ads

Isnin, 30 Disember 2013

03 di dabong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :- di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


MyNewsHub.My - Sertai Komuniti Berita Online Terhangat <b>di</b> Malaysia.

Posted: 28 Dec 2013 07:04 PM PST


KOTA BHARU – Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang sedang berkhemah di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, hilang selepas tergelincir dari tebing gunung itu malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam, Lee Jun Jie dikatakan sedang melihat suasana pemandangan waktu senja ketika berhenti berkhemah di Kem Baha.

Dia kemudian dilaporkan tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan dan dikhuatiri terjatuh ke dalam Air Terjun Stong yang terletak kira-kira 18 meter di bawah Kem Baha, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli dan Kuala Krai ditugaskan untuk mencari dan menyelamat mangsa sejak malam tadi.

Operasi disambung semula 7.30 pagi ini dengan bantuan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Krai dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Kuala Krai.

Difahamkan, mangsa bersama 23 rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkemah di situ.

Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.

Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. – BERNAMA

Pelajar Universiti Singapura Hilang Di Gunung Stonghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Pelajar-Universiti-Singapura-Hilang-Di-Gunung-Stong.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Pelajar-Universiti-Singapura-Hilang-Di-Gunung-Stong-150x150.jpgMyNewsHub Terkini

KOTA BHARU - Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang sedang berkhemah di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, hilang selepas tergelincir dari tebing gunung itu malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam, Lee Jun Jie dikatakan sedang melihat suasana...

KOTA BHARU - Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang sedang berkhemah di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, hilang selepas tergelincir dari tebing gunung itu malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam, Lee Jun Jie dikatakan sedang melihat suasana pemandangan waktu senja ketika berhenti berkhemah di Kem Baha. Dia kemudian dilaporkan tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan dan dikhuatiri terjatuh ke dalam Air Terjun Stong yang terletak kira-kira 18 meter di bawah Kem Baha, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli dan Kuala Krai ditugaskan untuk mencari dan menyelamat mangsa sejak malam tadi. Operasi disambung semula 7.30 pagi ini dengan bantuan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Krai dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Kuala Krai. Difahamkan, mangsa bersama 23 rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkemah di situ. Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. - BERNAMA

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved