Selasa, 5 Februari 2013

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Pengajaran 2004 Memperkasakan UMNO <b>Machang</b> | Detik <b>...</b>

Posted: 07 Dec 2012 05:04 AM PST

oleh ELIAS ISMAIL

jazlanMACHANG – Jika pada pilihan raya umum pada tahun 2004, kawasan Dewan Undangan Negeri Kemuning dikatakan menjadi penghalang kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri ini daripada Pas kerana tewas dua undi tetapi kali ini keadaannya amat berbeza.

Kali ini UMNO Bahagian Machang melaungkan amaran kepada pihak lawan bahawa mereka bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan perpaduan yang jitu dikalangan ahli serta pemimpinnya.

Pengerusi BN Bahagian Machang,Datuk Ahmad Jazlan Datuk Yaakub berkata, semua jentera dan sayap parti di Parlimen Machang siap siaga memastikan kemenangan BN di Machang yang mana dilabelkan sebagai penanda aras sokongan rakyat Kelantan.

Beliau berkata, peristiwa sebelum ini menjadi pengajaran yang amat berguna kepada mereka dan ia akan dijadikan panduan kepada UMNO Bahagian Machang untuk menghadapi lawan.

"Rakyat sudah jemu dan letih menunggu janji-janji manis yang dilaung-laungkan Pakatan Rakyat (PR). Masing-masing menjanjikan 'bulan dan bintang' namun hasilnya masih tidak kelihatan malah mereka juga selalu bercanggah pendapat antara satu sama lain.

" Jika masalah dalaman mereka sendiri tidak dapat diselesaikan dengan baik apatah lagi untuk memimpin negara dengan menjanjikan keharmonian dan kemakmuran kepada rakyat. Rakyat hari ini semakin bijak menilai keupayaan pemimpin yang bakal mereka pilih dan mereka tidak lagi terpengaruh dengan omongan kosong pemimpin-pemimpin PR," katanya kepada DetikPerubahan.com di sini semalam.

Ahmad Jazlan berkata, strategi utama pihaknya pada masa sekarang adalah menyampaikan maklumat kepada rakyat tentang masalah dan kelemahan Pas sepanjang 22 tahun memerintah negeri ini.

Justeru itu, tegasnya, jentera penerangan akan digerakkan sepenuhnya pada kali ini kerana ia memainkan peranan penting untuk mempengaruhi rakyat.

Katanya, pelbagai helah digunakan pembangkang dalam usaha memutarbelitkan usaha-usaha yang dilaksanakan kerajaan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat.

"Gelombang sokongan rakyat di Kelantan khususnya di Machang menunjukkan peningkatan malah rata-rata rakyat menyatakan kekecewaan mereka apabila wakil rakyat dan kerajaan yang dipilih sebelum ini hanya pandai bercakap dan menghampakan harapan mereka.

"Kami akan terus memperkukuh dan memantapkan jentera yang ada serta berusaha meningkatkan sokongan dengan meraih lebih banyak undi pada PRU-13 ini. Kami tidak gentar dan bersedia menghadapinya pada bila-bila masa seterusnya memastikan BN menang besar di Machang," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads