Jumaat, 8 November 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


punca kematian calon spm maahad saniah, <b>pasir puteh</b>

Posted: 06 Nov 2013 10:03 PM PST

PASIR PUTEH, 6 Nov: Seorang pelajar Maahad Saniah di sini meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang menduduki peperiksaan kertas satu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.
Kematian Nursyazwani Arifin, 17, disahkan oleh doktor sejurus diberi rawatan kecemasan di Hospital Tengku Anis kira-kira 9 pagi,  lapor Bernama.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.
Bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini.
Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini.
"Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini belia didapati sihat seperti biasa. Pagi tadi, sebelum peperiksaan beliau ceria dan sempat mencium tangan saya," katanya.
Beliau berkata Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.
"Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah," katanya yang berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal. Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak, Zawawi Othman antara yang menziarahi jenazah Allahyarham di hospital.
Pasir Puteh – "Nur Syazwani memaklumkan dia terlalu dahaga dan meminta air daripada saya sebelum kami bersama-sama masuk ke dalam dewan peperiksaan," kata Nik Nadhirah Mohd Zain, 17.
Dia rakan karib Nur Syazwani Arifin, 17, yang rebah dan tidak sedarkan diri ketika menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Anis, di sini, semalam.
Menurut Nik Nadhirah, dia tidak mengesyaki apa-apa dan beranggapan arwah mungkin dahaga atau tidak sempat bersarapan pagi.
Katanya, ketika memasuki dewan peperiksaan arwah sempat berbisik supaya menjawab dengan tenang dan yakin, menurut sumber HMetro.
"Rupa-rupanya itu pesanan terakhir daripadanya selepas kami masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Punca kematian Nur Syazwani Arifin yg meninggal dunia ketika menjawab soalan SPM semalam adalah pecah salur darah ke jantung: KP Pasir Puteh -HMetro


Salam Takziah Buat keluarga Allahyarhamah...
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads