Selasa, 20 November 2012

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Hodak <b>Galas</b> Tugas Baru | Detik Perubahan

Posted: 13 Nov 2012 07:21 AM PST

Hodak (kanan) bakal menggalas tugas selaku Ketua Jurulatih dan Pengurus Pasukan Kelantan bagi menghadapi Liga Malaysia musim depan.

 

Oleh QAYYUM HAKIMI

KOTA BHARU – Selepas Johor, Sarawak, ATM, Selangor dan T-Team, terbaharu giliran Kelantan pula menamakan Ketua Jurulatih mereka, Bojan Hodak untuk menjalankan tugas serentak selaku Pengurus Pasukan bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Hodak menjadi jurulatih keenam selepas Fandi Ahmad (Johor), Robert Alberts (Sarawak), B Sathianathan (ATM), Irfan Bakti Abu Salim (Selangor) dan Peter Butler (T-Team) diberi tanggungjawab dua dalam satu, melatih serta menguruskan pasukan masing-masing.

Situasi terbaharu di kem Kelantan itu berpunca apabila Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim mengambil keputusan mengundur diri daripada terbabit bersama The Red Warriors bagi mengharungi saingan liga yang kian mencabar pada musim depan.

Keputusan Azman itu wajar dihormati, apatah lagi beliau boleh disifatkan selaku Pengurus Pasukan paling berjaya membimbing Kelantan memenangi kesemua piala dipertandingkan dalam tempoh tujuh tahun.

Bermula 2005, Azman berjaya membantu Kelantan meraih kejuaraan Liga FAM, pertandingan bola sepak kelas ketiga di negara ini, seterusnya membawa The Red Warriors beraksi dalam Liga Perdana tahun berikutnya.

Legasi pengurus pasukan berusia 52 tahun itu berterusan apabila meletakkan Kelantan menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah dan Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun 2010 disusuli kejayaan Kelantan memenangi trofi Liga Super buat pertama kali pada tahun lalu.

Reputasi Azman, selaku seorang ahli perniagaan yang pernah menghabiskan ratusan ribu ringgit duit poketnya sendiri ketika menerajui Kelantan tujuh tahun lalu terus gemilang apabila menoktahkan The Red Warriors sebagai juara treble dengan memenangi Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia pada musim ini.

Azman yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memberikan alasan untuk kembali fokus menyelesaikan beberapa urusan peribadinya termasuk soal perniagaan di sebalik keputusan mengenai perletakan jawatan tersebut.

Meski pun keputusan tersebut belum diberitahu secara rasmi kepada pengendali berusia 41 tahun itu, namun yang pasti Hodak dilihat tidak kekok untuk menjalankan tugas tersebut secara serentak.

Hodak ketika ini sedang bercuti di Singapura sebelum kembali turun padang bagi memulakan latihan pra musim pertama di Kota Bharu pada Khamis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads