Di hadapan 3,000 penonton di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Husam memberi tahu yang hadir " Mahkamah Dunia menetapkan Kelantan negeri berdaulat walaupun pada masa itu sebelum merdeka. Tetapi status kedaulatan negeri telah wujud".
Mahkamah Dunia mana yang menetapkan status itu? Mana buktinya? Torak kepada yang yang tak tahu memang senang. Tapi itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
Walaupun ketamadunan Kelantan telah dikesan daripada zaman pra-sejarah, tetapi di dalam sejarah moden, Kelantan telah berada di bawah naungan Raja Siam. Ia boleh dikesan sejak 1826 bila termeterai Perjanjian Burnley antara Raja Siam dan United Kingdom. Objektif utamanya ialah menetapkan kedudukan Negeri-Negeri Melayu. Perjanjian ini mengiktiraf hak Raja Siam ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Manakala Raja Siam mengiktiraf hak Kerajaan British ke atas Penang dan hak British untuk berdagang dengan Kelantan dan Terengganu tanpa sekatan oleh Raja Siam.
Anglo-Siamese Treaty 1909 yang dimeterai oleh Raja Siam dan Wakil United Kingdom di Bangkok pada 10 Mac 1909 pula menyaksikan negeri-negeri Melayu di bahagi dua. Patani, Narathiwat, Songkhla, Satun dan Yala kekal dibawah Raja Siam. Raja Siam melupuskan hak tuntutannya ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kepada United Kingdom untuk menjadi sebahagian daripada Great Britain.
Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu kemudiannya di satukan dengan Johor dan dikenali sebagai The Unfederated Malay States (Negeri Melayu Tidak Bersekutu) dan dibawah pengawasan Penasihat British.
Ini adalah bukti pertama bahawa Kelantan bukan wilayah berdaulat seperti didakwa Husam. Hubungan diplomatik dan antarabangsa Kelantan ditentukan oleh kuasa lain. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ini sekadar memiliki autonomi yang lebih luas berbanding Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Pada 8 Disember 1941, Kelantan telah diserang oleh Tentera Maharaja Jepun yang mengakibatkan Tentera British terpaksa berundur dari Kelantan. Sejak itu Kelantan telah diperintah oleh Tentera Jepun sehingga pentadbiran Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Raja Siam oleh Jepun. Sepanjang Perang Dunia Ke 2, Kelantan berada di bawah pentadbiran Raja Siam.
Pentadbiran Raja Siam ke atas Kelantan berakhir bila Jepun menyerah kalah. Kelantan kemudiannya diletakkan di bawah British Military Administration dan ditadbir oleh Tentera British sehinggalah perjanjian penyertaan ke dalam Malayan Union dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu. Pada 1 April 1946, Kelantan bersama Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersetuku, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat telah berada di bawah Malayan Union dan Pemerintah Tertingginya ialah Sir Edward Gent, Governor British pertama.
Ini adalah bukti kedua, Kelantan bukanlah Negeri Berdaulat seperti yang didakwa Husam.
Malayan Union berakhir pada Januari 1948. Pada 21 Januari 1948, Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent telah menandatangani The Federation of Malaya Agreement di King House, Kuala Lumpur. Pada 1 Februari 1948, Negeri-Negeri Melayu termasuk Penang dan Melaka telah membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Ia diketua oleh Pesuruhjaya British dan Penasihat British di negeri-negeri diganti dengan Ketua Menteri.
Persekutuan Tanah Melayu wujud dari 31 Januari 1948 sehingga 15 September 1963, sehari kemudian Malaysia ditubuhkan. Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka dari jajahan British dan ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Negara.
Ini adalah bukti ke 3 Kelantan bukanlah negeri berdaulat seperti di dakwa Husam. Ini kerana sekiranya Kelantan tidak membuat keputusan menyertai Persekutuan Tanah Melayu maka Kelantan akan kekal sebagai tanah jajahan British.
Negeri berdaulat adalah ditafsirkan seperti berikut,
"A sovereign state is a political organization with a centralized government that has supreme independent authority over georgraphic area".
Ternyata Negeri Kelantan tidak mempunyai autoriti ke atas wilayahnya dan sejak didokumentasikan dari 1826, nasib wilayah yang bernama Kelantan telah ditentukan oleh kuasa asing.
Husam layak dipanggil penipu. Bukankah begitu?
Oleh yang demikian, argumen Husam bahawa status kedaulatan negeri Kelantan telah wujud sebelum ia menyertai Persetukuan Tanah Melayu atau sebelum ia menyertai Malaysia adalah satu helah untuk mengaburi mata pendengarnya. Oleh yang demikian tidak timbul dakwaan Akta 144, Akta Kemajuan Petroleum 1974 telah mencabar kedaulatan Negeri Kelantan seperti dakwaan Husam di sini.
Berita yang disiarkan oleh Malaysiakini itu bertajuk 'Kelantan Berhak Batal Perjanjian Dengan PETRONAS'. Seperti posting saya semalam, saya minta Kerajaan PAS Kelantan membuat permohonan untuk batalkan perjanjian suratcara 9 Mei 1975. Mengapa setakat bercakap sahaja. Kenapa tidak difailkan permohonan rasmi di Mahkamah?
Sebaliknya hari ini, Kerajaan PAS Kelantan hanya membuat permohonan supaya Mahkamah Persekutuan membenarkannya mengemukakan rayuan terhadap 3 tuntutan yang ditolak sebelum ini termasuk menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah, menolak permohonan PETRONAS untuk membatalkan saman dan memohon dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap PETRONAS sebelum ini, seperti dilaporkan oleh HarakahDaily hari ini. Panel 5 orang Hakim yang bersidang membenarkan permohonan tersebut setelah permohonan Kerajaan PAS Kelantan itu tidak dibantah oleh peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS.
Sekiranya peguam yang mewakili Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak membantah, ini bererti Kerajaan Malaysia dan PETRONAS tidak mempunyai apa-apa masalah dengan tuntutan permohonan rayuan tersebut.
Dakwaan Husam bahawa ini petanda awal 'pintu gol lawan sudah ditembusi' adalah satu lawak jenaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan