ads

Jumaat, 8 November 2013

03 di manek urai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di manek urai - Google Blog Search


prksungailimau !!! pas bakal hilang <b>di</b> malaysia dan juga <b>di</b> dunia

Posted: 08 Nov 2013 04:00 AM PST


PRK Sungai Limau sudah pun berlalu,apa pun saya menerima kemenangan PAS di Sungai Limau dengan hati yang terbuka dan tenang.Tiada rungutan dan bantahan di pihak UMNO walaupun berlaku beberapa insiden yang tidak memuaskan hati.Tiada juga kedengaran rungutan dan bantahan di pihak PAS seperti dakwaan pengundi hantu,dakwat tidak kekal atau SPR tidak telus,yang sering anda dengar setiap kali pilihanraya.Mungkin PRK Sungai Limau merupakan PRK paling bersih bagi PR dan juga bagi Ambiga,kerana PAS telah menang.Pun begitu,jika PAS punya sedikit kecerdikan mereka akan tahu bahawa parti itu sebenarnya tidak menang.Malah,tiada siapa yang menang di Sungai Limau melainkan kalah semuanya.Yang kalah paling teruk adalah penduduk di kawasan itu kerana tidak dapat berhijrah ke arah yang lebih baik.saya menyatakan yang PAS telah kalah kerana majoriti yang diperolehi oleh parti itu semakin hari semakin merosot,iaitu satu trend yang dilihat berterusan sejak PRU ke-12 lagi.Di ambil contoh Manek Urai,dengan jumlah 99.3% pengundi Melayu,PAS menang dalam PRU-12 dengan majoriti 1,352 tetapi dalam PRK pada 2009 kemudiannya,PAS hanya mampu menang dengan majoriti 65.Begitu juga di Permatang Pasir dengan lebih 73% pengundi Melayu,PAS menang dalam PRU-12 dengan majoriti 5,433 tetapi dalam PRK 2009,majoriti PAS merosot sehingga 4,551. 
Trend ini menepati keputusan PRU-13 di mana PAS kehilangan 2 kerusi menjadikan parti itu memiliki 21 kerusi sahaja daripada 23 kerusi yang diperolehi dalam PRU-12.Seterusnya,dalam tempoh ini iaitu 2009 – 2013,dalam PRK Bagan Pinang,Galas,Tenang,Merlimau,Kerdau dan Kuala Besut,masing-masing menyaksikan PAS kalah kepada UMNO dengan majoriti yang meningkat sebelum menang dengan majoriti yang merosot dalam PRK Sg. Limau.Apa yang berlaku memperlihatkan parti PAS semakin hari semakin mengecil.Dengan 'pengecutan' PAS,DAP pula semakin berkembang dan semakin kuat di dalam PR.Kerusi DAP bertambah dan suara mereka juga semakin lantang mencabar agama Islam.Semakin hebat DAP mencabar Islam,semakin merosotlah sokongan terhadap PAS.Jika trend ini berterusan,tidak mustahil PAS hanya akan tinggal nama sahaja pada PRU-14 nanti dan kerusi yang dimenangi pula hanyalah di kawasan majoriti bukan Melayu.Pengundi Cina dilihat pasti akan memberi undi kepada PAS di kawasan di mana DAP tidak bertanding kerana mereka tahu bahawa hanya melalui PAS maka Ketuanan Cina dapat direalisasikan. 
Justeru,pada satu ketika nanti dan tidak lama lagi,PAS akan menjadi sebuah parti yang berdiri atas kepura-puraan seratus peratus.Ia tidak lagi layak bergelar parti Islam,tetapi lebih tepat dirujuk sebagai parti Kristian Evangelist yang berselindung di sebalik pendirian pluralis namun berpenampilan Islam. PAS yang asal akan pasti hilang.Dengan saranan Karpal agar nama agama dan bangsa pada parti dihapuskan,maka tidak mustahil,akhirnya PAS juga akan membuang nama 'Islam' bagi menepati perubahan ini.

Jawab periksa <b>di</b> hospital – Sinar Harian | Himpunan Berita

Posted: 06 Nov 2013 10:18 PM PST


Jawab periksa di hospital

KUALA KRAI – Kesakitan yang dialami akibat dipatuk ular senduk pada Isnin lalu tidak menghalang seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai, dekat sini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mohd Awub Mohd Rozi, 17 yang dipatuk ular kali ketiga tetap tabah menjawab soalan bagi Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 dengan penuh kesabaran pada sebelah pagi dan petang di atas katil dalam wad Hospital Kuala Krai, semalam.

Pelajar itu telah dikejarkan ke hospital kelmarin kerana pengsan di sekolah selepas sehari dipatuk ular dan tidak mendapat rawatan serta tidak memaklumkan kejadian kepada sesiapa.

Dia dikatakan telah dipatuk ular di kaki ketika mahu mengambil buah nam-nam atau lebih dikenali sebagai buah katak puru dalam kalangan masyarakat setempat di halaman rumahnya.

Selepas kejadian, Mohd Ayub ke sekolah seperti biasa sehingga dia pengsan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Manek Urai sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

Ketika ditemui, Mohd Ayub mengaku masih berasa pening dan terpaksa menjawab soalan peperiksaan bergantung kepada keadaannya.

"Saya jawab soalan ikut keselesaan. Adakala saya duduk dan bila rasa pening, saya baring," katanya kepada Sinar Harian.

Memperoleh keputusan 2A pada peperiksaan percubaan SPM, Mohd Ayub bakal bakal menjawab kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Biologi sebagai kertas terakhir pada 28 November ini.

Sementara itu ibunya, Umi Kalsom Mohd Zain, 39 berkata, anak sulung daripada enam beradik itu tidak memaklumkan keluarga berkenaan kejadian dan dia hanya mengetahuinya seelpas Mohd Ayub pengsan di sekolah.

Katanya, anaknya itu tidak sedar dipatuk ular senduk yang berada tidak jauh dari pokok nam-nam ketika cuba mengambil buahnya.

"Sebelum kejadian, dia memaklumkan bermimpi dipatuk ular tiga kali berturut-turut dan saya nasihatkan dia supaya buat solat hajat untuk menghindarkan perkara tidak diingini.

"Mohd Ayub pernah dipatuk ular ketika berusia 11 tahun dan juga tahun lalu. Saya doakan dia cepat sembuh serta dapat jawab soalan peperiksaan dengan tenang di dewan peperiksaan bersama rakan-rakannya," katanya.

Umi Kalsom berasa gembira kerana Hospital Kuala Krai menyediakan bilik yang selesa untuk anaknya menjawab soalan peperiksaan dan berterima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai atas kerjasama mereka.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Kuala Krai, Wan Seman Wan Bedollah turut melawat mangsa di wad hospital berkenaan, semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved