Selasa, 5 Februari 2013

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


<b>Rantau Panjang</b> | Membeli-belah <b>di</b> Kelantan

Posted: 25 Mar 2012 09:02 AM PDT

beli belah di rantau panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang.

Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini.

Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan.

Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand.

Apa yang boleh didapati?

Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di Rantau Panjang terdapat lebih banyak pilihan dan sesetengah barang lebih murah dari Pengkalan Kubor.

Di sini, anda boleh mendapat barangan negara jiran seperti toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi. Pendek kata "macam-macam ada".

Jersi bola dan sportwear

Jika anda pengemar jersi bola, inilah tempatnya. Walaupun barangan imitation ataupun tiruan, kualiti kainnya amat baik dan seakan-akan original. Malah jika diperhatikan, tumpuan muda mudi khususnya lelaki pastinya akan shopping jersi bola seperti jersi kelab Barcelona, Manchester United atau Chelsea umpamanya. Pastikan anda memilih jersi gred A dan maklumkan kepada pekedai.

Harga jersi di Rantau Panjang adalah yang paling murah di Kelantan. Jika dibandingkan dengan baju original yang dijual di butik Al-Ikhsan contohnya, harga disini berkali ganda lebih murah. Sedangkan kualiti kain tidak jauh berbeza dan selesa memakainya.

Harga jersi-jersi tersebut memang susah untuk ditawar di sini kerana harga yang diletakkan memang murah dari tempat lain. Namun ada sesetengah kedai mengenakan harga yang agak tinggi. Jadi jangan terus beli, sebaliknya survey harga terlebih dahulu. Anda akan dapat melihat perbezaan ketara antara kedai, ada sehingga RM10 bezanya!.

Pastikan mendapat jersi yang dibeli di dalam plastik yang dilipat dengan kemas.

Jangan tak percaya, kebanyakan peniaga online mengambil barangan di Rantau Panjang dan menjualnya dengan keuntungan sehingga 50%.

Kedai jersi murah Rantau Panjang

Antara lubuk jersi paling murah terletak di dalam paling hujung di lorong Bazar Mimi

Jersi bola di rantau panjang

Pelbagai jenis jersi dari kelab luar dan dalam negara

jersi bola di rantau panjang

Jersi bola Harimau Malaya

Pinggan Mangkuk

Pelbagai jenis pinggan mangkuk pelbagai jenama dan jenis yang diimport dari luar negara boleh anda dapati di sini. Dari jenama Vantage, Corelle, Tefal, Corningware, Visions, Pyrex dan pelbagai lagi.

Pastikan barangan bukan tiruan dengan bertanya kepada penjual terlebih dahulu. Dari segi harga amat berpatutan dan ketika terdapat sale, harganya memang murah.

Pada waktu cuti sekolah, biasanya pekedai akan menawarkan promosi dan diskaun untuk sesetengah barangan.

Kedai Pinggan Mangkuk di Rantau Panjang

Kedai pinggan mangkuk berjenama di Rantau Panjang

Corningware di Rantau Panjang

Set pinggan Corningware yang popular

Periuk Belanga

Pelbagai jenis periuk tempatan dan dari Thailand

 

Periuk dan kuali import berjenama Tefal

Disini juga anda boleh mendapatkan periuk dan kuali import terutamanya jenama Tefal. Anda boleh mendapatkan barangan ini dengan harga yang istimewa. Dijual dengan pelbagai saiz dan pilihan.

Harga di sini tidak jauh beza di Pulau Langkawi, dan jika dibandingkan dengan yang dijual di pasaraya, disini lebih murah.

Kuali Tefal Rantau Panjang

Kuali Tefal original dari Perancis

Periuk,  kuali tempatan, toto dan bantal

Periuk belanga yang di jual di sini memang banyak. Bergantung kepada saiz, jenis dan kualiti. Jenama yang famous adalah periuk cap helang dan kuali cap buaya.

Oleh kerana terdapat banyak kedai yang menjual barangan ini, seperti biasa survey terlebih dahulu.

Toto dan bantal adalah barang yang berbaloi dibeli bila ke Rantau Panjang. Jenama toto yang paling famous dan berkualiti adalah  Greentex. Selain itu anda juga boleh dapatkan jenama Sweeten dan Narita.

Kualiti kain yang digunakan untuk toto jenama Sweeten kurang berkualiti berbanding Greentex. Jadi, sebab itu harganya lebih murah.

Kedai murah di Rantau Panjang

Deretan kedai yang dicadangkan. Kawasan ini agak lapang dan tidak berbumbung.

Periuk cap buaya di Rantau Panjang

Periuk cap buaya

Barangan kanak-kanak

Semestinya banyak. Bantal, baju, selimut, patung berwatak Upin Ipin, Ben10, Nemo, Doraemon, Ultraman dan sebagainya memang banyak disini. Belilah sebagai kenangan untuk anak anda.

Barangan seperti ini mesti pilih yang masih baru kerana banyak yang warnanya sudah pudar kerana terdedah kepada panas akibat peniaga meletakannya diluar kedai.

Makan-makan di Rantau Panjang

Apabila membeli belah di Rantau panjang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan special dari Thailand yang tidak terdapat di tempat anda.

Terdapat pelbagai jenis juadah mahupun resipi istimewa yang terdapat di sini dan ia berselerak di seluruh tempat  membeli belah di Rantau Panjang.

Bila berkunjung ke Rantau Panjang, tidak perlulah memperuntukkan masa yang lama untuk makan. Cukup sekadar makan dan minum untuk menambah tenaga dan membasahkan tekak sahaja. Kerana anda datang ke Rantau Panjang untuk shopping sakan bukan?

Menu yang wajib dicuba jika berkunjung ke sini adalah seperti mee celup, pulut ayam, baba ais krim dan pelbagai jenis 'lokcing' / hotdog.

Makan di Rantau Panjang

Mee sup dan pulut durian menu pembuka selera sementara menunggu keluarga bershopping

Hot dog di Rantau Panjang

Pelbagai jenis hotdog dan satey ikan mesti dicuba dalam perjalanan pulang

Baba Ais Krim Rantau Panjang

Baba Ais Krim. Dijual diatas basikal. Mengandungi pulut, jagung, roti dan kacang. Wajib cuba

Barang yang anda dibeli kena cukai?

Sepanjang penduduk tempatan yang kerap membeli belah di Rantau Panjang, tidak pernah pula ditahan oleh pihak Kastam walaupun nombor plat kereta penulis bukan plat Kelantan. Kalau ditahan pun mereka tidak pernah membuka bonet, hanya bertanya apa yang dibeli.

Barangan yang dikenakan cukai adalah barangan buatan Thailand seperti toto, beras,  pinggan mangkuk dan sebagainya (itupun jika dibeli dalam kuantiti yang sangat  banyak dan dibeli secara borong).

Jangan risau, kebarangkalian anda dikenakan cukai hanya sedikit sahaja. Sekadar beli untuk keperluan tidak mengapa. Kalau beli terlampau banyak pun, pandai-pandai la sorok-sorok sikit barang yang dibeli.

Cukai di Rantau Panjang

Papan tanda cukai 10% tidak termasuk beer dan rokok

 

Peniaga cekik darah

Ya, sekarang ni heboh dikatakan pelawat mula merundum dan terdapat aduan dari pembeli terhadap segelintir peniaga mengenakan harga yang melampau semasa cuti sekolah. Alasan mereka, masa inilah peluang untuk kaut keuntungan lebih memandangkan orang dari luar Kelantan akan berpusu-pusu ke sini.

Antara ciri-ciri peniaga sebegitu adalah seperti mereka susah untuk tawar menawar dan kurang mesra dengan pelanggan. Anda dinasihatkan tidak membeli di kedai seperti itu.

Peniaga cekik darah, wajib dipulaukan. Untuk itu, perlu banding-bandingkan antara kedai ke kedai sebelum membeli sesuatu barangan.

 

Tips membeli belah di Rantau Panjang

  • Bawa orang Kelantan supaya lebih mudah dan senang untuk tawar menawar, ataupun mereka yang boleh 'kecek kelate' (cakap loghat kelantan). Kalau tiada pun tidak mengapa, anda boleh praktikkan beberapa tip yang disediakan untuk mendapatkan harga yang istimewa dan mengelakkan dari dikenakan harga tidak masuk akal.
  • Tawar menawar terus dengan tauke kedai.
  • Pergi ke kedai tumpuan yang ramai pembeli dari kalangan penduduk tempatan. Jika tidak mahu membuang masa survey harga di Rantau Panjang, cari sahaja kedai yang mana ramai pembelinya dari kalangan warga tempatan. Peluang anda berjumpa kedai paling murah sangat cerah.
  • Elakkan datang ke sini pada hari Jumaat dan Sabtu terutamanya pada waktu petang kerana pada waktu inilah waktu yang paling sesak dan sukar untuk tawar menawar, membeli pun tidak tenang dengan orang ramai, ditambah pula terik panas.
  • Masa sesuai untuk membeli-belah adalah jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Pada waktu ini pengunjung belum ramai, jadi pekedai biasanya akan melayan anda jika anda ingin merunding harga sesuatu barang. Datang lebih awal lebih baik kerana lebih banyak masa dapat diperuntukkan untuk survey segenap kedai di Rantau Panjang bagi mendapatkan harga yang terbaik.
  • Perlu diingat, pekedai letih melayan karenah pembeli untuk tawar menawar, berkomunikasilah dengan pekedai dengan berhemah dan beramah mesra lah dengan mereka.
  • Anda penat dan lapar semasa membeli belah disini? Usah risau. Anda akan dapati kedai makan sangat banyak. Anda disarankan untuk singgah dimana-mana kedai makan disini. Masakan Kelantan + Siam banyak disediakan oleh kebanyakan kedai makan. Pasti anda berasa teruja untuk mencubanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads