ads

Isnin, 30 Disember 2013

03 di pasir puteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di pasir puteh - Google Blog Search


(10 gambar) sekitar majlis kesyukuran fizo omar dan mawar <b>di pasir</b> <b>...</b>

Posted: 28 Dec 2013 06:39 AM PST

Wah, meriah sungguh majlis menyambut menantu atau majlis kesyukuran sempena perkahwinan Fizo Omar dan Mawar. Majlis berkenaan berlangsung hari ini di kediaman kelaurga Fizo di Taman Sri Jawa, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Memetik sumber berita, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 28, bersyukur kerana majlis itu dihadiri kira-kira 15,000 tetamu sejurus rombongan keluarga isterinya, Mawar Abdul Rahman, 24, tiba dengan diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi. Pasangan pengantin yang berpakaian merah jambu ceria dan tidak jemu melayan tetamu serta peminat sepanjang majlis bertemakan seri taman berlangsung. Fizo berkata, kenduri yang diadakan khusus bagi meraikan warga Kelantan itu sebagai menghargai sokongan dan dorongan diberikan sehingga dia berjaya dalam dunia lakonan serta perniagaan.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana hasrat meraikan orang ramai di tanah kelahiran saya tercapai. Saya berterima kasih kepada semua tetamu yang meluangkan masa ke majlis ini termasuk tetamu kehormat. Ini tanda terima kasih saya kepada mereka yang selama ini menyokong saya dalam bidang lakonan dan juga menyokong penglibatan saya serta Mawar dalam dunia perniagaan," katanya.

Sumber berita juga memaklumkan Fizo menumbangkan 10 lembu, tiga kambing dan 1,000 kilogram (kg) ayam untuk dihidangkan dalam majlis berkenaan. Selain itu, ada yang lebih istimewa. Fizo juga menyediakan dua gerai burger bakar `Hot Burger' milik syarikatnya untuk diberikan secara percuma kepada tetamu yang hadir.

Majlis berkenaan bertambah seri dan meriah apabila turut dihadiri bekas Menteri Besar Kelantan, YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jom lihat beberapa foto sekitar majlis kesyukuran Fizo Omar dan Mawar dibawah:

majlis kesyukuran fizo omar dan mawar pasir puteh kelantan 28 disember 2013

majlis kesyukuran fizo omar dan mawar pasir puteh kelantan

Tahniah diucapkan kepada Fizo dan Mawar. Semoga berbahagia…

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved