03 di pasir mas - Google Blog Search |
- Pemilihan Umno: Persaingan Sengit <b>di Pasir Mas</b> - Kota Bharu News
- Pemilihan Umno: Orang Akan Tanya 'Apa Ada <b>Di Pasir Mas</b>'
- Nasi Air (Bubur nasi) special <b>di Pasir Mas</b> – updates… | cikjoi's Blog
Pemilihan Umno: Persaingan Sengit <b>di Pasir Mas</b> - Kota Bharu News Posted: 17 Sep 2013 03:09 AM PDT Sebelum ini terdapat perkhabaran bahawa jawatan-jawatan seperti Ketua Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri bakal direbut dan ia menjadi bualan hangat dalam kalangan perwakilan cawangan. Kejutan jawatan Ketua Bahagian. Sebelum ini, ramai perwakilan meramalkan jawatan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas yang disandang Datuk Hanafi Mamat tidak akan dicabar selepas beliau mengumumkan bersedia mempertahankan jawatan itu. Namun jawatan itu dikatakan bakal dicabar oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas sekarang ini, Johan Che Pa yang dikhabarkan mendapat sokongan padu 'orang kuat' Pasir Mas. Johan dijangka mengumumkan keputusan sama ada akan bertanding atau tidak pada saat akhir, iaitu sebelum tarikh akhir penyerahan borang pencalonan dan tindakannya dilihat memberi tamparan hebat kepada Hanafi dalam usahanya untuk terus kekal menerajui kepimpinan Umno Bahagian Pasir Mas. Kredibiliti kedua-dua calon tidak perlu dipertikaikan kerana masing-masing mempunyai peluang seimbang pada pemilihan parti itu nanti. Bagaimanapun, Hanafi dilihat mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan jawatannya kerana tindakan Johan menarik diri dari bertanding pada PRU13 bagi memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali dilihat sedikit menjejaskan reputasinya. Tindakan beliau (Johan) dilihat seperti 'mengkhianati' kepercayaan penyokong Umno yang ingin melihat parti itu menawan semula Parlimen Pasir Mas. Penyandang jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Mas, Rita Sarbanon Ismail telah mengumumkan akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan kali ini. Bagaimanapun, beliau dikatakan bakal dicabar oleh isteri kepada seorang kenamaan yang turut berminat untuk merebut jawatan berkenaan, untuk berkhidmat di Parlimen Pasir Mas. Seandainya benar, Rita Sarbanon dijangka berdepan saingan sengit daripada calon yang bergelar 'datin' itu dan kedua-duanya perlu bekerja keras dalam usaha memastikan kemenangan pada pemilihan berkenaan. Pertandingan empat penjuru Sementara itu, persaingan empat penjuru bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Mas menjadi isu hangat dalam kalangan perwakilan setelah penyandangnya, Najib Rasdan Abdul Rahman tidak mempertahankan jawatan itu berikutan faktor had umur. Antara nama-nam yang menyatakan kesediaan merebut jawatan itu adalah Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Mas, Mohamed Fareez Nor Amran dan tiga muka baru, iaitu ahli perniagaan, Noor Hariri Mohamed Noor; guru merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B Pasir Mas, Rizduan Ibrahim dan Nor Azmawi Ab Rahman. Noor Hariri dilihat paling aktif turun ke peringkat akar umbi melalui pelbagai program yang dirangka untuk mendekatkan diri dengan pemuda di Pasir Mas dan kredibiliti pemimpin muda yang mesra dengan panggilan 'abe' itu memberi kelebihan kepadanya. Bagaimanapun, Noor Hariri dijangka tetap menerima tentangan sengit daripada Mohamed Fareez yang berpengalaman luas dalam pergerakan pemuda dan Nor Azmawi sebagai anak saudara kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Mas. |
Pemilihan Umno: Orang Akan Tanya 'Apa Ada <b>Di Pasir Mas</b>' Posted: 17 Sep 2013 04:33 AM PDT Tapi saya tanya 'Apa ada di dalam UMNO?' Pemilihan Umno: Persaingan sengit di Pasir Mas |
Nasi Air (Bubur nasi) special <b>di Pasir Mas</b> – updates… | cikjoi's Blog Posted: 10 Sep 2013 01:37 AM PDT There's this restaurant at Pasir Mas, Kelantan which served nasi air (bubur nasi) from noon to evening or until it sold out – I was told as early as 4pm… I really like the nasi air. Selalunya nasi air di Kelantan will be served with soup (separately or with soup poured into the nasi air); but this particular nasi air dont have soup as part of it's condiment/element. This is like the bubur nasi yang biasa dimakan di Pantai Barat – more like Chinese congee served in hotels for breakfast. What I like about it is that the flavour is near perfect… buburnya memang berperisa, rencah atau condiment yang dicampur only enhanced the taste, flavour & texture. Makan as it is served dah sedap.. although they do have some cili in kicap and chilli flakes for added spicyness. Sedap la… Aku sanggup pegi sorang2 makan & tapau bawak balik lagi… hehe.. The name – Restoran Kelantan Thai. Location? Just before Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pasir Mas – on your right. Ada 7-E jugak berdekatan. It's easy to miss if you're not carefull. No pictures of the front of the restaurant tho…. Asyik terlupa nak amik gambar depan restoran ni…. Next time I will update with a photo … Close on Friday. Open before noon. Regular customers are actually the school kids..!! Budak2 sekolah rendah & menengah nearby… Itu yang pique my curiosity & made me order it the first time… I'm hooked ever since… Upate: Here's a photo of the restaurant: Restoran ni also served other hot dishes ala carte like tom yam, lauk-pauk & makanan goreng. Sedap juga lain-lain pon… I like their kerabu sotong… lembut sotongnya dan flavorful too. But I usually only come for the nasi air/bubur. Update: Here's a photo of other dishes there – udang goreng tepung… crispy thin crust on the outside and juicy on the inside. Nicee…. Yang gambar ni nasi air special. Ada tambahan udang, sotong & perfectly poached egg..!! Regular nasi air contains shredded chicken & ikan bilis. Price? Okay..special price for the regular customers – the school kids – only RM2.50. Regular nasi air – only RM3.00. And the special nasi air that I always ordered? Only RM4.00. |
You are subscribed to email updates from di pasir mas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan