03 di kok lanas - Google Blog Search |
- Tunggu penjelasan penemuan mayat <b>di</b> sekolah Maahad Tahfiz <b>Kok</b> <b>...</b>
- ~AMazing giLA~: UPDATED Pelajar tahfiz <b>Kok Lanas</b> bukan bunuh <b>...</b>
- Pelajar Maahad Tahfiz <b>Kok Lanas</b> gantung diri dalam tandas <b>...</b>
Tunggu penjelasan penemuan mayat <b>di</b> sekolah Maahad Tahfiz <b>Kok</b> <b>...</b> Posted: 12 Dec 2013 03:31 PM PST TERKINI [kemaskini] Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan mayat lelaki yang ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas adalah pelajar tingkat 4 yang berasal dari Pas Mas Kelantan. Mayat itu telah dibawa ke bilik mayat (forensik) Hospital Sultanah Zainak Kota Bharu untuk dibedah siasat. Fadzil menjelaskan demikian menerusi facebook saya sebagai memberi reaksi berhubung perkara itu. Katanya pihaknya dan pegawai YIK dan keluarga pelajar berkenaan ikut sama semasa mayat itu dihantar ke hospital. Fadzil juga menjelaskan pihaknya akan membuat kenyataan rasmi sebaik pihak polis selesai membuat siasatan berhubung kejadian itu. Orang ramai diharap bersabar menanti pengumuman rasmi dan dimohon tidak membuat andaian-andaian sendiri bagi menghormati penyiasatan dan keluarga mangsa. |
~AMazing giLA~: UPDATED Pelajar tahfiz <b>Kok Lanas</b> bukan bunuh <b>...</b> Posted: 13 Dec 2013 09:08 AM PST dan 5 gambar sekitar kejadian itu Di Sini Mohamed Fadzli Hassan Saya dan seluruh warga YIK menyampaikan ucapan takziah kepada ibu bapa dan seluruh keluarga Allahyarham adik Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman, pelajar tingkatan 4 di Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas yang meninggal dunia pagi semalam. Jenazah Allahyarham selamat disembahyangkan di Masjid Kg Larak, Mulong, Kota Bharu Kelantan selepas solat fardhu Asar petang tadi. Allahyarham adalah seorang pelajar yang baik dan telah menghafaz lebih dari 20 juzu' Al-Quran. Kita mendoakan agar Allahyarham tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh dan dirahmati Allah. Kepada ibu bapa dan kaum keluarga, semoga semuanya tabah dan sabar menghadapi ketentuan Allah dan hendaklah meyakini bahawa ianya telah ditetapkan Allah dan mempunyai hikmah di sebaliknya. Semoga Allah menganugerahkan kekuatan kepada mereka. Berhubung dengan keadaan Allahyarham semasa dijumpai mati pagi semalam, (Allahyarham dijumpai meninggal dunia di bilik air asrama dalam keadaan tergantung) polis sedang dalam siasatan dan memerlukan lebih masa untuk menentukan bagaimana ianya boleh berlaku. Buat masa ini ianya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Saya memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berhubung dengan perkara ini. Kita menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan secara terperinci. InsyaAllah pihak YIK akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak hospital dan pihak polis dalam menjalankan tanggung jawab mereka. Tk SOURCE AG : maybe kejadian pembunuhan, maybe jgk kejadian bunuh diri,apa2pon kita tunggu keputusan daripada Polis berhubung kejadian ini dan jgnlah memandai membuat kesimpulan sendiri. Al Fatihah kepada arwahh |
Pelajar Maahad Tahfiz <b>Kok Lanas</b> gantung diri dalam tandas <b>...</b> Posted: 12 Dec 2013 06:01 PM PST |
You are subscribed to email updates from di kok lanas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan