03 di pasir mas - Google Blog Search |
- .: Kegiatan Membeli Undi Sudah Bermula <b>di Pasir Mas</b>? - MSO
- .: Liang Lahad Politik <b>di Pasir Mas</b> Perlu Diperluaskan - MSO
- .: Akhirnya Nik Abduh Jatuh <b>di Pasir Mas</b> - MSO
.: Kegiatan Membeli Undi Sudah Bermula <b>di Pasir Mas</b>? - MSO Posted: 21 Apr 2013 05:49 AM PDT BERITA Awas kegiatan membeli pengundi di Pasir Mas sudah pun bermula. Maklumat risikan bebas memberi tahu ada orang tertentu telah berjumpa dengan individu atau pun pemimpin masyarakat yang tidak tegar kepada parti kerajaan menawarkan wang dengan jumlah tertentu. Sasaran utama kumpulan 'pengandal dacing' ialah tok penghulu dan tok imam atau pun kumpulan-kumpulan samseng kampung. Mereka ditawar dengan wang sebanyak RM500 hingga RM1000 agar mengundi calon tertentu. Mereka yang sedia menerima tawaran berkenaan diminta bersumpah dengan menyebut; walahi, wabillah dan watalahi. Menurut risikan 'pengandar dacing' ini akan memasuki ke kampung dan berjmpa dengan sasaran mereka. Mereka bergerak secara senyap dan mendekati pengundi secara halus dan normal. Semua pihak di Pasir Mas harus berwaspada dengan fenomena ini. Pasir Mas sejak dulu lagi dikenali dengan kawasan yang mengamalkan politik dajal. Politik dajal hebat berlaki di dalam Umno Pasir Mas. Bekas ketua bahagian Pasir Mas pernah mndedahkan nilai jawatan-jawatan yang dipertandingkan di Pasir Mas dengan jumlah tertentu. Misalnya untuk menjadi ketua bahagian saja memerlukan RM500 ribu, untuk jadi timbalan RM300 ribu atau naib ketua RM150 ribu. Untuk menjadi kumpulan G7 perwakilan ke Umno sahaja memerlukan sekurang-kurang RM50 ribu. Adalah dipercayai politik wang berkenaan menular ke luar Umno dan turut menjadi amalan dalam pilihan raya. Politik dajal hendak dibersihkan dari bumi Pasir Mas waima di kalangan Umno sendiri harus menolaknya. Selagi ia dibiarkan maka selama itulah bumi Pasir Mas tidak akan suci dan bersih dengan politik dajal. [wm.kl.8:48 pm 21/04/13] |
.: Liang Lahad Politik <b>di Pasir Mas</b> Perlu Diperluaskan - MSO Posted: 15 Apr 2013 10:28 PM PDT ULASAN AWAL Najib Razak melakukan kesilapan besar dalam memberi peluang kepada bukan ahli Umno untuk bertanding bagi memastikan partinya terus berkuasa dan dia sendiri akan menjadi perdana menteri. Apabila Najib memberi laluan kepada 'si laba-laba hutan' Zulkefli Nordin bertanding di Shah Alam tetapi menafikan si Salentia alias Inchek Ibrahim Ali untuk mendapat by di Pasir Mas, ia boleh dianggap sebagai 'istidraj' buat Umno. Zulkefli adalah naib presiden Perkasa(m), manakala Salentia atau Ibrahim adalah presiden. Sepatutnya presiden diberikan keutamaan tetapi tidak timbalan presiden. Zulkefli yang dikenali sebagai Zul 9/10 akan berdepan dengan Khalid Samad di parlimen Shah Alam. Jelas apabila Umno mengirimkan bukan ahlinya untuk berdepan dengan calon PAS, parti berkenaan kehabisan modal.Pencalonan Zul 9/10 ini juga membuktikan Umno tidak menghormati calon atau tokoh tempatan Shah Alam. Tahun 2004 dan 2008 Umno meletakkan si konspirator menjahamkan Anwar Ibrahim, Abdul Aziz Shamsuddin di Shah Alam. Ini bermakna sudah tiga kali pilihan raya umum Umno Selangor gagal menurunkan tokoh tempatan dan sekaligus menunjukkan Umno Selangor kekeringan tokoh. |
.: Akhirnya Nik Abduh Jatuh <b>di Pasir Mas</b> - MSO Posted: 16 Apr 2013 06:19 AM PDT BERITA MUTAKHIR Perjalanan jauh dan berliku putra politik Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh dalam mencari pengkalan perjuangan akhirnya ternokhtah di di Pasir Mas. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu yang sebelum ini diarak ke beberapa kawasan akhir muktamad hari ini beliau akan beradu nasib di Pasir Mas.Agak malang sedikit hasrat orang ramai untuk melihat Nik Abduh berdepan satu lawan satu dengan Inchek Ibrahim Ali tidak menjadi kenyataan apabial Ibrahim 'dikehak' pula oleh Umno dengan 'gereok' dan tidak mengambilnya menjadi calon. Sebelum ini ramai pemerhati mahu melihat perlawanan di antara kedua mereka. Abduh dihantar ke Pasir Mas dengan harapan akan merampas kerusi PAS yang 'terpajak tanpa cagar' kepada Ibrahim itu. Sebelum ini Abduh diarak ke beberapa kawasan kerana bimbang tidak mampu untuk berlaga dengan Ibrahim. Undangan untuk Abduh bertanding di Rantau Panjang sempat menjadi 'geger gegak' apabila Siti Zailah Yusuf yang menyandang di kerusi berkenaan keberatan untuk melepaskan kerusi berkenaan, Bahkan Siti Zailah sempat mengancam untuk rela tidak bertanding jikalau beliau dipindah dari Rantau Panjang. Katanya ada juga kata-kata terkeluar haram baginya memijak tanah Pasir Mas. Tidak sangka si hawa ini pandai juga mengugut.Sikap Zailah itu menimbulkan tanda tanya kerana beliau dilihat seorang lemah lembut, wanita setia dan akur kepada kehendak pimpinan namun bila saat diuji beliau gagal juga. Namun kini Zailah boleh senyum panjang kerana beliau dikekalkan di Rantau Panjang. Diharap beliau akan menang dengan majoriti lebih 6,000 dan menjadi calon yang mencatat majoriti terrtinggi. Peluang untuk Abduh menang di Pasir Mas cerah apabila berlaku pertandingan tiga penjuru. Umno meletakkan Che Johan Che Pa. Johan juga merupakan anak buah Ibrahim Ali. Justeru timbul juga pertanyaan apakah Johan akan 'mengkhianati' amanah parti dengan memberi laluan kepada Ibrahim secara tektikal? Dalam pada itu seorang lagi pemimpin muda PAS, Marzub Shaari diberi amanat untuk mempertahankan kerusi parlimen Bachok. Cabaran besar untuk Marzub di sini kerana beliau akan berhadapan dengan Awang Adek Hussein. Sebelum ini nama bekas Ketua Pemuda Umno Zayadi Awang Nuh meniti dari bibir ke bibir akan dicalon untuk berhadapan dengan Awang Adek. Awang Adek katanya sudah gementar mendengar nama Zayadi. Kini Awang Adek boleh menarik nafas lega. Marzub bukan lawannya sebenar sebaliknya boleh dianggap sebagai sentri politiknya di Bachok. Namun kalau sentri ini mendapat sokongan padu khasnya dari puak Zayadi yang kebanyakanya orang Umno Marzub boleh menang. PAS akan mengumumkan calon-calonnya untuk semua kerusi DUN dan Parlimen malam besok bertempat di Machang. [wm.kl.8:57 pm 16/04/13] |
You are subscribed to email updates from di pasir mas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan