Jumaat, 13 Disember 2013

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Sep 2013 03:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di dabong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Sep 2013 03:37 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Air Terjun Jelawang Gunung Stong <b>Dabong</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 19 Jun 2013 10:45 PM PDT

Cuti lepas, sewaktu melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Baling untuk balik ke tempat kerja suami di Tasik Kenyir, kami melalui Dabong. Kali pertama melalui Lebuh Raya Timur Barat dulu kami melalui Kota Bharu, bercuti semalamam sebelum meneruskan perjalanan ke Hulu Terengganu.

Kali ini kami melalui lain lain iaitu  jalan  Jeli – Dabong dan Sungai Sam.

Jalan Jeli - Dabong - Sungai Sam
Bagi yang tak biasa melalui jalan raya persekutuan , beginilah keadaan jalannya. Kecil dan sunyi bukan seperti lebih raya.  Jadi jangan terkejut kalau laluan yang tak pernah kita pergi itu boleh buat pengambaran sambil baring-baring  atau planking.

Sepanjang jalan  kita akan dihidangkan dengan kehijauan bukit bakau, langit yang biru bersama awan putih menggebu. Kita akan jumpa beberapa nama kampung yang unik dan menarik perhatian seperti Kuala Balah, Kampung Pak Abu, Kampung Slow Pak Long, Kampung Slow Temiang dan lain-lain.

Selepas Kampung Sungai Batu, dari jauh mata akan terpandang arah air terjun di atas Gunung Stong .  Lokasinya di Dabong iaitu sebuah pekan kecil yang terletak di Gua Musang, Kelantan.  Kalau dari arah pekan Dabong, air terjun ini boleh dilihat beberapa kilometer jauhnya.

 Air Terjun Jelawang

Tak jauh dari jalan utama, kira-kira 500 meter adalah Air Terjun Jelawang yang terletak di dalam Taman Negara Gunung Stong  ( Gunung Stong State Park (GSSP).

Gunung Stong setinggi 1433 meter merupakan puncak yang tertinggi di Kelantan teletak di dalam hutan simpan Dabong.  Terdapat 7 air terjun di Taman Negara Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut merupakan ait terjun tertinggi di Asia Tenggara.  Air terjun yang paling tinggi berada dari aras laut.

Kami hanya singgah dalam perjalanan, sekadar melihat disekitar lata air terjun di kaki Gunung Stong.  Terdapat surau, bilik air, gerai makan dan resort di kaki Gunung Stong.

Sebelum memulakan pendaki, pelawat perlu mendaftar di kaunter dan dikenakan tiket RM2 seorang.

Stesen Keretapi Dabong
Selain jalan raya, Dabong boleh dikunjungi melalui keretapi yang akan melalui Stesen Keretapi Dabong.

Pelawat boleh boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong yang terletak kira-kira 500 meter dari stesen keretapi. Harga sewanya antara RM 20 – RM 60 bergantung kepada bilik yang berlainan saiz.  Boleh hubungi Pak Din : 09-9663345. ( sumber : Majlis Daerah Dabong )

Selain Taman Negara Gunung Stong, Dabong juga memiliki tempat menarik lain yang boleh dikunjungi seperti Gunung Ayam, Gua Ikan,Lata Kertas dan Air Terjun Lata Rek.

Sesiapa yang melalui jalan ini, ambil masa untuk mendekati keindahan Air Terjun Jelawang ini.

Bagi mereka yang berminat mendaki, boleh masukkan Gunung Stong didalam lokasi yang mesti dikunjungi.

Run. Mix. Burn!: Report: Mount Stong International Climbathon 2013

Posted: 24 Aug 2013 11:53 PM PDT

Mount Stong International Climbathon 2013

Tarikh: 22 June 2013 | Saturday | 8:00am
Tempat: Resort Gunung Stong, Taman Negeri, Dabong, Kelantan
Masa: 2:15.30 + 1:58.12 = 4:13.43 jam
Daki Naik: Stong Hill Resort, Kebun Getah, Tangga Resort, Baha's Camp, Gua Bogor, Summit.
Daki Turun: Summit, Sang Kelembar, Baha's Camp, perkampungan, kebun getah, Sungai, Stong Hill Resort.

Climbathon. Gunung Stong. Dabong. Kelantan. Sabtu. Makan-angin - Itu antara terma-terma yang meracun aku untuk sertai acara ni.

Climbathon. Dah agak lama tak buat lari dalam hutan dan naik gunung. Last sekali Sabah Adventure Challenge 2012.

Gunung Stong. Kat mana nih? Mula google dan cari info. Baca blogs - Dabong, Kelantan... Lebih 10 tahun lari, belum pernah aku racing di Kelantan. Tambah plak dianjur pada hari Sabtu. Cuti sekolah Kedah = Kelantan. Cikgu plak setuju untuk join. So kitaorang mula kembara bermula 6:15 pagi Jumaat dari Bedong ke Dabong.

Perjalanan santai melalui Baling, Grik dan Jeli. Berhenti merata, tang mana yang rasa menarik dan tertarik seperti tandas. Alhamdulillah tiada kesulitan sepanjang perjalan pergi+balik dan sempat aku sembahyang Jumaat di Dabong.

Dabong.
Aku sempat booking/sewa satu-satunya homestay di Dabong sebulan awal - Rose House Dabong. Pemiliknya Abe Din cukup mesra. Bilik pon kemas dan selesa. Amat disyorkan jika berkenderaan dan merancang untuk ke Dabong+Stong. Pi la menginap Rose House sebab Gunung Stong cuma 5km dari Dabong.

Tapi jika berkumpulan datang dengan keretapi. Elok menginap di Stong Hill Resort. Ada dorm dan chalet. Keperluan asas pon ada seperti tandas, surau, kedai makan dan urusan mendaki boleh dibuat disitu.

Dabong. Pekannya kecil saja. Rasanya separuh daripada taman aku yang berjumlah 300 buah rumah. Balai polis, sekolah, masjid, pejabat-pejabat kerajaan dan stesen keretapi antara yang terdapat di Dabong - Lengkap.

Tapi aku terkilan sampai sekarang. Aku tak teringat langsung nak bergambar dengan Abe Din + homestay yang kami menginap. Berborak panjang petang tu, siap jolok/makan buah dokong... haram sekeping gambaq pon takdak... pap!

Cuma hati2 sikit bila makan tengah hari di Stesen Keretapi.. kitaorang kena sembelih. Mungkin tauke kedai ingat depa ni orang luar, mai sini seumur hidup sekali atau mungkin bahan keperluan agak sukar untuk diperolehi (50km dari Jeli)... aku 'pejam mata' aja. Tapi yang pasti... kitaorang tak pi makan dah kat situ untuk makan malam dan tengah hari esok hari.

Gunung Stong.
Air Terjun dia cukup cantik. Tinggi. Sayup. Dari jalan utama jelas berkemutih derusan airnya. Katanya tertinggi di Asia Tenggara. Hilang seketika penat memandu dari Kedah. Bebudak dalam kereta pon kalut nak bertukaq pakai baju mandi.

Pagi hari perlumbaan, tak berapa ramai peserta yang mendaftar. Memang keadaan biasa bagi acara climbathon jika dibandingkan dengan acara lumba lari jalanan. Alauddin pon, aku racun masuk sebab kategori sekolah rendah cuma ada 11 orang manakala hadiah wang tunai hingga 10 peserta pertama.

..image from Tourism Malaysia, Kelantan.

Lari
Aku silap perkiraan... ingat ketinggian Gunung Stong rendah berbanding Gunung Jerai maka aku boleh tamatkan sebelum 12 tengahari kata kat cikgu.. Rupanya laluan Gunung Stong ke puncak... cukup mencabar fizikal dan mental. Ada yang kena redah sungai, lari atas batang kayu, panjat guna tali, rabat pegang akar pokok, lari atas batu... peh! tercungap keluaq lidah. Aluddin pon dah potong aku di tengah CP2 dan CP3. Kemudian selisih lagi dengan dia antara CP yang sama (Kategori SekMen hingga CP3).

..image from Tourism Malaysia, Kelantan.

CP3-CP4. Sang Kelembar Rock ke Puncak. Langsung tak boleh lari. Mendaki rabat pegang akaq pokok kayu saja. Kemudian kasi laluan pada peserta yang turun. Seksa. Sama jugak ketika turun CP4-CP3.. mengesot turun. Nak lompat-lompat... lutut dah nak kaput.

CP3-CP5, aku banyak berjalan. Lari cuma sekejap pada permukaan rata saja. Turun pon jalan. Lutut dah tak berapa selesa dah. Tambah plak aku pakai kasut lari jalanan. Eeemmm.. hancus. Tapak luaran dah hilang entah kemana. Air pon dah habih sejak dari CP4. Nasib baik aku pakai baju cycling. Ada ruang boh botol air kat belakang. Jadi aku tadah air sungai untuk minum antara CP3-CP5 dan CP5-CP1.

Cikgu dah risau sebab hampir jam 1 aku belom sampai. Siap buat report kat urusetia tanya perkembangan peserta 342.

Penamat
Betul-betul aku silap percaturan.
Terutama pada Alauddin. Beg air memang ada aku bawa. Tapi ingat laluan rendah dan mudah.. jadi aku tak sarankan dia galas beg tuh - beban.

Yang kedua.
Hadiah wang tunai untuk kategori International hingga Top10. Tapi bilang peserta yang daftar cuma 9 orang. Pada mula, memang nak register kategori International semasa tarikh akhir pendaftaran tapi pihak penganjur mohon aku timbang balik. Sebab peserta dari Afrika yang daftar melebihi 10 orang katanya. 10th = RM300 duh!

Yang ketiga.
Jasmin (10 tahun) nak masuk untuk kategori SekMen. Tengah daftar, cikgu terlepas cakap. "Umur Jasmin tak cukop.." Rupanya kategori SekMen perempuan cuma ada 2 orang saja. Hadiah wang tunai hingga top10. Yang ke10 = RM100.

Walaubagaimana pon kami tetap seronok sepanjang perjalanan. Bagi aku.. paling syiok dapat berlari/racing manakala Cikgu dan bebudak gumbira dapat berjalan makan angin. Alauddin dapat RM100. Dia belanja kami makan malam... Cantek!

Sama-sama gumbira.

Hari Pertama
Mount Stong International Climbathon 2013
Pepagi di laluan Baling - Grik
Mount Stong International Climbathon 2013
Sarapan RnR di Grik

Kolam Air Panas di Jeli
Mount Stong International Climbathon 2013
Tersangkut 'tulang ikan'
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Laluan ke puncak. Merah naik - CP1,CP2,CP3,CP4. Hijau turun - CP4,CP3,CP5,CP1
Mount Stong International Climbathon 2013
Urusetia
Mount Stong International Climbathon 2013
Stong Hill Resort
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Taklimat
Mount Stong International Climbathon 2013
Taman Rekreasi Gua Ikan
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Jadi bebudak balik
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Layan bola kampung extreme depan homestay

Hari ke-2 Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Aku kalah dengan mat baju hijau nih..

Alauddin - 7th
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Pacer dari sungai
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013
Makan tengahari untuk semua
Mount Stong International Climbathon 2013
Mengasuh
Mount Stong International Climbathon 2013
..thanks for dinner!
Mount Stong International Climbathon 2013
Pasar malam di Dabong
Mount Stong International Climbathon 2013
Mount Stong International Climbathon 2013

Labels:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads