03 di pulau melaka - Google Blog Search |
- Kampungku: PESAWAT RINGAN TERHEMPAS <b>DI PULAU MELAKA</b>
- Gegaran dirasai <b>di Pulau</b> Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan <b>Melaka</b>
- BLOG KELANTAN: 03 <b>di pulau melaka</b> - Google Blog Search
Kampungku: PESAWAT RINGAN TERHEMPAS <b>DI PULAU MELAKA</b> Posted: 25 Jul 2013 07:22 AM PDT Sebuah pesawat ringan milik Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) terhempas di perairan Selat Melaka berhampiran Masjid Selat, Pulau Melaka di Melaka semalam. Dua lelaki bersama juruterbang wanita yang berada dalam pesawat jenis Piper PA-28 itu bagaimanapun hanya cedera ringan dalam kejadian pada 8.26 malam. Mereka ialah Kapten Shar Rom, 27, (juruterbang) serta pembantu juruterbang Fairol Kamil, 23, yang juga anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, dan Soh Sien Shoong, 22. Soh, yang berada di tempat duduk bahagian belakang pesawat, dilapor mengalami calar di belakang badan sementara Shar cedera di kening manakala Fairol cedera ringan. Mereka kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Ketua Balai Bomba Jalan Kubu Yazid Mohd Tahir, ketika ditemui pemberita, berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.41 malam sebelum tiba seminit kemudian dengan satu jentera dan sebuah bot bersama 15 anggota penyelam. Beliau berkata Shar dan Soh berenang kira-kira 400 meter ke pantai sebelum mendapatkan bantuan orang ramai, termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron, yang berada di Masjid Selat. Katanya, bomba kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan Fairol sebelum menemui mangsa yang terapung pada 9.30 malam. "Ketika tiba di lokasi, mangsa tidak berpaut pada apa-apa dan menggunakan lampu suluh bagi membantu pihak bomba mengesan kedudukannya," katanya sambil menambah punca kejadian masih disiasat. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata polis marin dan bomba akan menyambung operasi mengesan pesawat yang terhempas selepas menamatkan operasi pada 11 malam. - Bernama | ||
Gegaran dirasai <b>di Pulau</b> Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan <b>Melaka</b> Posted: 02 Jul 2013 05:14 PM PDT Posted on July 3, 2013, Wednesday KUALA LUMPUR: Gegaran dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka berikutan satu gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter di Sumatera Utara, Indonesia pada jam 3.37 petang semalam. Jabatan Meterologi dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 65km Barat Daya dari Lhokseumawe, Indonesia dan 385 kilometer Barat Daya dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan. Di Pulau Pinang, lebih 100 orang yang berada di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) keluar dari bangunan itu setelah merasai gegaran bangunan setinggi 65 tingkat itu. Seorang saksi, Nurul Amarlina Mohamad Adam Yap, 25, berkata beliau terasa pening selama beberapa minit dan tidak menyangka ia adalah kerana gegaran bumi. "Saya ingat saya yang pe-ning, kemudiannya ramai yang terasa juga dan baharu kami sedar berlaku gempa bumi," katanya di sini. Sementara itu, jurucakap Balai Bomba Jalan Perak ketika dihubungi berkata pihaknya menerima banyak panggilan mengenai gegaran itu dan mengesahkan ianya adalah akibat gempa bumi di Sumatera Utara. "Bagaimanapun tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan setakat ini bomba tidak menerima sebarang panggilan kecemasan," kata beliau. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. | ||
BLOG KELANTAN: 03 <b>di pulau melaka</b> - Google Blog Search Posted: 21 Jul 2013 01:15 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di pulau melaka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan