Demi memancing undi di DUN Galas, Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan pemberian geran hak milik kepada peneroka-peneroka di kawasan Tanah Rancangan Felda, termasuk di Felda Chiku Satu dan Felda Chikum Dua bagi menjelaskan hutang masing-masing. Menurut sumber, peneroka-peneroka di Tanah Rancangan Felda itu sudah lama menuntut hak milik geran tersebut dari pihak Kerajaan PAS Kelantan. Namun memandangkan bahawa kawasan itu adalah "kubu kuat" Barisan Nasional/UMNO, maka tuntutan tersebut "dipandang sepi" oleh Kerajaan PAS Kelantan.
Berikutan Pilihanraya Kecil DUN Galas, maka dengan tiba-tiba turun "wahyu dari langit" untuk menyegerakan proses tuntutan hak milik geran tersebut. Secara tiba-tiba, segala proses hak milik geran menjadi mudah. Tiba-tiba pihak Kerajaan PAS Kelantan "berbesar hati" untuk memberikan hak milik geran tersebut kepada peneroka-peneroka Felda terbabit.
Kenapa secara "tiba-tiba"? Kerana "tiba-tiba" ada PRK di DUN Galas. Kenapa dulu tidak dipercepatkan proses pemilikan geran terbabit? Kerana ketika itu tiada kepentingan hendak memberikan hak milik tanah kepada rakyat Melayu beragama Islam terbabit. Tambahan pula Tanah Rancangan Felda tersebut didiami oleh rakyat-rakyat marhain yang menyokong Barisan Nasional/UMNO, tentulah ada "double standard"!
Penulis percaya bahawa PAS Kelantan cuba "meniru" gerak kerja BN. Penulis masih ingat ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor tempohari, BN mengumumkan tentang pemberian bantuan dan geran milik tanah kepada rakyat di Hulu Selangor. Mungkin PAS cuba "meniru" strategi ini. Namun, PAS tidak tahu bahawa bantuan dan geran hak milik tanah di Hulu Selangor telah pun diluluskan sebelum PRK Hulu Selangor diumumkan SPRM. Malah ketika itu, BN tidak terfikir pun akan ada PRK di Hulu Selangor. Bantuan dan geran hak milik tersebut diberikan kepada rakyat secara ikhlas tanpa sebarang permintaan sebagai timbal balas. Begitulah BN berbakti kepada rakyatnya.
Namun berbeza dengan PAS di Kelantan, tuntutan oleh peneroka-peneroka Felda di kawasan Gua Musang itu sudah lama dituntut oleh peneroka-peneroka di kawasan itu. Namun mereka bagaikan "putus harapan" untuk terus meminta-minta dari Kerajaan PAS Kelantan yang "pilih bulu". Peneroka-peneroka hanya menyerahkan tuntutan mereka kepada Allah S.W.T. Mereka bertawakkal kepadaNya kerana mereka sedar, dimanalah letakkan mereka berbanding "kasta" puak-puak PAS di Kelantan. Akhirnya alhamdulillah, Allah S.W.T telah mengurniakan PRK DUN Galas sebagai alasan membantu "kezaliman" yang cuba dilakukan oleh PAS Kelantan terhadap mereka.
Penulis melihat ini sebagai rahmat dari Allah S.W.T, bukannya sebagai "budi" dari Kerajaan PAS Kelantan. Jika Kerajaan PAS Kelantan ikhlas mahu berbudi pada rakyat, dari dahulu lagi mereka sudah memberi bantuan kepada golongan marhain di felda-felda ini. Namun mungkin di atas sifat "busuk perut" oleh pemimpin"penganut-penganut agama" PAS ini dan memandangkan Felda adalah "tajaan" dan sumbangan ikhlas dari Barisan Nasional sejak di zaman Allahyarham ayahanda kepada Dato' Seri Najib, Tun Abdul Razak, maka mereka "buat endah tidak endah". Namun, demi kepentingan undi untuk PRK DUN Galas kali ini, PAS serta merta mengumumkan pemberian geran hak milik tersebut? Nampak sangat "ada udang di sebalik batu".
InsyaAllah, biarlah Allah S.W.T sahaja yang menilai segalanya. Biarlah pengundi-pengundi di DUN Galas saja yang menentukannya. Ada penyokong PAS kata, "kalau sayangkan Ku Li, undilah PAS!". Penulis ketawa besar mendengar kata-kata "pujuk undi" tersebut. Apakah dia fikir pengundi DUN Galas itu bodoh seperti mereka? Apakah mereka fikir bahawa Ku Li sebagai Pengarah Kempen BN bagi PRK DUN Galas tersebut akan bersetuju dengan "saranan" mereka? Apakah mereka fikir Ku Li akan membiarkan DUN Galas jatuh sekali lagi kepada PAS dan meng"gadai reputasi"nya sebagai pemimpin UMNO yang bertahap menteri? IQ Ku Li tidak bodoh seperti mereka. Ku Li pastinya akan memastikan prestasinya sebagai pejuang UMNO tidak aka tercalar…
Bersedialah PAS Kelantan. Demi rakyat, BN/UMNO akan kembali mewakili DUN Galas ke Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pastinya wakil rakyat BN/UMNO itu tidak akan terlepas pandang membawa segala permasalah rakyat DUN Galas ke Sidang DUN Kelantan. Dan pastinya dia akan berkhidmat membela nasib rakyat di DUN Galas berbanding di DUN-DUN Kelantan yang lain. YB-YB PAS Kelantan banyak yang "makan gaji buta" dan tidak membantu rakyat di kawasannya. Mereka lebih suka berceramah sambil mengedarkan "tin-tin perjuangan" untuk dimasukkan ke dalam kocek mereka. Apa YB PAS peduli dengan jalanraya yang belubang sana sini? Asalkan kantung poketnya "penuh" dan dapat "tambah bini", itu sudah cukup "kebajikan" kepada mereka. Begitulah PAS dan labu-labunya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan