Sabtu, 12 Oktober 2013

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Restoran Ikan Bakar <b>di Wakaf Che Yeh</b> | JAAkechik CORNER

Posted: 06 Oct 2013 09:08 PM PDT


Makan-makan di Restoran Ikan Bakar di Wakaf Che Yeh. ini dah kali ke-4 jaa mai sini kot. jaa sekarang ni kalo rasa nak makan ikan bakar, memang akan terjah kedai ni lah. dah jadi kedai pebret pulak. kekeke.

jaa suka makan ikan bakar kat sini disebabkan, pilihan pencicah yang banyak dan sedap. especially jenis sambal lada tuh. masam-masam, manis-manis, pedas-pedas, memang kicked-lah! my laki lak suka cicah air asam.

pilihan ulam-ulam pun banyak, leh pilih memacam. dari yang ulam mentah hingga ke jenis yg celur/rebus. tapi kami amik sikit jer, sbb makan berdua je pun. itu pun tak kehabisan, membazir pulak. hukhuk.


untuk air kami order laici dan carrot susu. tapi lam gambar buah laici non hado sebab fikri dah makan. haha. pebret dia air laici skang ni. 2-3 biji laici yg ada tu, kejap je licin. milo pun dia suka, tp jaa tak order, sebab risau kot kena bajuuu... so, nak selamat pilih laici. tumpah pun takde kesannya.. wehihi...


untuk ikan bakar jaa pilir seekor ikan kerisi. jaa suka ikan kerisi sebab isi dia lembut. ermm... rasa rugi lak malam tu amik seekor, sebab rasa isi dia manis dan lembuttt sangat. len kali kena amik 3 ekor. baru puas hati nak makan dan ratah. ngeeee!

amik jugak separuh ikan pari yg besarrr nih.. ni pebret my laki nih... jaa kureng benornya makan ikan pari. selepas dah kawin ni baru jaa suka makan. sebabnya en.suami alwez dok sogok kata sedap. try ler makan, hrmmm pastu terusss jatuh chenta and jadi poojaaan hati daku... hahaha...


order gak tomyam untuk dibuat kuah. tapi sayang, rasa dia tersangat-lah failed. langsung tak sedap. serba tak kena di tekak jaa nih. rugiiii je order.... kalo tahu, konfem rejected awal-awal lagi. haishhh, sabor jer lah....

BLOG KELANTAN: 03 <b>di wakaf che yeh</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Aug 2013 03:30 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pondok Rahmat: <b>WAKAF CHE YEH</b> DALAM CEBISAN-CEBISAN <b>...</b>

Posted: 19 Aug 2013 06:26 PM PDT

WAKAF CHE YEH DALAM CEBISAN-CEBISAN MEMORI


Wakaf Che Yeh dari sebuah kampung telah bertukar wajahnya menjadi sebuah daerah perdagangan yang kian pesat membangun yang menjadi sebutan setiap rakyat Kelantan dan juga menjadi tumpuan pelacung-pelancung yang datang dari luar Kelantan untuk mencari berbagai-bagai keperluan yang mereka hajati.

Wakaf Che Yeh letaknya kira-kira 4 km dari bandar Kota Bharu, kini sedang berkembang pesat menjadi sebuah pusat perniagaan yang sedang berkembang. Letakya di tepian jalan raya Kota Bharu-Kuala Krai, dan KB- Pasir Mas. Bila  sampai ke simpang tiga trafik light Wakaf Che Yeh, kalau dari KB, dan mengambil simpang kanan, melalui Jalan Salor lama kita akan sampai ke Kampng Kota dan boleh balik semula ke KB melalui Kg. Sireh ataupun terus ke Pasir Mas atau ke Rantau Panjang, atau ke Tanah Merah, atau keTumpat menerusi Jalan Salor lama.















Dulunya semasa saya belajar di Sultan Ismail College di sekitar penghjung tahun 1960an dan awalan tahun 1970an setiap hari ketika mengayuh basikal untuk ke sekolah sejauh kira-kira 8 batu, saya melalui Kg. Wakaf Che Yeh. Pada masa itu ia hanya berupa sebuah kampung di tepi jalan yang sepi, hanya ada beberapa buah kedai, rumah kediaman dan kalau tidak silap saya sebuah pasar kecil tempat menjual berbagai-bagai jenis barangan keperluan harian. Sepajang belajar itu saya pernah beberapa kali berbasikal melalui Wakaf Che Yeh untuk balik ke rumah saya di Kg. Salor, seorang diri lewat malam dengan menunggang sebuah basikal tua yang tidak berlampu, di mana saya terpaksa menggunakan sebuah lampu picit yang diikat pada handel basikal untuk menerangi jalan.

Saya teringat juga, menurut seorang kawan saya, nama Wakaf Che Yeh itu adalah nama kepada salah seorang keluarganya yang terkenal pada suatu ketika dahulu. Untuk mengetahui lebih lanjut, nama Wakaf Che Yeh terpakasalah membuat penyelidikan yang khusus.














Salah seorang keluarga saya juga pernah menetap di Wakaf Che Yeh di seberang jalan di hadapan stesen Radio Malaysia  sebelum berpindah ke tempat baru, dan menjadikan rumah kediamanya itu sebagai rumah sewa sampai ke hari ini.

Sejak itu stesen Radio Malaysia Kota Bharu telah mengalami beberapa kali pertukaran namanya, seperti Radio 3 Kota Bharu [1993], Radio Malaysia Kelantan [1996], dan Kelantan FM [1 April 2005]. Nama yang akhir ini terus berkekalan hingga sekarang.

 
Pada suatu ketika dahulu hampir setiap minggu saya pergi ke Stesen Radio Malaysia Kota Bharu, kerana menemani isteri, Allahyarahmah Asiah Yaacob [semoga Allah cucuri rahmat ke atasnya] yang ada urusan di sana, terutama jika urusan itu pada waktu malam. Justeru itu pada peringkat awalannya itu, kami mempunyai ramai sahabat handai yang bertugas di situ, antaranya Ahammad Latif, Azhar Hj. Ahmad, Hussein Ibrahim, Rahim Hj. Ahmaed, Mahadi, Hasnah Muhammad, Rashid, Abdul Hadi dan ramai lagi. Di samping itu ramai para artis yang terdiri dari para pelakon radio  luar pula yang kami temui dan menjadi sahabat kami. Antara mereka ialah Zakaria [Pak Ya], Cik Gu Mustaffa, Cik Gu Latif, Cik Muda, Ismail Awang, Hamidah, Ustazah Zaleha, Habsah dan ramai lagi.

Malah kami juga pernah menyumbangkan skrip-skrip drama untuk siaran Radio Malaysia Kota Bharu. Pada masa itu selain daripada siaran drama yang biasa, terdapat sebuah drama daerah setiap minggu yang populer di kalangan penduduk di Kelantan, yang namanya telah saya lupa buat waktu ini.

Dengan adanya stesen Radio Malaysia ini, Kg. Wakaf Che Yeh menjadi terkenal bukan sahaja di Kota Bharu, tapi di seluruh Kelantan khasnya, dan di seluruh Malaysia amnya. Kemudian dibina pula sebuah klinik kerajaan, iaitu Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh di seberang jalan bangunan stesen Radio Malaysia itu, menambahkan lagi meriahnya kehidupan di Wakaf Che Yeh.

Ajaran Sesat

Saya masih ingat lagi sekitar tahun 1978, di Wakah Che Yeh telah gempar dengan kemunculan suatu ajaran agama yang bercanggah dengan ajaran Islam yang murni. Tegsnya ajaran sesat yang menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenarnya.

Menurut dakwaan pengikut-pengikut ajaraan tersebut mereka adalah pengikut ajaran Tarikah Nasqabandiah konon. Antara ciri-ciri ajaran tersebut yang dikatakan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya ialah:

-Segala amal ibadat yang dilakukan hendaklah melalui Maha Guru, tegasnya hendaklah diniatkan segala amal ibadat itu diserahkan kepada Maha guru, bukan kerana Allah.


-Sebelum solat hendaklah berniat kepada Maha Guru dan bersyukur kepadanya, bukan kepada Allah.

-Sembahayang sunat wuduk dan sunat taubat diwajibkan kepada pengikut-pengikutnya sebelum solat lima waktu.

-Qiblat kepada pengikut-pengikut ajaran ini ialah di Medan Indonesia, sementara Qiblat di Mekah kepada mereka tidak penting, dan dinggap hanya sebagai kulitnya sahaja. Justeru itu pengikut-pengikut ajaran ini pergi ke Medan untuk bersuluk, kerana bagi mereka pergi ke Medan lebih utama daripada pergi ke Mekah. Mana-mana daripada pengikut mereka yang telah pergi ke Mekah akan menyesali perbuatan mereka itu. Di mana tempat tumpuan mereka di Medan itu tidak dapat dipastikan.

-Kepada pengikut-pengikut ajaran ini ketika solat tidak perlu membaca mana-mana ayat al-Quran, baik secara nyata ataupun perlahan, hanya memadai dengan membaca dalam hati sahaja.

-Sebelum tidur, pengikut-pengikutnya terlebih dahulu diperlihatkan foto gurunya, dan dikehendaki sentiasa mengingatinya. Kemudian ketika tidur hendaklah tidur seperti orang mati, berselimutkan kain putih dan di hadapan khalifah mereka.

-Ketika seseorang dalam nazak hendak mati, tidak perlu diajar mengucap kalimah Syahadah, malah dibiarkan begitu sahaja.

-Pengikut-pengikutnya minum sejenis air yang dipanggil air tujuh bila hati mereka tidak tenteram. Air tujuh ini didakwa berasal daripada air basuhan pembedahan dada Nabi Muhammad saw. yang didakwa diperolehi secara turun menunrun menerusi Guru di Medan yang ke-35 waktu itu. Pada masa hendak minum air tujuh itu hendaklah diniatkan kepada Maha Guru.

-Pengikutnya-pengikutnya percaya di hari Kiamat Mahaguru mereka  membawa bendera dengan diikuti oleh pengikut-pengikut mereka ke hadapan Nabi Muhammad SAW.

-Pengajaran tarikah ini tidak boleh diberitahu kepada sesiapapun selain daripada ahli-ahlinya sahaja.

Masa mereka beramal ialah pada malam Selasa dan malam Jumaat selepas sembahayang Isyak, yang didakwa  serentak dengan amalan yang dibuat oleh khalifah di Rawang Selangor dan juga Mahaguru di Medan.

Tapi pada masa tersebut, pehak berkuasa tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana tidak mempunyai cukup bukti dari segi perundangan.

Walau bagaimanapun, kita harap ajaran sesat ini telah lama berkubur dan pengikut-pengikutnya pun telah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum mereka meninggal dunia. Cuma yang perlu diingati ialah jika bertemu dengan ajaran seperti itu ataupun seiras dengannya, maka berhati-hatilah, kerana ajaran-ajaran sesat itu sentiasa ada di sepanjang zaman dalam berbagai-bagai cara, bentuk dan nama.

Berkembang Pesat

Lagipun Wakaf Che Yeh hari ini telah berkembang dengan pesatnya dengan berbagai-bagai pembangunan, sebagai sebuah pusat perniagaan. Sedangkan sebelum itu Wakaf Che Yeh hanya mempunyai beberapa kedai di tepi jalan, sebuah setesen minyak, Sstesen Radio Malaysia  dan sebuah bangunan  Lee Rubber yang sekian lama menimbulkan masalah yang perit kepada penduduk di sekiar kerana mengeluar bau yang busuk. Tapi Lee Rubber sudah tidak ada lagi, sudah berpindah ke Ulu Kelantan  menyebabkan penduduk Wakaf Che Yeh dapat hidup lebih selesa tanpa bau busuk getah yang menganggu sepanjang masa, malam dan siang.







Sejak beberapa tahun yang lalu Wakaf Che Yeh mempunyai sebuah pasar terbuka yang mempunyai keluasan tapak suku ekar. Pagi dinamakan pasar borong, sebelah siang dinamakan pasar basah dan sebelah malam dinamakan pasar malam.

Berbagai-bagai aneka barangan dijual di sini, termasuk aneka makanan, makanan ringan, buah-ketuah, sayur-mayur, makanan laut dan darat, aneka pakaian lelaki dan perempuan, peralatan rumahtangga, aksesori kereta, kasut baru dan kasut bundel, aneka jam dan beg-beg orang lelaki dan perempuan.



Ia juga dilengkapi dengan prasarana hotel, premis perniagaan, kedai-kedai makan, klinik swasta dan sebagainya.

Pasar malamnya pula meriah, setiap malam ramai dikunjungi orang, termasuk orang-orang tempatan dan juga pelancung-pelancung dari luar Kelantan yang tidak mahu ketinggalan mengujungi pasar malam itu. Lebih meriah lagi pada setiap hujung minggu pasar malam itu dibuka hingga pukul 2 atu 3 pagi, malah menjelang Hari Raya setiap tahun pasar malam itu menjadi lebih meriah kerana dibuka sampai waktu subuh.

Waktu yang paling sibuk di pasar malam Wakaf Che Yeh ialah malam hujung minggu, musim cuti sekolah dan malam Hari Raya Puasa di mana manusia akan berjejal-jejal untuk berbelanja, membeli mana yang mereka sukai..

Saya teringat pada suatu malam, ketika saya berdiri di sebuah kaki lima menunggu anak-anak sedang membeli-belah, seorang anak muda mendekatii saya dan berpesan, "Pak Cik, hati-hati dengan kereta pak cik. Semalam sebuah kereta telah lesap di hadapan ini", dia menunjukan tangannya ke arah hadapan di mana kami berdiri. Dia juga menyebut jenama kenderaannya, dan mendakwa kereta yang hilang itu milik keluarganya yang diprkir di situ. Di mana-mmanapun ada orang jahat, yang sentiasa mengambil kesempatan untuk melakukan kejahatan, terutama di tempat-tempat kunjungan ramai seperti itu. Tanggungjawab kita ialah berhati-hati dan berwaspada dan mohon perlindungan kepada Allah.

Kita berharap pehak berkuasa hendaklah sentiasa awas dan waspada supaya segala kemudahan-kemudahan yang disediakan di situ tidak dipersalagunakan untuk tujuan-tujuan yang tidak bermoral dengan mengadakan kegiatan-kegiatan haram dan bercanggah dengan agama. Di tempat-tempat keramaian seperti inilah biasanya amat disukai oleh golongan tidak bermaruah untuk menangguk di air keruh walaupun menerusi cara dan dagangan yang haram.

Semoga kita sentiasa membangun bersama Islam, lahir dan batinnya dalam setiap urusan hidup kita, di sepanjang masa, siang dan malam.

Harian Detik: <b>Wakaf Che Yeh</b>: Suasana Malam Raya

Posted: 08 Aug 2013 01:56 PM PDT

WAKAF CHE YEH: SUASANA MALAM RAYA
KOTA BHARU, KELANTAN: SETIAP kali musim perayaan khususnya malam Hari Raya Aidilfitri di Wakaf Che Yeh dekat sini, orang ramai ramai khususnya perantau dari luar Kelantan akan bertumpu di kawasan ini untuk membeli pelbagai barangan persediaan hari raya yang akan jatuh keesokkannya. Keadaan ini akan menyebabkan pekan Wakaf Che Yeh hiruk-pikuk dengan suara pengunjung apatah lagi keadaan lalu lintas jalan juga menjadi sendat dan sesak.
Di antara barangan yang dijual di Wakaf Che Yeh meliputi pelbagai jenis pakaian dengan harga yang agak murah kerana barangan berkenaan didatangkan khusus dari negara jiran, selain makanan khususnya kek, biskut untuk hari raya, kuih-muih dan nasi serta lauk-pauk. Bukan itu sahaja, barangan pinggan mangkuk, sarung telefon bimbit dan pelbagai lagi turut dijual di sini dengan harga yang berpatutan.
Walaupun situasi yang sama ada di pusat bandar khususnya di Jalan Parit Dalam, namun pengunjung lebih mengenali Wakaf Che Yeh sebagai destinasi kunjungan utama kerana sejak awal mereka telah dimaklumkan oleh keluarga berada di negeri ini tentang tempat yang paling sesuai untuk membeli-belah dengan harga yang agak murah.
Orang ramai mula membanjiri Wakaf Che Yeh sejak waktu berbuka puasa lagi.
Keadaan lalu lintas jalan menjadi sesak di Wakaf Che Yeh di malam Hari Raya Aidilfitri.
Pelbagai jenis biskut hari raya ditawarkan dengan harga yang agak murah.
Foto ini dirakam di malam Hari Raya Aidilfitri 2013 di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan pada 7.8.2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads