Rabu, 20 Mac 2013

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Blog Dunia Mistik 1001: Buluh <b>Tumpat</b>

Posted: 20 Mar 2013 08:49 AM PDT

BULUH TUMPAT... anugerah ALLAH 
untuk dikongsi dengan seluruh UMAT MANUSIA... 
 Gambar: Buluh Tumpat... kelihata tiada lubang 
ditengahnya. Sudah kira Ori / Aslilah tuuu...
 Gambar: Buluh Tumpat... masih belum dipotong
 kecil-kecil untuk dijual / dimaharkan...
 bergantung pada hajat / permintaan.
 Gambar: Buluh Tumpat... akan dipotong ikut hajat / permintaan, 
harga / mahar mampu milik... boleh runding 
 

Buluh Tumpat... perkongsian tentang Keistemewaannya, dengan Izin-ALLAH.

Assalammualaikum... Apa khabar Sahabat? Di harap kalian berada di dalam lindungan ALLAH. Perkongsian kita pada kali ini adalah berkenaan Buluh Tumpat. Jika dirujuk pada   Blog-blog Tempatan dan Nusantara Keistemewaan Buluh Tumpat, adalah 1001 khasiaat. Untuk mengetahui kelebihannya  kita sendiri menggunakannya, dan kita sendiri akan dapat menceritakan keistemewaan yang  kita perolehi, satu persatu. Walaubagaimanapun...  Usaha, doa dan bertawakal pada ALLAH perlu kita lakukan.

Buluh Tumpat tuuu sebagai penyebab sahaja tidak lebih dari itu. Seperti baju yang basah untuk mengeringkannya, salah satu dari usahanya piii... jemur di tengah panas matahari. Insya-ALLAH jika tidak hujan, panas sepanjang petang kering lerrrr baju tadi dengan Izin-ALLAH. Begitu juga BULUH TUMPAT tadi sebagai penyebab sahaja, jangan percaya pada BULUH  TUMPAT tuuuu..., memang lerrr  SYRIKKK jadinya. Percaya pada ALLAH.... BULUH TUMPAT hanya sebagai penyebab sahaja.

Untuk dikongsi sahaja di sini salah satu dari KEISTEMEWAAN... BULUH TUMPAT.
Semasa saya kecil lagi...  kelebihan Buluh Tumpat menjadi bualan orang pada masa itu. Kalau tidak silap  umur saya hampir tujuh ( 7 ) tahun, orang tua-tua pada masa itu ada menceritakan tentang waktu perang dahulu ketika Kapal Terbang Menjatuhkan Bom, banyak petempatan dan rumah yang hancur. Tapi ada sebuah rumah kampung yang Beratapkan Rumbia, Berbatangkan Leban dan Buluh biasa rumahnya dengan Izin-ALLAH tidak menghadapi, keadaan seperti rumah-rumah yang lain pada ketika itu.

Bila ditanya apakah RAHSIA yang telah diamalkan oleh tuan punya rumah itu. Ia menceritakan secara kebetulan ketua keluarga rumah itu ada menyisipkan Buluh Tumpat di gulung-gulung rumahnya. Alhamdulillah dengan Izin-ALLAH,  ketika kapal terbang  menjatuhkan Bom pada masa itu, walaupun berhampiran dengan rumah mereka, rumahnya tidak BINASA / HANCUR  seperti rumah-rumah yang lain. Itu cerita mereka pada orang-orang yang  bertanyakan tentang kenapa rumahnya tidak hancur... ketika bom jatuh semasa zaman perang dahulu.

Semasa sedang sibuk memilih Buluh Tumpat untuk disimpan sebagai STOK JUALAN.
Ada seorang HAMBA ALLAH...yang sama sedang memilih teras kayu, turut sama berkongsi tentang KEISTEMEWAAN BULUH TUMPAT..., cuma pesanannya ringkas sangat. Buluh Tumpat niiii... BAGUS jika disimpan dalam kenderaan. Soal samada sedikit atau banyak Buluh Tumpat tuuu disimpan tidak menjadi soal, yang penting BAGUS jika dalam kenderaan disimpan BULUH TUMPAT... itu pesanan ringkas dari HAMBA ALLAH ni.... saya tidak sempat nak berbual panjang tentang hal ini. Apa yang penting jika kita merasakan ini, juga merupakan suatu USAHA kita untuk menjaga Keselamatan Diri Kita dan Keluarga apa yang hendak difikirkan terlalu banyak sangat. Jika ianya kearah kebaikan ambil sahaja.


Yang penting kita bertuhankan ALLAH, Buluh Tumpat itu hanya sebagai Penyebab / Asbab sahaja. Seperti membawa penyembur NYAMUK RIDSECT dalam kereta, tujuannya jika ada semut, nyamuk atau serangga dalam kereta senang nak sembur pada makhluk nii... supaya mati atau tidak mengganggu kita dan keluarga  dalam kereta. Jadi persediaan awal telah dibuat, sediakan payung sebelum hujan... SOOOooo buat apa perlu tunggu lama-lama untuk buat keputusan memiliki BULUH TUMPAT... sebagai suatu USAHA untuk kebaikan DIRI & KELUARGA, sementara STOK BULUH TUMPAT masih ada pada saya. Harga / Maharnya boleh dirunding, berminat hubungi Abang Mad... Telefon atau SMS di talian H/P: 013-7456936  /  019-7803973. EMAIL: matbpyp@gmail.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads