Sabtu, 27 April 2013

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Apr 2013 11:39 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jan 2013 11:53 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

RAKYAT MARHAEN: PRU13 : PAS <b>Kelantan</b> Perlu Gugurkan 20 <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2013 01:39 AM PST

Demi mengemukakan satu barisan calon yang berkualiti dan mantap ke arah mewujudkan sebuah kerajaan berwibawa selepas pilihan raya umum akan datang (insyaAllah) PAS Kelantan perlu menggugurkan 20 hingga 23 orang wakil rakyatnya dari terus menjadi calon.

Adalah dibimbangi kalau PAS tidak bersedia menggugurkan wakil-wakil rakyat ini ia bakal mempengaruhi pengundi untuk tidak memilih PAS dalam pilihan raya akan datang. Mereka ini perlu digugurkan kerana beberapa sebab dan faktor.

Antaranya, kerana menghadapi masalah kesihatan kronik, mengalami kes-kes peribadi, (mini skandal) kurang berprestasi sebagai wakil rakyat parti memerintah dan sudah lebih dari dua penggal menjadi Adun atau tidak kurang tiga kali bertanding dalam pilihan raya.

Sekiranya PAS ataupun Pesuruhjaya PAS negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat merasa berat hati untuk membuat pertukaran kerana pertimbangan-pertimbangan tertentu, setidak-tidaknya 15 wakil rakyat yang ada sekarang perlu digugurkan tanpa berkompromi. Mereka ini diklasifikasikan berhadapan dengan masalah boleh menjejaskan peluang PAS untuk memenangi 2/3 kerusi di DUN Kelantan.

Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu PAS mendapat 38 kerusi DUN dan tujuh kerusi Parlimen. Kerusi-kerusi parlimen ialah; Kota Bharu, Kuala Krai, Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Puteh, Pengkalan Chepa dan Bahcok. Pasir Mas PAS serahkan kepada Inchek Ibrahim Ali. Tiga lagi kerusi parlimen milik PKR, Ketereh, Machang dan Tanah Merah manakala dua dimenangi UBN, Gua Musang dan Jeli.

Dari 20 orang wakil rakyat tadi ia meliputi dari semua kawasan Parlimen, dengan kedudukannya tiga Pasir Puteh dan Kota Bharu, masing-masing dua Rantau Panjang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok dan satu masing-masing di Ketereh, Jeli, Kuala Krai, Machang dan Pengkalan Chepa.

Sekiranya PAS akan melakukan pengguguran, sekurang-kurang 15 wakil rakyat, ini bermakna PAS akan mendapat 17 ADUN baru dalam pilihan raya akan datang. Dua kerusi lagi yang tidak melibatkan pengguguran wakil rakyat dijangka di Bunut Payung dan Tendong. Tendong wakilnya meninggal. Manakala sekiranya benar PAS akan mengambil alih kerusi Pengkalan Kubur ia menjadikan 18 muka baru.


Kerusi Pengkalan Kubur yang diberikan kepada PKR besar kemungkinan ditarik balik kerana kegagalan parti berlambangkan mata itu berkerjasama sesama sendiri di Pengkalan Kubur.

Dalam kelompok 18 muka baru itu PAS bolehlah mengenal pasti calon-calon yang berktrampilan di dalam berbagai bidang; iktisad, hubungan luar, pelancongan, perdagangan, pertanian, politik, sosial dan sebagainya untuk dipilih menjadi anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco).

Bagaimana pun sangat afdal bagi PAS sekiranya parti itu mampu untuk menukar 20 hingga 23 orang Adun bagi digantikan dengan muka baru. Pertukaran lebih separuh itu akan memberi gambaran PAS Kelantan benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan dari segi kepimpinan dan juga persiapan bagi memperbaiki kelemahan pentadbiran sebelum ini khasnya di barisan anggota Exco Kelantan. Pertukara itu juga bakal merombak struktur parti di peringkat kawasan kerana selalunya wakil-wakil rakyat menjadi pemimpin utama dalam parti dan kedudukan mereka terlalu lama.

Perubahan besar itu juga menunjukkan komitmen dan iltizam Nik Aziz begitu serius bagi meletakkan kerajaan Kelantan sebagai kerajaan contoh dalam Pakatan Rakyat. Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS membuat rombakan calon-calonnya lebih 50% dan apakah kali ini bakal dicatat Nik Aziz?

Sehingga hari ini saya difahamkan nama wakil-wakil rakyat yang dicadang untuk dilakukan pertukaran sudah pun sampai ke pengetahun Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan. Dipercayai tokguru sedang menghalusi dan melihat implikasi dari segala aspek jika pertukaran hendak dilaksanakan. Beliau dikatakan tidak menolak cadangan berkenaan dan sedia menerima input nuntuk tujuan itu.

Dalam pada itu sebahagian besar ahli parlimen PAS juga dijangka akan bertukar wajah. Yang sudah hampir pasti ialah untuk kerusi Pengkalan Chepa (Abdul Halim Abdul Rahman), Kubang Kerian (Sallahuddin Ayub), Bachok (dia tu) dan Kota Bharu (Wan Abdul Rahim Abdullah). Sallahuudidn di pindah ke Johor manakala 'dia tu' tiada dalam senarai calon PAS. Wan Abdul Rahim dan Abdul Halim dikatakan sedia untuk berundur. Lainnya kerusi Pasir Puteh (Muhammad Hussein) juga dikatakan akan bersalin wajah.

Di kerusi Parlimen Pasir Mas PAS sudah tentu akan mendapat muka baru. Kerusi yang digadaikan kepada Ibrahim Ali tanpa ditebus itu akan diambil balik dan PAS mengura-urakan akan menurunkan Timbalan Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abdul Nik Aziz untuk bertanding di situ.

Jika ini berlaku seperti mana dirancangkan, hanya Siti Zailah Yusuf (Rantau Panjang), Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) saja ahli parlimen dijangka tidak berubah tempat.

Menyentuh mengenai kemungkinan PAS tidak dapat menukar kesemua 20 orang wakil rakyat yang patut dibersarakan ialah kerana masalah pengganti. Di kawasan-kawasan tertentu tidak ada orang atau pengganti yang setanding dengan wakil rakyat yang ada kini. Ketiadaan tokoh ini menyebabkan PAS tidak ada pilihan lain selain mengekalkan yang sedia ada.

Beberapa kerusi yang tiada tokoh pengganti antara Air Lanas (Jeli), Kota Lama (Kota Bharu) Demit (Kota Bharu), Chetok (Pasir Mas), Perupok (Bachok), Tanjung Mas (Kota Bharu).

MSO.

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Dec 2012 11:58 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Unit AMAL & Nisa DUN <b>Demit</b> Turut Serta Membantu Mangsa Banjir <b>...</b>

Posted: 18 Dec 2007 05:49 PM PST

Kenangan ketika menghantar Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

KOTA BHARU, 18 Dis. Biar pun langit kelihatan cerah, namun kampung-kampung yang terletak tidak jauh dari Sungai Golok semakin banyak ditenggelami air bah.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri jumlah mangsa banjir di Pasir Mas setakat jam 10 pagi tadi meningkat kepada 7,906 orang, manakala di Tanah Merah berkurangan kepada 738 orang dan Kuala Krai (72 orang).

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan pagi tadi seramai 10,756 orang. Paras air di Tangga Krai, Kuala Krai 24.9 meter, Jambatan Guillemard di Tanah Merah 16.61 meter dan Tambatan Diraja 5.10 meter iaitu melepasi paras bahaya, katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya jumlah mangsa banjir semakin meningkat di Rantau Panjang disebabkan limpahan daripada air Sungai Golok ekoran pelepasan air di sebuah empangan di Selatan Thailand.

Manakala jalan-jalan yang masih ditutup kepada lalu lintas iaitu di Km 55 jalan Kuala Krai Gua Musang akibat tanah runtuh.

Oleh itu kata jurucakap tersebut laluan alternatif bagi pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu boleh melalui jalan raya Gua Musang – Jeli melalui Jelawang.

Bagaimanapun di Km 30 jalan raya Gua Musang Jeli berlaku runtuhan tanah berhampiran Sekolah Kebangsaan Jelawang petang semalam. Kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan sekarang, katanya.

Namun menurut sumber jalan itu masih boleh dilalui kepada semua jenis kenderaan.

Jalan ke Pantai Cahaya Bulan yang ditutup sebelum ini sudah boleh dilalui sepenuhnya.

ImageDi RANTAU PANJANG, kawasang yang paling terjejas teruk akibat dilanda banjir. Pasukan Unit Amal Kelantan dan Nisa kini bekerja keras membantu mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi sejak Sabtu lalu. Unit Amal & Nisa DUN Demit juga turut menghantar wakil bagi membantu mangsa-mangsa disana.

Di kawasan itu terdapat 1,800 penduduk yang dipindahkan dari beberapa kampung yang terjejas teruk akibat paras air Sungai Golok melimpah.

Bendahari Unit Amal Kelantan, Rosli Abdul Samad berkata, terdapat sembilan keluarga yang tinggal di pusat pemindahan tersebut sejak seminggu lalu.

Anggota Nisa seramai 40 orang juga membantu mangsa-mangsa banjir di Gual Periuk dan Kubang Kual, Rantau Panjang sejak beberapa hari lalu. Unit Amal mulai turun padang membantu mangsa banjir di Tanah Merah sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun kawasan itu kini air sudah surut dan anggota Nisa juga membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah-rumah mereka, katanya.

Baru-baru ini, seramai 90 keluarga berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Suria, Tanah Merah. Mereka dibantu 10 anggota Unit Amal dan Nisa terutamanya aspek penyediaan makanan.

Rosli juga berkata, Unit Amal dari kawasan-kawasan yang tidak dilanda banjir turut tampil membantu mangsa-mangsa banjir di Tumpat dan Rantau Panjang.

Kita juga akan mengerahkan semut merah (Unit Amal) bagi membantu mangsa-mangsa banjir seperti dilakukan di Johor tahun lepas untuk membersihkan rumah-rumah mereka, ujarnya.

Unit Amal Kelantan & Demit mempunyai pengalaman luas dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Johor tahun lepas, termasuk kawasan yang terjejas teruk. Boleh rujuk kepada artikel lepas di link ini: Misi Kemanusian Unit Amal DUN Demit ketika banjir besar di Johor pada tahun 2006

Selain itu, Dewan Muslimat PAS dan Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama) turut turun padang bagi membantu mangsa-mangsa banjir. –SyGz

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Apr 2013 11:13 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Mar 2013 11:47 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Jul 2012 11:37 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

HOMESTAY NIAGA: Senarai Homestay/Rumah Rehat <b>Di Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 04:59 PM PDT

Seri Anggerik Rest House.
PT 475, Bt.3, Jln.Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu.
Banglo setingkat/3 bilik
013-9816538,
RM 150-230/Bergantung kepada hari, musim dan tempoh.
Lengkap untuk 15-18 orang. Semua bilik tidur a/c.
Rumah Tamu Nur Fatin
Taman SBJ Wakaf C. Yeh, Kota Bahru
Banglo Setingkat
012 9588242
RM200- RM250
Berdekatan dengan pasar borong Wakaf Che Yeh(60 meter). Suasana aman dan selesa.Kelengkapan penuh.

Rumah Tumpangan Budi
Kg. Budi, Jln. Tawang, Kota Bharu.
Rumah Teres
019-9111963 (Zaman), 019-9899148 (Ku Na), 09-7647134
1 Bilik + 1 Bilik Air = RM70/Hari, 2 Bilik Tidur + 2 Ruang Tamu + 2 Bilik Air = RM 120/Hari, 3 Bilik Tidur + 2 Ruang Tamu + 3 Bilik Air = RM 180/Hari.
Di Jalan Utama K.Bharu-Tawang. 6KM K.Bharu, 5KM K.Kerian/HUSM, 8KM Airport Pkln Chepa, 2KM rumah Tn Guru Menteri Besar. 1 KM dr Mesin ATM terdekat(7 Eleven). Berdekatan dgn pekan Kota Jembal, Tawang, Sering, Binjai, Pkln Datu, Jejuluk.

Homestay Desa
Dekat Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan
Banglo /3 bilik
Cikgu Din 013-9207364 / 018-9009104 / ashida07@streamyx.com
RM 150.00
Bilik utama h/dingin. WiFi, TV, peti sejuk, pemanas air, dapur memasak, kelengkapan dapur, bahan untuk minuman, selimut, tuala dan tilam serta bantal untuk kemudahan 20 orang. Berperabot penuh.

Kondominium
Kota Bharu
2 bilik
0139461309
RM 250/Day
Mengadap stadium. Ruang selesa dan memuaskan.

Rumah Tamu Al-ukhuwwah
3902 Batu Dua, Jalan Kuala Krai 15150 Kota Bharu Kelantan
Banglo-3 bilik(2 bilik air-cond), 3 bilik air(berasingan)
09-7482971, 013-9822733
200/hari
Kemudahan memasak, TV, Peti Sejuk, microwave dan sterika. Ruang parking berpagar

Kayumas Homestay
Lot 1511, Lorong Surau Kota 2, 15100 Kota Bharu
Chalet studio
013-9367393/019-2708867
RM90 per night
4 units fully furnished chalet studio with wifi access. 3km from center of Kota Bharu, 1km from Famous Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Easy to go Rantau Panjang, Pengkalan Kubor and etc. GPS coordinate. Garmin:N: 06° 05.288´, E: 102° 13.596´. Nokia map:N: 6° 5´ 17.3",E: 102° 13´ 35.8"

Aiza Homestay
PT181,Desa SBJ,Beta Hilir,Kota Bharu Kelantan
Rumah teres 3 bilik
0199716232/aidi_wako@hotmail.com
RM130 sehari
Mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air. Persekitaran yang selamat. Terletak dalam kawasan perumahan SBJ Dewan Beta (rumah teres 1 tingkat) yang diawasi oleh pengawal keselamatan selama 24 jam. Dekat dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Bandar Kota Bharu

Homestay McNa
Jalan Lundang, Kota Bharu
Semi D / 4
0197768708 / homestaymcna@yahoo.com
RM 230
Rumah yang selesa dan berdekatan dengan kedai makan dan kedai runcit. Dari Homestay nak ke bandar Kota Bharu mengambil masa tidak lebih dari 15 minit.

Homestay Warisan
Taman Tiong, Kg Tiong
Bungalow
0125091307
RM150.00/permalam
Bungalow 3 bilik dengan separuh perabut, 15 minit ke KB, 7 minit ke Wakaf Che Yeh, 30 minit ke Rantau Panjang. 00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
Guest House and Homestay
RM 150.00 SEHARI....

-Air-Cond (Penghawa Dingin)
-Penginapan di Kota Bharu,
-3 Kilometer berdekatan dengan Bandar Kota Bharu.
-3 Kilometer berhampiran dengan Airport Kota Bharu.
-2 Tingkat
-4 Bilik
-2 Bilik Air
-1 Dapur
-1 Balkoni
-Perpustakaan Mini
-Ruang yang selesa untuk Satu atau Dua Keluarga
-Keselamatan Dijamin KRS Tanjung Mas.
-Beras Siam disediakan dengan percuma untuk dimasak dan dimakan.
-Peralatan memasak dapur gas dan periuk pinggan dan lain2.teh uncang dan lain2
-

Jika berminat,boleh la menghubungi Hajah Puan Emylia di talian 013-9869097 untuk rundingan sewaan dan tempahan.NEGO.


Hussin Palace
Lot 2030 Paya Rambai, Jalan Bayam Kota Bharu Kelantan
Rumah Semi-D 3 bilik tidur
0199961960
RM180
Fully furnished house :-)

Rumah dua tingkat
318 Kg redang, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan
Dua bilik tidur, satu ruang tamu
013-9694664/ adzi65@yahoo.com.my
RM 150.00 satu malam
Penginapan selesa, berdekatan Kota Bharu, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB).Aircond (master bedroom), peti sejuk, kipas setiap bilik, ruang tamu, balkoni, tv. Surau/masjid, restoran, mini market, kedai borong, klinik berdekatan.

Rumah Rehat As Sakinah
PT 621(NO 47) Taman Damai Perdana SBJ Wakaf Che Yeh Kelantan
Teres 2 tingkat/ 4 bilik
012-9011726/9011736/fazlialias@yahoo.com
RM150-300
Lokasi yang strategik berhampiran dengan Pasar Wakaf Che Yeh (60 meter)dan ke bandar Kota Bharu.

Zan'Guest House
Lot 189,Kg,Belukar,Tapang,Jln.Hospital,Kota Bharu
Rumah Teres,3 bilik.
0139084300,0139201668
RM50.00- 80.00/bilik. RM150.00/hari/malam.
10 minit dari bandar Kota Bharu, berdekatan dg JPJ, Komplek Belia, USM Kubang Kerian

Pelangi Homestay
Condominium Pelangi No.10 Tingkat 18 Blok B
Service apartment/3bilik
014-5050181/mohdrahmani@hotmail.com
RM250-RM300
Nikmati panorama Sg. Kelantan, skyline & sunset di hujung pelangi Bandaraya Kota Bharu. Hanya berjalan kaki ke Masjid Muhammadi, Gerbang Kota Budaya, Pasar Siti Khadijah, Bazaar Buluh Kubu, Parkson/Giant dll. Dilengkapi kemudahan condo b'taraf 5 bintang, swimming pool,gym,playground.

Mak Dah Homestay
Hilir Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai 15100 Kota Bharu, Kelantan
Rumah Biasa/3 bilik
017-5872145/017-9160339
RM150/hari
Rumah tumpangan berhadapan Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Hanya 2-4 minit berjalan kaki ke Pasar Borong. Rumah memang selesa dan berbaloi untuk keluarga yang ramai.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alamat homestay/guest house :
Lot 1671 Kg. Demit ,
Kubang Kerian Kelantan

Kemudahan:
Rumah banglo 2 tingkat dilengkapi dengan
- 4 bilik tidur ( bilik utama air cond), 2 di bawah dan 2 di atas
- beberapa ruang rehat (ruang sembahyang)
- 4 bilik queen bed
- bantal dan toto disediakan
- 1 ruang dapur luas dan lengkap dengan dapur gas, peti sejuk, cerek letrik,
periok nasi letrik, set cawan dan pinggan manggkuk
- 1 set sofa, TV dan alas kapet

Penginapan selesa, sesuai untuk :
o percutian keluarga,
o percutian berkumpulan,
o rombongan merisik, meminang dan perkahwinan – dekat dengan masjid Ismail Petra, Kubang Kerian.
o 1km dari HUSM (Hospital, Kubang Kerian)
o Lokasi yang strategik dengan IPT – dekat dengan UMK,MRSM PC, MRSM Pasir Tumbuh, Kolej Jururawat HUSM
o 13km ke lapangan terbang P Chepa

Berdekatan dengan (5-20 minit) :
* Pusat Bandar Kota Bharu
* Bandar Baru Kubang Kerian
* Stadium Sultan Muhammad ke-IV
* Universiti Malaysia Kelantan
* Institut Pendidikan Guru, Pengkalan Chepa
* Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
* Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
* Hospital Raja Perempuan Zainab II
* Hospital Pakar Perdana

Kemudahan berhampiran :
* Pasaraya (Nirwana, Mydin, Bilal, Billion)
* Restoran (Nasi Kerabu Golok, Ikan Bakar, dsb)
* Stesen Minyak (Petronas 300m)
* Seven Eleven
* Bank

Kadar sewa berpatutan : Untuk sebuah rumah hanya RM 240.00 termasuk hari minggu, hari cuti am, cuti sekolah
Hubungi: 019-9698711 - Kak Yah ( Talian Utama)
09-7655987 (Rumah)
019-9498072 - Abg. Nan

Guest House and Homestay
CIRI-CIRI YANG KAMI TAWARKAN

Kami menawarkan sebuah rumah kediaman yang selesa dan selamat yg dapat
menampung 15-25 orang dewasa pda harga yang berpatutan.Antara ciri yang kami
tawarkan : 3 bilik tidur dgn katil Queen size dgn kemudahan aircond setiap
bilik ,Mesin basuh,peti sejuk,Stereka,set sofa,set meja makan,set barbeque,TV
Astro,Heater dlm bilik air serta kolah dalam bilik mandi.

Lokasi yang amat berdekatan dengan medan selera, pusat pelancongan , klinik,
shopping kompleks, pasar besar dan sebagainya.Terletak di Jalan Che Hussin
iaitu 0.5 km dari pusat bandar Kota Bharu serta 100 meter dari Pejabat
kerajaan(Wisma Persekutuan)dan stadium malah 5 minit masa perjalanan untuk ke
pusat membeli-belah spt KBMALL,Tesko ,Billion dan Pasar Siti Khatijah.

Lokasi kami- Jalan Che Hussin Kota Bharu Kelantan

Lokasi GPS

Latitude 6 07 19.71N
Longitude 102 14 56.43E

KADAR SEWAAN = RM 220 SEMALAMAN

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En.Rozani di talian 0139202778


Pesona Homestay
5476-B Jln Bayam Kota Bharu Kelantan
Banglow / 3 Bilik
+60139202778,0139800036 / rozanimohdnoor@yahoo.com
RM220 sehari
Rumah kediaman yang selesa dan selamat yg dapat menampung 15-20 orang dewasa pda harga yang berpatutan. Hubungi En.Rozani 0139202778(Fully furnished). Lokasi pusat bandar.

Aleesya villa
Belakang Ani Sup Utara , Berek 12 , Jln Hospital 15200 Kota Bharu Kelantan
Double Story Semi D
60169223073 / aramycash@yahoo.com
RM 300 Sehari
2km dari pusat bandar Kota Bharu. 4 bilik tidur & 3 berhawa dingin. Peti sejuk,dapur,mesen basuh,mandian air panas,TV,laman letak kereta luas disediakan.Semua bilik fully furnished dgn katil bersaiz Queen.

Rumah Tamu
Jln. Hamzah,Kota bharu
4 Bilik
019-9061292 - Jamal
Rm 50
Ada aircond/kipas. Bersebelahan dgn KB Mall, dekat dengan TESCO, depan Kolej Jururawat Masterskill.

Rumah Tamu
15 Jln 3, Tmn Baiduri, jln Tumpat Kelantan
Rumah teres 3 bilik
0192845874
100 satu malam
Kami menyediakan kelengkapan seperti berada di rumah sendiri dgn sewa yg murah, amat strategik, hanya 3km ke Kota Bharu, 9km Pasir Mas, 5km ke Pengkalan Kubur.

Kondominium Pelangi
Tkt 15, Blok A, Kondominium Pelangi, Jln Post Office Lama, KB
Apartment/4 bilik
0199824590 Rusli
RM250/day
Menghadap Sg. Kelantan, berhampiran Masjid Negeri, Bazar Buluh Kubu dan pusat bandar. Kolam renang, 24 jam security, fully aircond, water heater, TV, iron, refrigerator.

UI Kondo Homestay
B12-08, Kondominium Pelangi Mall, 15200 Kota Bharu Kelantan
Kondominium / 3 bilik
019-9009535/uimpiana@yahoo.com.my
RM200-RM300
Terletak di tengah bandar Kota Bharu, kondominium lengkap dengan perabut, dan kemudahan kondo yang lain.

Homestay Tok Ayah
Kota Bharu, Kelantan
2 bilik
013-3806257
RM200/day
Terletak di tepi jalan utama Jln Sultan Yahya Petra. Perjalanan 7 minit ke bandar Kota Bharu, Balai Islam Lundang, Masjid Kubang Kerian, Hospital Universiti Sains Malaysia. 10 minit ke Wakaf Che Yeh, 25 minit ke Pekan Rantau Panjang.

Rumah Tamu DWZ2
120 Jln.Dato Lundang, Kota Bharu
Banglo 2 tingkat / 5 bilik
019-9889422, ananazhar@gmail.com
RM150-00 sehari
5 bilik (2 a'con), 2 bilik air, katil untuk 10 orang, ruang tamu, dapor, microwave/petiais/tv/pemanas air/parking untuk 10 kereta. Belakang Dee Carpet Dato Lundang. GPS:N6-6.326\' E102-15.698\'

Mahligai Bonda
PT 398, Lorong Sekolah Menengah Naim Lilbanat, Kota Bharu
Rumah/Dorm
Hj.Anafi 019-9833677 / Hjh Zairani 013-9037555
RM 80-300
Penginapan ekonomi untuk keluarga. Harga boleh runding. Lokasi yang strategik untuk ke pusat bandar Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh

Rumah Tamu Anjung Desa
Kg. Pasir Kota, Jalan Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan
3 bilik (bilik utama berhawa dingin)
Cikgu Din ( 013-9207364)
Rumah Tamu bersuasana desa, menyediakan perkhidmatan WiFi dan Astro, peti sejuk, mesin basuh. Ruang tamu dan ruang dapur yang luas. Jarak dari Pasar Borong Wakaf Che Yeh hanya 1km dan dari Bandar Kota Bharu hanya 3.5 km

Guest House and Homestay
CTNUR Homestay merupakan sebuah penginapan yang selesa dan selamat di mana homestay kami dapat menapung 15-20 orang dewasa .Lokasi kami yang strategik ,terletak 0.5km dari pusat bandar Kota Bharu.

Antara kemudahan yang kami tawarkan :

-2 bilik tidur / katil queen size dengan kemudahan aircond setiap bilik.
-2 bilik air,
-Ruang tamu,Ruang makan dan Ruang Keluarga yang selesa,
-Tempat letak kereta yang luas (8 buah kereta)
-Tilam/Toto tambahan ,bantal tambahan.
-TV, peti sejuk, kettle jug,iron board,mesin basuh auto dan peralatan makan.

Kadar sewaan : RM150 semalaman

Untuk pertanyaan sila hubungi:

Pn. Nor Aini : 0139236787
En. W.Ahmad Kamil : 0129603243 Guest House and Homestay
Banglo setingkat dan 2 Tingkat.Penginapan ekonomi untuk bilik dan Dorm.Muat 80 orang dalam satu masa.Dilengkapi aircond,waterheater,Pemanas air,pingan-cawan,TV,Petiais,waterheater dan semua bilik air didalam.Kemudahan restoren bersebelahan untuk sarapan pagi,Buffet,bungkus untuk group serta ruang parking luas untuk kereta dan bas.HANYA 5-10 minit ke Pusat Bandar,Pasar Borong Wakaf Che Yeh,HUSM Kubang Kerian,Stadium Sultan Mohd IV.Berdekatan Sek Men Naim Lilbanat,Masjid Telipot,Mayban,Istana Mahkota,Billion Shopping Centre.Bilik Besar:6-8 orang RM 150,Bilik sederhana 4-5 orang RM 120,Dorm A 24 orang-RM 350,Dorm B:16 orang- Rm 250 ALAMAT:PT 398,Lorong Embi,Jalan Telipot,15150 Kota Bharu.Hubungi :0199833677/0139037555 Yus Restoren 09-7476427.Amat sesuai untuk keluarga,kumpulan besar dan bas rombongan.


SR Homestay
255 P , Lorong Hj. Pak Noh, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu
2 Unit rumah teres (A: 4 bilik + 1 Ruang Tamu + 3 Bilik Air) dan (B: 3 Bilik + 1 Ruang Tamu + Dapur + 2 Bilik Air)
Kak Yah - H/P : 012-9453650 / 09-7435696 / 09-7446803
Unit A: Rm250.00/Hari Unit B:Rm 200.00/Hari

Rumah Rehat Normanis
Tingkat 10, kondominium Pelangi Mall, Jalan Pejabat Pos Lama, Kota Bharu
Kondominium
Azma 0139432400
Sewa rm 200/day boleh runding berdasarkan berapa lama mau sewa.

Rumah Tamu Intan Sofia
Perumahan KUB Cendana,Kg Chica,Jln Pasir Puteh,16150 Kota Bharu,Kelantan
Terrace single storey-3 rooms
Che Ros/019-3892962
RM 150-200/house depending on stay duration and season (open for booking now.starting operate on May,2009)

Sutera Guest House
Jalan Hospital Kota Bharu
Single storey house, 3 rooms, 2 bathrooms, living room and kitchen area
016-9515380 / 019-9932850 / 09-7655863
RM45-65/room RM150/house (perday) 10minutes drive to Kota Bharu City Centre

Orange Guest House.
Lot 1934, Jalan Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan
3-rooms Bungalow Single Storey
Zawawi (012-9007629)
RM200/night (negotiable)

Guest House and Homestay

Kami menyediakan sebuah homestay @ rumah tumpangan (seperti didalam gambar)yg sesuai untuk sekeluarga bermalam & bersantai. Kemudahan yg disediakan:

1) Mempunyai 3 bilik tidur (2 berhawa dingin) & 2 bilik air berasingan.
2) Mempunyai dapur untuk memasak (peti sejuk, dapur & kemudahan memasak)
3 )Lengkap dengan barang perabot & peralatan elektrik.
4) Kelengkapan tambahan sekiranya ramai seperti toto, bantal dan sebagainya.

5 minit sahaja untuk ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Persekitaran yg selamat, selesa & aman. Harga sewaan untuk 1 hari adalah RM200 (boleh dirunding).
Sesiapa yg berminat, sila hubungi 019-9911573 (Che Jah) @ 013-9741817 (Ejie).
Sekian. Terima kasih.



Mekar Villa.
Km 4, Jln. Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.
Bunglow
013-9151003/tuanmasor@yahoo.com
RM 250.00 per day

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 07 May 2012 11:39 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 03 May 2012 11:05 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di demit kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

PAPISMA Cawangan <b>Kelantan</b>: M13- Cakna Anak Muda <b>Di</b> Pasir <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2012 12:23 AM PDT


7 April 2012 - PAPISMA Kelantan di jemput bagi mengadakan khidmat kesihatan statik di Kg. Pulau Raja, Pasir Pekan, Kelantan bersempena program Cakna Anak Muda Pasir Pekan. Sambutan dari penduduk Kg. Pulau Raja memberangsangkan.

Selain diadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma, pihak penganjur juga turut mengadakan sukaneka rakyat melibatkan pemuda-pemuda seperti pertandingan gusti lengan, bawa motosikal paling lambat. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr. Kamaruddin Jaafar yang merupakan ahli parlimen Tumpat.

.: Setiausaha Pakatan Tanding <b>Di Demit</b>?

Posted: 23 Sep 2012 08:22 PM PDT

BAKAL CALON                                                                                                             

Setiausaha Pakatan Darulnaim, pertubuhan yang menghimpunkan anak-anak Kelantan di perantauan pro Umno, Roslan Mohamad disebut-sebut bakal diturunkan Umno untuk bertanding di salah satu Dun di Kelantan. Roslan kelahiran Kubang Kerian katanya akan diperuntukan Dun Demit yang terletak dalam Parlimen Kubang Kerian.

Sebelum ini Dun Demit ditanding oleh Mohamad Abdul Ghani yang tewas kepada Muhammad Mustafa dengan kekurangan undi sebanyak, 4,799.

Roslan yang juga merupakan pegawai eksekutif di Proton. Beliau seorang aktif dan mempunyai personaliti yang menarik serta seorang aktivis Ngo yang rajin.

Semasa bertemu dengan beliau dua hari kepas, Roslan tidak menolak desas desus itu dan berkata; "kalau parti berkehendakkan saya sedia untuk mengambil risiko."

Bagaimana pun katanya perbincangan lanjut dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed difahamkan masih belum diadakan lagi.

Sebelum ini Najib Razak mengatakan Umno akan meletak calon yang boleh menang tidak kira ianya merupakan pimpinan bahagian atau pun tidak. Kemungkinan Umno meletakkan Roslan juga dikira tepat dengan profesyen dan juga personaliti Roslan yang sedarhana dan seorang berhemat.

Sementara itu seorang lagi winneable candidate Dr Junaidi Abdu Bakar yang disebut-sebut kononnya akan diletak bertanding di Kuala Krai dikatakan sahamnya kini mulai merudum ekoran pemasangan posternya di sepanjang jalan sempena hari raya lalu. Pemasangan poster yang mengalu-alukan kepulangan anak perantau sekali gus untuk mempromosinya itu tidak disenang oleh orang ramai dan ada setengah menganggapnya yang tidak wajar dan satu perbuatan yang ganjil.

Orang ramai menganggap pemasangan papan tanda itu sebagai melampau dan tidak kena pada tempatnya sekaligus menyerlahkan akan keghairahan timbalan naib cencelor (hal ehawal pelajar dan alumni) UPSI. Dalam papan tanda itu beliau turut menyebut jawatan dan kedudukannya serta jawatan dalam pasukan awam. Lantaran itu ada yang mempersenda-sendakan bila pula UPSI membuka cawangan di Kuala Krai.

Sehubungan itu kerusi parlimen Kuala Krai besar kemungkinan Umno akan serahkan kepada Ketua Bahagian Ramzi Abdul Rahman untuk berhadapan dengan dengan calon Pas Dr Mohd Hatta Ramli. Selain Junaidi, Razmi juga berhajat untuk menjadi calon di parlimen Kuala Krai.

Sikap Ramzi yang dikatakan merendah dan tidak menonjolkan diri seperti mana Dr Junaidi mendapat perhatian pucuk pimpinan. Begitu juga dengan jasa dan bakti Ramzi lebih dirasai oleh rakyat Kuala Krai berbanding dengan Junaidi.

Selain itu pengalaman yang dilalui Umno dengan meletakkan Prof Che Musa Che Omar dalam pilihan raya menjadi Umno takut dan phobia untuk meletakkan seorang lagi tokoh akademik di Kuala Krai.[wm.kl.11:02 am 24/09/12]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads