Sabtu, 12 Oktober 2013

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Majlis persandingan Abby Abadi <b>di Tumpat</b> seperti ala zaman 80-an <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2013 07:46 AM PDT

Manis dan bahagia apabila lihat daripada foto-foto yang dimuat naik oleh Abby bersama suaminya yang di dalam laman Instgraram miliknya itu.

Abby Abadi Bersanding Ala 80-an Di Kampung Suami 

Jika pada tanggal 1 September lalu, Abby Abadi dan suami, Farhan telah selamat diraikan dalam majlis persandingan di kediamannya di sekitar ibu negara, kelmarin pasangan ini diraikan pula oleh keluarga pihak lelaki dalam satu majlis persandingan di kampung suaminya di Tumpat, Kelantan.

Meskipun pasangan ini bersanding dengan cara yang agak sederhana, tetapi terpancar kebahagiaan di wajah mereka apabila anak-anak Abby turut bersama meraikan.

Pasangan merpati dua sejoli itu mengenakan baju kurung dan baju Melayu rona hijau muda.
Malah, Abby juga sempat memberitahu bahawa baju yang dipakai ketika bersanding itu dibelinya sehari sebelum majlis kerana baju yang sepatutnya dipakai pada hari itu, tidak hadir dengan tudung.
Abby memberitahu lagi, walaupun gaya bajunya tampak seperti majlis perkahwinan zaman 80-an, namun dia sukakan persalinan itu.
Asalkan dia dapat memakai pakaian lengkap menutup aurat.
Selain gambar bersama anaknya, Abby sempat berkongsi gambar bersama keluarga besar suaminya di Kelantan.
Apa yang pasti, kita semua tumpang gembira dengan pasangan ini dan berharap agar perkahwinan mereka dapat kekal hingga hujung nyawa.
Semoga perkongsian artikel ini beri maklumat pada anda...
Anda dibenarkan ambil apa sahaja kandungan dalam blog ini.Happy blogging.

Selamat berbahagia Abby :)


" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Gambar persandingan Abby Abadi dan Farhan <b>di Tumpat</b>, Kelantan

Posted: 10 Sep 2013 04:10 PM PDT


Gambar persandingan Abby Abadi dan Farhan di Kelantan - Sebelum ini admin telah berkongsi beberapa keping gambar majlis resepsi perkahwinan Abby Abadi dan Farhan yang berlangsung di rumah pihak perempuan di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada 1 September lalu.

Semalam pula satu lagi majlis persandingan telah berlangsung di rumah pihak lelaki di Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan. Acara tersebut disambut dengan amat meriah dan gembira tatkala keluarga Farhan senang hati menerima kedatangan keluarga Abby Abadi.

Berikut ialah sekeping gambar sekitar majlis persandingan Abby Abadi dan Farhan yang amat santai dan bersahaja. Kedua-dua mempelai kelihatan begitu gembira, tersenyum lebar dan terpancar sinar kebahagian sejati. Tahniah sekali lagi admin ucapkan kepada pasangan romantik ini.

bancuh: Berita kematian akibat letupan <b>di Tumpat</b>, Kelantan......

Posted: 11 Aug 2013 03:23 AM PDT

Lelaki terbunuh bila bungkusan diambil meletup
TUMPAT: Seorang lelaki terbunuh apabila bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya meletup dalam kejadian di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata kejadian berlaku pukul 11 pagi ketika Mohd Yusrizal Mat Zain, 32, cuba mengambil bungkusan yang diletak di atas bumbung MPV milik abang iparnya.

"Letupan berkenaan menyebabkan mangsa cedera parah di kedua-dua tangan serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Mohd Yusrizal yang berasal dari Kampung Kenor, Kuala Krai dan bertugas sebagai kerani di Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai, dikatakan tiba di rumah mentuanya itu malam semalam bagi meraikan Aidilfitri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia empat bulan.

Sementara itu abang ipar mangsa yang enggan dikenali, berkata bungkusan berwarna hitam berkenaan disedari isteri mangsa ketika membuka pintu rumah yang kemudian memaklumkan kepada mangsa.

Mangsa kemudian keluar daripada rumah untuk mengambil bungkusan itu sebelum mereka terdengar bunyi letupan, katanya.

Seorang jiran, Kamaruddin Che Mat, 56, yang sedang berehat di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan kuat dari arah rumah mentua mangsa.

"Ini disusuli rasa bergegar, kemudian saya terdengar jeritan meminta tolong, saya pergi ke arah jeritan meminta tolong itu dan nampak seorang wanita iaitu isteri mangsa duduk dekat mangsa," katanya.

Ketika berita ini ditulis, polis masih membuat siasatan di tempat kejadian. Menurut Lai kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads