ads

Isnin, 30 Disember 2013

03 di manek urai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

03 di manek urai - Google Blog Search


Wangsa Setia: "GO GREEN" PAS <b>DI MANEK URAI</b>

Posted: 04 Jul 2009 12:50 PM PDT

"Go Green" – itulah slogan Pakatan Rakyat, khususnya PAS di Manek Urai. Dengan logo sama seperti team bolasepak Manchester United, logo bulan (PAS) diletakkan di tengah antara roket (DAP) dan mata (PKR). Malangnya slogan dan logo ini tidak menggambarkan keadaan sebenar PAS, DAP dan PKR.

"Go Green" bertentangan sama sekali dengan tindakan Kerajaan PAS Kelantan di bawah Tok Guru Nik Aziz memperkosa dengan rakusnya kehijauan hutan simpan Lojing bersempadan Cameron Highland. Dalam perjalanan saya ke Manek Urai semalam, Lojing tampak gondol kesan dari penebangan balak yang dilakukan secara menyeluruh di kawasan berkenaan.

LOJING YANG DIPERKOSA

Sudah tiada kehijauan di Lojing. Warna hijau hutan tropika bertukar warna menjadi cokelat tanah ibarat padang jarak padang terkukur. Rakyat diajak menuju ke warna hijau – warna parti PAS – tetapi parti itu sendiri yang memusnahkan warna hijau di puncak Lojing.

Kerakusan PAS di Lojing telah mengganggu ekologi tadahan air, dan melanggar perintah Allah s.w.t. supaya umat manusia jangan melakukan kerosakan di muka bumi. Dalam hal ini, Tok Guru Nik Aziz lupa pada perintah Allah, sebaliknya tunduk pada perintah nafsu bagi mengaut hasil khazanah hutan tanpa belas kasihan.

Rakyat di Manek Urai diajak oleh PAS untuk meminati pasukan bolasepak Manchester United, sedangkan kemudahan padang bola pun tidak diberikan keutamaan oleh Kerajaan PAS Kelantan kepada anak muda Manek Urai.

Logo PAS yang berada di tengah antara logo DAP dan PKR juga mengelirukan rakyat Manek Urai. Selama ini mereka melihat bukannya PAS yang mendominasikan Pakatan Rakyat, sebaliknya DAP dan PKR. Lazimnya logo PKR berada di tengah, kononnya simbolik peranan parti itu yang dapat menyatukan PAS dan DAP. Tetapi hakikatnya, kini logo DAPlah yang sepatutnya berada ditengah kerana dapat meletakkan PAS di bawah ketiak parti chauvinis Cina itu.

Rakyat di Manek Urai jangan tertipu dengan helah politik DAP. Parti ini sengaja mewujudkan situasi tegang di Kedah bagi menunjukkan kepada pengundi di Manek Urai kononnya PAS itu punya pengaruh dan bukan 'yes men' kepada DAP. Maka diciptalah cerita wayang kulit kononnya DAP marahkan PAS kerana merobohkan pusat penyembelihan babi di Kedah sehingga DAP Kedah dan Adunnya bertindak meninggalkan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su menambahkan lagi sandiwara kononnya Kerajaan Negeri Kedah mahu merobohkan kuil dan tokong. Maka nampak hebatlah semula PAS di kacamata rakyat, khususnya pengundi Melayu di Manek Urai, sehingga boleh menentang kemahuan DAP.

Hakikatnya sandiwara dan wayang kulit ini akan berakhir selepas pilihanraya kecil Manek Urai nanti. PAS akan terus berada di bawah ketiak DAP selepas itu, menghidu bau hamis, hangit, masam dan serba serbi bau Kit Siang, Guan Eng, Thomas Su dan kuncu-kuncu DAP.

Rakyat Manek Urai jangan tertipu lagi. Buatlah pilihan yang tepat bagi mengembalikan maruah agama dan bangsa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved