Rabu, 20 Mac 2013

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Pas <b>Rantau Panjang</b> Hadapi Krisis Dalaman | Detik Perubahan

Posted: 20 Mar 2013 01:49 AM PDT

Image

Oleh RAITINI RAHMAN

RANTAU PANJANG – Pas Kawasan Rantau Panjang dikatakan bermasalah apabila ada dakwaan mengatakan Yang Dipertua Pas, Abdul Fatah Haron dan Ahli Parlimen kawasan terbabit, Siti Zailah Mohd Yusof didakwa tidak sebulu dan tidak boleh duduk semeja.

Menurut sumber dalaman Pas kawasan terbabit, tindakan kedua-dua pemimpin ini dipercayai tidak boleh duduk semeja untuk membuat sebarang rundingan menimbulkan masalah kepada Pas kawasan lebih-lebih lagi dalam menghadapi pilihanraya umum tidak berapa lama lagi.

Katanya, masalah yang dihadapi kedua-dua pemimpin ini sudah melibatkan banyak pihak di kawasan ini sehinggakan wujud pelbagai perkara yang tidak masuk akal sejak akhir-akhir ini.

"Masalah bertambah parah apabila papan tanda pejabat Parlimen Kawasan Rantau Panjang yang terletak di Pusat Tarbiah Pas Rantau Panjang dibuang oleh pihak tertentu. Tindakan ini memburukkan lagi keadaan dan kekuatan Pas dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13.

"Bukan itu sahaja penghulu Pas di kawasan ini juga sudah berpecah kepada dua kumpulan mengikut pemimpin masing-masing. Malah ada penghulu yang dilucutkan jawatannya hanya kerana tidak menykong pemimpin tertentu," katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini, hari ini.

Jelasnya, kemelut itu timbul dipercayai berpunca daripada tindakan Ahli Parlimen yang membuat keputusan tanpa berbincang dan merujuk pimpinan Pas kawasan.

"Pimpinan Pas kawasan dikatakan tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen yang sering membuat keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu manakala Yang Dipertua Pas kawasan pula dikatakan sering memaksa pimpinan Pas kawasan mengikut apa sahaja yang diarahkan dengan alasan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya Pas negeri," katanya.

Sehubungan itu, pimpinan Pas negeri diminta campurtangan berhubung isu terbabit bagi mengelakkan perpecahan yang akhirnya akan merugikan Pas pada pilihanraya umum nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads