03 di pengkalan chepa - Google Blog Search |
Perigi Timur: [FOTO] MPKB Peruntuh Warong <b>Di Pengkalan Chepa</b> <b>...</b> Posted: 06 Nov 2013 08:27 PM PST Jom pakat tengok foto-foto beberapa warong di Cabang Tiga Pengkalan Chepa telah diruntuh dan ditunbangkan dalam operasi MPKB sebentar tadi. Barangkali untuk menjadikan pekan Pengkalan Chepa setanding dengan bandar bandar besar yang bersih dari warong dan bangsal kecil yang menyakitkan mata pelancong... Fikir-fikir dan renung-renungkan.... |
K B B R I: Empat gerai makan kena roboh <b>di Pengkalan Chepa</b> Posted: 07 Nov 2013 10:09 PM PST KOTA BHARU: Sebanyak empat daripada 14 gerai di Chabang Tiga, Pengkalan Chepa dirobohkan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dalam Ops Roboh, di sini, pagi semalam. Tindakan terbabit diambil ekoran peniaga jualan minuman dan makanan itu tidak mengendahkan teguran melalui notis yang dikeluarkan memandangkan pihak MPKB-BRI tidak pernah membenarkan mereka menjalankan perniagaan di kawasan itu. Setiausaha MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, pihaknya mengambil tindakan itu selepas peniaga masih ingkar dan tetap menjalankan perniagaan walaupun diarahkan mengosongkan kawasan terbabit. "Kita sudah beberapa kali hantar notis termasuk yang terbaru pada 22 September lalu dan tamat pada 2 Oktober lalu dengan tempoh tujuh hari dan selepas itu kita beri notis secara lisan pada 29 Oktober lalu supaya pindah dan kosongkan tapak. "Kelmarin, kita beri peringatan secara lisan dan hari ini (semalam) tindakan ini diambil selepas mereka masih gagal mengosongkan kawasan terbabit," katanya, semalam. Sementara itu, Rosnazli berkata, selain menjalankan perniagaan di kawasan yang tidak dibenarkan, peniaga ini juga dikesan turut mengotorkan keadaan sekitar termasuk di kawasan sekitar yang terdapatnya monumen bersejarah yang merupakan kubu pertahanan tentera Jepun ketika zaman Perang Dunia Kedua. "Selepas kawasan terbabit dikosongkan, pihak kami dalam usaha menceriakan landskap di kawasan berkenaan dengan tanaman pelbagai pokok hiasan bagi mengindahkan tempat tinggalan sejarah itu. "Dalam kerja-kerja meroboh yang dijalankan, semua peniaga di gerai di kawasan itu memberi kerjasama yang baik dan tidak menghalang kerja-kerja merobohkan bangsal dan kesemuanya berjalan lancar," katanya. Beliau berkata ops terbabit disertai 40 anggota MPKB-BRI termasuk 20 penguat kuasa, dua anggota polis selain peralatan meroboh termasuk jentera dan lori yang digunakan untuk memudahkan urusan dijalankan. Sumber: Sinar Harian | Edisi Kelantan | 8 Nov. 2013 |
You are subscribed to email updates from di pengkalan chepa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan