updates from di bachok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan