Selasa, 20 November 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Anak Yatim Cemerlang, SK <b>Jelawat</b> I Terbaik Bachok | Detik <b>...</b>

Posted: 20 Nov 2012 06:00 PM PST

Oleh IZZ MIQAIL

Ilias bersama pelajar cemerlang SK Jelawat I yang diumumkan sekolah terbaik UPSR jajahan Bachok.

JELAWAT – Seorang anak yatim yangg kehilangan bapa pada usia tiga tahun mencatatkan kejayaan cemerlang 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan kelmarin.

Nur Shahriemawani Saidi,12, berkata, dia tidak menyangka dengan kejayaan itu dan ia adalah hadiah paling istimewa buat ibunya, Raznoor Zakaria,43.

Sebagai anak seorang pembantu kedai makan, kejayaan itu bakal dijadikan azimat untuk dia terus belajar mencapai kejayaan dalam peperiksaan utama lain kelak.

"Saya amat bersyukur kerana kejayaan ini adalah hadiah istimewa untuk ibu saya yang selama ini bekerja mencari rezeki untuk menyara kami adik – beradik sejak ayah meninggal dunia sembilan tahun lalu.

"Insya Allah selepas ini saya akan terus berusaha untuk berjaya dalam akademik untuk membantu mengubah nasib keluarga. Saya juga ucapkan berbanyak terima kasih di atas doa ibu, adik- beradik, rakan dan guru- guru yang banyak membantu saya untuk mencapai kejayaan ini," katanya selepas menerima slip peperiksaan yang disampaikan Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat, Datuk Dr Ilias Husain, semalam.

Difahamkan, Nur Shahriemawani adalah anak ketiga daripada enam beradik. Kakak sulungnya, bekerja di sebuah pasaraya di Pengkalan Chepa, dua abangnya kembar, Mohd Khairul Ikram dan Mohd Khairul Ikhwan,17, serta dua adiknya juga kembar, Nur Shahrihanani dan Nur Shahrihanini,10.

Sementara Ilias berkata, kesungguhan guru yang sentiasa memastikan murid mendapat keperluan pelajaran secukupnya amat dibanggakan.

Menurutnya, tiada hadiah yang paling manis buat pendidik yang berbaloi menikmati kejayaan anak didik mereka.

"Syabas diucapkan kepada semua murid yang berjaya dan semua guru yang terlibat dalam mencipta kejayaan terulung ini.

"Bukan semua murid dilahirkan dengan kemahiran dan kemampuan yang sama untuk belajar tetapi inisiatif pihak sekolah yang memfokus kepada kelemahan murid mengikut kemampuan adalah suatu usaha yang amat berjaya.

"Kami pihak PIBG sentiasa menyokong usaha pihak sekolah untuk mengadakan pelbagai program kecemerlangan untuk calon UPSR," katanya.

SK Jelawat 1 dinobatkan sekolah paling cemerlang tahun ini dalam Pejabat Pelajaran Daerah Bachok selepas 64 muridnya mencatat 5A bagi UPSR 2012.

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan kelmarin adalah kejayaan terbaik Pejabat Pelajaran Daerah Bachok dari aspek Gred Purata Sekolah (GPS) dengan catatan 1.98.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads