03 di kuala krai - Google Blog Search |
K B B R I: AKSB gagal atasi masalah bekalan air <b>di Kuala Krai</b> Posted: 08 Oct 2013 05:52 PM PDT KOTA BHARU: Penduduk Kuala Krai terutama yang tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil didakwa hidup sengsara sejak sekian lama ekoran kegagalan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) membekalkan air bersih dengan secukupnya. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Guchil daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Roslan Puteh berkata, AKSB bukan sahaja gagal membekalkan air secukupnya secara berterusan tetapi bantuan kecemasan juga tidak dihantar dengan segera apabila aduan yang dibuat hanya akan diselesaikan selepas beberapa hari. Menurut Roslan, beliau sendiri pernah mengalami pengalaman apabila permohonannya untuk mendapatkan bekalan air kecemasan melalui lori tangki tidak diselesaikan segera sebaliknya memakan masa hampir dua hari. "Kawasan saya di DUN Guchil rakyat hidup dalam keadaan sengsara apatah lagi untuk mencapai sejahtera daripada sudut bekalan air oleh AKSB, setiap kali bekalan air terputus atau keruh AKSB akan memberi jawapan sama sejak bertahun lamanya. "Antara tanggungjawab AKSB adalah membekalkan air melalui lori tangki, terima kasih AKSB tetapi manakah rasionalnya lori dibekalkan tanpa pemandu maka jadilah lori tersebut ibarat lori hantu yang tunggu hantu buat sarang. "Pada 21 September lalu, kira pukul 2 petang bekalan air terputus di Ladang Mengkebang, Kuala Krai. Saya menelefon pejabat AKSB pada pukul 2.20 petang memohon lori tangki dihantar ke ladang tetapi lori hanya sampai pada pukul 12 tengah malam, 23 September," katanya ketika membahas Bajet 2014 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Menurut Roslan, kes terbaru turut berlaku di sebuah kampung berhampiran ladang tersebut apabila bekalan air terputus namun meskipun aduan telah disampai sehingga pukul 9 malam tadi masih belum ada bantuan diberikan. Roslan berkata, tema Bajet 2014 iaitu 'Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negeri' yang dicanangkan Kerajaan Pas Kelantan tidak akan tercapai sekiranya AKSB masih gagal mengubah operasi mereka. Sehubungan itu, beliau berharap masalah bekalan air di Kuala Krai dapat diselesaikan dan semua agensi kerajaan negeri memainkan peranan masing-masing dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan. Sumber: Utusan Malaysia | Edisi Timur | 8 Okt. 2013 |
You are subscribed to email updates from di kuala krai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan