03 di ketereh - Google Blog Search |
perjalanan hidup: Calon PR <b>di Ketereh</b> Posted: 18 Aug 2012 11:01 AM PDT Hari ini hari raya. Esok lusa mungkin pilihanraya pula. Ramai anak Kelate kembali ke kampung halaman menyebabkan keadaan jalanraya di Kelantan sesak disetiap penjuru. Kelantan dibahagi kepada dua bahagian iaitu kiri kanan sungai Kelantan. Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang, Tanah Merah dan Jeli dihubungkan jajahan lain dalam Kelantan dengan 5 jambatan. jambatan Tanah Merah, Pasir Mas, Tendong dan Sultan Yahya Petra manakala satu lagi ialah jambatan keretapi Kusial. Di jambatan ini memang akan jem sehingga 2-3 kilometer setiap kali raya. Dalam parlimen Ketereh pula, biasanya jalan akan sesak di Ketereh, Kok Lanas dan kini ditambah lokasi baru iaitu Kedai Melor dimana kesesakan berlaku dipersimpangan lampu isyarat yang baru siap 5-6 bulan lepas. Puas hati juga sebab suara kawe utk diadakan lampu isyarat di Pekan Melor telah dilaksanakan tetapi tidak memenuhi permintaan iaitu tidak melebarkan jambatan taliair yang sempit terlebih dahulu. Selesai soal kesesakan dihari raya. Kawe nak cakap soal pilihanraya akan datang terutama mengenai calon Pakatan Rakyat (PR) di Ketereh. YB Aziz Kadir disahkan akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2008 itu dengan berhadapan mana-mana calon dari Barisan Nasional amnya UMNO Ketereh. Dalam keadaan sekarang lawan Aziz Kadir dijangkakan Tan Sri Annuar Musa (TSAM) memandangkan populariti yang beliau raih melalui kecemerlangan bolasepak Kelantan ketika ini. Biarpun ada yang mengatakan soal politik dan bola adalah lain-lain namun bagi kawe ianya tidak boleh lari dari tempias bola TSAM ini. Oleh kerana ramai menjangka TSAM boleh mengalahkan Aziz Kadir dengan mudah apatah lagi sifir di Parlimen Ketereh yang berselang seli dari sudut kemenangan maka kali ini tentulah giliran UMNO BN untuk menang. Maka ada la suara sumbang yang cuba menjatuhkan Aziz Kadir supaya tidak dicalonkan sekali lagi dengan menggantikannya dengan calon PAS. Sudah habis kedai kopi dijajanya cerita akan Aziz Kadir ini akan kalah dan tidak relevan lagi untuk mempertahankan kerusinya. Manakala anak-anak buahnya pula cuba menaikkan isu bahawa PKR sudah tidak relevan di Kelantan. Ini menyebabkan ramai orang tidak berpuas hati dan marah dengan tindakan ini kerana musim pilihanraya kian hampir. Aziz Kadir juga terasa hati dengan kaedah makan 'gu' ini. Keinginan menjadi calon tidak ada salahnya tapi kaedah yang dibawa dalam usaha mendapatkan tempat sebagai calon adalah amat dikesali. Kawe sendiri rasa terkilan kerana ianya tidak sepatutnya berlaku dikala ini. Diharap akan ada kerjasama dan pembetulan dalam soal ini bagi menjernihkan keadaan..inikan hari raya...maka damaikanlah hati |
You are subscribed to email updates from di ketereh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan