Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.. Oleh kerana tiada pilihan, kami redah sahaja mana-mana kedai yang dibuka. Nyata amat mendukacitakan hati. ehe
Disini ialah bahagian dapur. Di mana semua pekerja berada disini. Di dalam banner kedai di sertakan gambar-gambar menu yang nampak menarik.
Oleh kerana hari sungguh panas, syira memilih ABC untuk hilangkan dahaga. Lagipun sudah lama benar tak makan
Air Batu Campur yang sedap. Sementara menunggu suami sampai, syira minumlah
Air Batu Campur ini perlahan-lahan.
Lama menanti, suami belum sampai, oleh kerana lapar, syira terus order Nasi Goreng Ayam untuk syira dan untuk suami syira orderkan Nasi Putih, Tomyam Ayam dan Daging Masak Merah.
Sungguh mendukacitakan. Nasi goreng ini langsung tidak memenuhi selera syira. Semasa makan syira langsung tidak boleh telan kerana dapat rasa habuk-habuk kecil, malah rempah juga tidak di goreng sebati. Memang rasa muak. Ayam pula digoreng kunyit, aih.. sungguh masin sekali.
Selain
Air Batu Campur, Mimi Tomyam juga turut menjual pelbagai jenis air lagi seperti Laici Kang dan sebagainya. Inilah kaunter tempahan air di kedai
Mimi Tomyam.
Tomyam hak
Mimi Tomyam yang biasa-biasa sahaja. Cair dan kurang kaw seperti yang biasa kami makan.
Daging Masak Merah yang juga biasa-biasa. Biasanya Daging Masak Merah di kedai lain, tapi disini daging Masak Merahnya seperti masakkan di rumah. hehe
Nasi Goreng Ayam syira yang tidak dapat dihabiskan. Suami makan habis semua yang syira order untuknya kerana suami amat lapar ketika itu. Haruslah jangan membazir, membazir itu amalan syaitan. Sungguh.
Kepala syira sudah pening, tekak raya mual dan perut rasa loya. Syira terus bangun pergi bayar. Total semuanya RM23.00 sahaja untuk ABC, Nasi Goreng Ayam, Nasi Putih, Daging Masak Merah, Tomyam Ayam dan Tea Ais. Aih, sungguh mahal pada syira. haha. Syira hulurkan duit RM50.00,kemudian dia cakap, kitaorang tak ada duit, ada duit halus tak? adeh... kebetulan hanya sekeping itu je pun duit yang ada dalam purse. hehe...
Syira kemudian intai ke dalam tempat mereka memasak, alangkah terkejutnya syira yang memasik itu seorang perempuan yang tidak memakai tudung dan seluar jeans yang dipakainya disising hingga nampak betis. Terus bertambah loya. Terus rasa alamak, kenapa tak berhati-hati, biar diri termakan makananan yang dimasak oleh orang tak tutup aurat. sedey..
Lepas tu tak tahulah diorang pergi tukar mana, yang pastinya balancenya dapat diberikan. Kenapa orang melayu berniaga selalu mintak duit tukar dengan pelanggan. Kan kalah dengan cina berniaga, sentiasa je ada duit kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan