Selasa, 6 Ogos 2013

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


&#39;R&#39; dapat permit anjur Black505 <b>di Ketereh</b> esok - Harakah Daily

Posted: 11 Jun 2013 04:01 AM PDT

KOTA BHARU: NGO Royalti (R) mendapat kebenaran dan permit menganjurkan perhimpunan aman Black505 mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Perhimpunan aman itu akan diadakan esok, 12 Jun di Padang Majlis Daerah Ketereh bermula jam 9.00 malam.

Penganjur yang juga aktivis R, Mohd Adnan Abdullah berkata, perhimpunan tersebut dijangka dihadiri lebih 20,000 orang untuk mendengar amanat pimpinan berhubung peristiwa Black505.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas menerima permit program berkenaan di IPD Kota Bharu Pengkalan Chepa, hari ini.

Beliau berharap dengan adanya permit yang diberikan oleh pihak berkuasa itu perhimpunan yang bakal dijalankan itu berjalan baik.

Katanya, permit berkenaan dipohon pada 3 Jun lalu kira-kira jam 2.00 petang.

Terdahulu beliau menerima kenyataan permit yang diluluskan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Superitendan Azham Othman.

"Perhimpunan itu juga akan dihadiri badan NGO seluruh negara seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Perubuhan Anak Muda Bersama Ulama.

"Pihak media pro Umno yang mendakwa program Black505 dianjurkan tanpa permit adalah tidak benar," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mewakili penganjur mengucapkan terima kasih pada pihak keselamatan kerana meluluskan permit itu.

Katanya, permit berkenaan dianjurkan bukan untuk merusuh sebagaimana yang didakwa oleh pihak berlainan politik, sebaliknya untuk pencerahan, untuk menyatakan betapa rakyat mengharapkan PRU yang adil.

Tinta Asyraf: GAMBAR Sekitar BLACKOUT505 <b>di KETEREH</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2013 09:17 AM PDT

GAMBAR Sekitar BLACKOUT505 di KETEREH | BLACKOUT505 KETEREH 12 JUN 2013  | Sekarang ini baru selesai Himpunan BLACKOUT505 di Ketereh, Kelantan. Gambar Datuk Ahmad Yaakob dan Dato' Paduka Husam menjadi tumpuan umum dan kemesraan mereka menutup mulut para pengadu domba mereka berdua.
Saat artikel ini ditulis, Himpunan Blackout505  di Ketereh ini masih lagi berlangsung. Himpunan Blackout505 di Ketereh ini adalah bagi meraikan kekecewaan terhadap orang ramai terhadap keputusan PRU ke 13, kenapa kita kecewa kerana rakyat lebih percaya bahawa keputusan PRU 13 sepatutnya dimenangi oleh Pakatan Rakyat, ujar Dato' Husam Musa dalam ucapannya sebentar tadi.

Beliau mengucapkan tahniah kepada anak muda Kelantan kerana tidak ketinggalan daripada kebangkitan rakyat ini, kita boleh terima takdir yang ditentukan tetapi kita tidak boleh terima penipuan dalam Pilihanraya.
Husam juga menyelar kepada pimpinan yang tidak sanggup hadir dalam Himpunan Blackout505 ini  kerana ketidakhadiran itu adalah sebagai mengkhianati dakwah yang telah diasaskan oleh pimpinan kita terdahulu. Mungkin kita tak dapat gulingkan kerajaan melalui Himpunan Blackout505 ini, tetapi yang pastinya Najib dan pengerusi SPR tidak senang duduk.
Hari ini, pengerusi SPR telah berkata bahawa dia tidak akan meletakkan jawatan. Kalau Pengerusi SPR tidak meletakkan jawatan, kita sarankan Najib yang perlu meletakkan jawatan.
Oleh itu, kita ingin menuntut agar penipuan ini dihentikan dalam yang Himpunan BLACKOUT505 pada 22 JUN 2013 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Keputusan Himpunan BLACKOUT505 ini bukan keputusan saya, ia adalah keputusan PAS Pusat untuk kita bersama-sama dalam Himpunan BLACKOUT505 pada 22 JUN ini.
Dalam pada itu, Datuk Ahmad Yakob Menteri Besar Kelantan mengucapkan tahniah kepada semua anak muda, kebangkitan anak muda ini merupakan satu petunjuk amaran kepada penipuan ini. 
Dalam Islam kita berkumpul dalam solat berjamaah, dalam hari raya, kita berkumpul secara aman, kita berkumpul kerana ingin meluahkan rasa tidak puas hati disebabkan oleh penipuan ini. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Kelantan kerana dapat mengekalkan kemenangan kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan PAS dan beliau juga menyampaikan salam daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada Rakyat Kelantan yang tidak dapat bersama-sama pada malam ini. Ujar Datuk Ahmad Yakob menutup ucapan beliau.
Mengakhiri ucapan penutup pada malam ini Dato' Seri Anwar dalam ucapan mengucapkan jutaan terima kasih kepada TGNA kerana mentadbir Kelantan dengan baik selama ini, dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Yakob kerana dilantik Menteri Besar Kelantan yang baru.
Anwar berkata, kita pertikai kerana apa? Kerana ada bangla yang mengundi di Sabah ,seramai 63 orang dikesan di sana, dan siapa yang boleh nafikan ada ratusan ribu undi awal tanpa pemantauan, 500,000 ribu lebih undi awal dikesan tidak dikawal dan semua orang tahu berkenaan dakwat kekal , malam mengira undi dakwat kekal telah tanggal dijari Najib. Sepatutnya UMNO dan Pengerusi SPR mengakui kesilapan dan penipuan ini.
Kita bersyukur, di beberapa negeri dan di Parlimen dan DUN yang kita menang. Kita tidak pertikai hak UMNO, dan UMNO tidak boleh pertikai hak kita, kita bukan hamba abdi, rakyat ada hak.
Kita nak buat tuntutan, supaya BN menerima tuntutan kita, kalau tidak dibetulkan peraturan ini, jangan harap UMNO akan menang dalam pilihanraya akan datang. Dalam ucapannya juga, beliau mencadangkan Speaker Dewan rakyat juga perlu diubah, beliau mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Dato' Kadir Sulaiman sebagai speaker baru dan mencabar UMNO untuk mengatakan bahawa Dato' Kadir ini tidak layak menjadi Speaker Dewan yang baru.
Beliau menegaskan sekali lagi, Pengerusi SPR mesti meletakkan jawatannya, kita percaya kepada demokrasi tetapi tidak kepada penipuan, ujar beliau menutupi ucapan dengan laungan REFORMASI, REFORMASI, REFORMASI dengan sahutan daripada ribuan anak muda yang hadir pada malam ini.







SUMBER GAMBAR : FB Kelate Daily

&#39;R&#39; dapat permit anjur Black505 <b>di Ketereh</b> esok — HarakahDaily

Posted: 11 Jun 2013 04:57 AM PDT

KOTA BHARU: NGO Royalti (R) mendapat kebenaran dan permit menganjurkan perhimpunan aman Black505 mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Perhimpunan aman itu akan diadakan esok, 12 Jun di Padang Majlis Daerah Ketereh bermula jam 9.00 malam.

Penganjur yang juga aktivis R, Mohd Adnan Abdullah berkata, perhimpunan tersebut dijangka dihadiri lebih 20,000 orang untuk mendengar amanat pimpinan berhubung peristiwa Black505.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas menerima permit program berkenaan di IPD Kota Bharu Pengkalan Chepa, hari ini.

Beliau berharap dengan adanya permit yang diberikan oleh pihak berkuasa itu perhimpunan yang bakal dijalankan itu berjalan baik.

Katanya, permit berkenaan dipohon pada 3 Jun lalu kira-kira jam 2.00 petang.

Terdahulu beliau menerima kenyataan permit yang diluluskan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Superitendan Azham Othman.

"Perhimpunan itu juga akan dihadiri badan NGO seluruh negara seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Perubuhan Anak Muda Bersama Ulama.

"Pihak media pro Umno yang mendakwa program Black505 dianjurkan tanpa permit adalah tidak benar," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mewakili penganjur mengucapkan terima kasih pada pihak keselamatan kerana meluluskan permit itu.

Katanya, permit berkenaan dianjurkan bukan untuk merusuh sebagaimana yang didakwa oleh pihak berlainan politik, sebaliknya untuk pencerahan, untuk menyatakan betapa rakyat mengharapkan PRU yang adil.

Harakahdaily.net


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads